Musim-musim hujan serta cuaca yang tidak menentu ditambah lagi musim Covid ini, ibu ayah boleh cuba petua hilangkan kahak bayi dengan beberapa krim mujarab yang kami senaraikan di bawah.
Biasanya bayi akan mengalami kesukaran untuk mengeluarkan kahak dan hingus yang boleh jadi punca penyakit seperti ‘bronkitis’ atau ‘brochospasm’.
Disebabkan itu, pastinya anda sebagai ibu ayah dilanda kerisauan dek kerana anak-anak tidak pandai untuk mengeluarkan kahak. Petua hilangkan kahak bayi ini boleh juga diguna pakai untuk orang dewasa ya!
Isi Kandungan
Petua Hilangkan Kahak Bayi: Adakah Selamat Menggunakan Baby Balm?
Bayi terutamanya golongan yang mudah untuk jatuh sakit kerana sistem imun mereka yang masih sedang dalam proses membentuk. Mereka tidak mempunyai masa untuk menbina imun badan untuk melawan penyakit biasa seperti demam atau selesema.
Jika anda ingin mencari baby balm atau vapor rub dalam membantu melegakan simptom batuk berkahak, pastikan produk tersebut telah diformulasikan untuk usia bayi anda. Baca label dan ikuti langkah-langkah yang disenaraikan dengan berhati-hati untuk memastikan yang anda sebenarnya membantu bayi anda dan tidak meletakkan mereka di dalam bahaya.
Hilangkan Batuk Kahak Anak Dengan 7 Baby Balm Terbaik Di Pasaran Ini
Usah bimbang lagi kerana kami di sini ingin membantu ibu ayah dalam mencari krim mujarab dalam melegakan masalah pernafasan dan batuk kahak anak anda.
Baby Balm Terbaik | Jenama |
Baby Balm Terbaik Formulasi Australia | |
Baby Balm Terbaik Dengan Khasiat Wintergreen |
|
Baby Balm Terbaik Yang Melembap Dan Melegakan | |
Baby Balm Terbaik 5 Fungsi Dalam 1 Tiub | |
Baby Balm Terbaik Tidak Panas | |
Baby Balm Terbaik Serbaguna | |
Baby Balm Terbaik Untuk Kulit Sensitif |
Eucapro Eucalyptus Baby Balm
|
Beli di Shopee |
Mamaearth Breathe Easy Vapour Rub
|
Beli di Shopee |
VICKS Baby Balsam
|
Beli di Watsons |
Mayyababy Baby Cream 5 in 1 function
|
Beli di Lazada |
Garlic Balm
|
Beli di Shopee |
Youbaby Multifunction Cream
|
Beli di Shopee |
Baby Healing Balm, Trunatural by Beeleaves
|
Beli di Shopee |
Eucapro Eucalyptus Baby Balm
Baby Balm Terbaik Formulasi Australia
Baby balm yang lembut dan menenangkan formulasi dari negara Australia ini membantu dalam melegakan sakit tekak, hidung tersumbat, batuk gatal, gigitan serangan dan sebarang sakit umum biasa. Ia juga menjadikan pernafasan lebih senang apabila digunakan sebelum tidur.
Ia memberikan kelegaan dan keselesaan sepanjang malam buat si comel.
Merupakan satu kombinasi minyak pati semula jadi termasuklah ekstrak daun Eucalyptus globulus, Eucalyptol, minyak Abies Sibirica (Jarum fir Siberian), minyak peppermint, minyak lavender yang mampu melegakan simptoms demam dan memperbaiki tidur kanak-kanak yang mengalami jangkitan liang pernafasan.
Apa yang kami suka:
- Melegakan sakit tekak, hidung tersumbat, batuk gatal, gigitan serangga
- Melegakan pernafasan
- Memberikan keselesaan pada bayi untuk tidur
- Dirumuskan khas untuk kanak-kanak berusia 3 bulan ke 5 tahun
Mamaearth Breathe Easy Vapour Rub
Baby Balm Terbaik Dengan Khasiat Wintergreen
Dicipta selamat dengan telah dipersijilkan sebagai 100% vapour rub natural yang mempermudahkan pernafasan untuk bayi. Ia bebas daripada bahan kimia merbahaya seperti camphor dan jeli petroleum. Ia menggalakan pernafasan dengan mudah.
Mamaearth Breathe Easy Vapour Rub merupakan produk merawat yang mengandungi minyak wintergreen, lavender, basil dan eucalyptus yang berfungsi dengan pantas untuk melegakan sesak dada, saluran pernafasan yang tersumbat, sakit tekak, dan hidung tersumbat.
Ia juga membantu bayi anda untuk tidur lena. Malah ia juga telah diuji secara dermatologo dan ternyata selamat untuk bayi. Krim ini juga dihasilkan hipoalergenik dan antara yang terbaik untuk kulit bayi.
Apa yang kami suka:
- Krim vapour 100% natural
- Bebas daripada bahan kimia merbahaya seperti camphor, jeli petroleum, paraffin, minyak mineral dan minyak wangi sintetik
- Telah diuji secara dermatologikali
- Hipoalergenik
- Berfungsi dengan cepat untuk melegakan dada dan hidung tersumbat
- Membantu bayi tidur lena
- Mengandungi kebaikan wintergreen dan tulsi yang mempromosikan pernafasan
VICKS Baby Balsam
Baby Balm Terbaik Yang Melembap Dan Melegakan
Pastinya tidak cukup tidur dibuatnya ibu ayah jika si comel tidak boleh tidur lena akibat batuk berkahak. Dengan VICKS Baby Balsam ia dapat memberikan lembapan dan penjagaan yang melegakan buat bayi anda. Ia diformulasikan khas untuk bayi berusia 3 bulan dan ke atas.
Diperbuat daripada ekstrak Aloe Vera, minyak kelapa yang terkenal dengan kelebihan melembap. Vick Baby Balm juga mengandungi minyak wangi yang menenangkan iaitu Eucalyptus, Rosemary dan Lavender yang melega dan merelakskan bayi.
Jika bayi anda dalam keadaan yang tidak cukup rehat dan tidak selesa, cuba sapukan satu dab Vicks Baby Balsam di atas dadanya. Selepas itu, ketika ibu memegang bayi anda dengan lengan, kulit ke kulit, kehangatan tubuh si ibu akan melepaskan aroma yang melegakan, membantu bayi untuk relaks dan menghilangkan ketidakselesaannya.
Apa yang kami suka:
- Memberikan lembapan dan penjagaan yang melegakan
- Diformulasikan untuk bayi berusia 3 bulan dan ke atas
- Diperbuat daripada ekstrak Aloe Vera, minyak kelapa yang terkenal dengan kebaikan melembap
- Turut mengandungi Eucalyptus, Rosemary dan Lavender yang merelakskan
Mayyababy Baby Cream 5 in 1 function
Baby Balm Terbaik 5 Fungsi Dalam 1 Tiub
Krim bayi Mayyababy ini adalah krim natural yang mana dikatakan sebagai yang pertama di Malaysia dengan 5 fungsi dalam 1 tiub. Malah ia juga dihasilkan di kilang yang bertaraf GMP.
Fungsi 5 dalam 1 yang dimaksudkan adalah ia bertindak sebagai krim telon, krim viks dan krim kulit yang menyelesaikan 5 masalah utama yang dihadapi oleh bayi dan kanak-kanak.
Ia direka berasaskan air, yang mana boleh disapu di atas kulit yang sensitif dan kering, dan ia akan cepat meresap sekaligus juga lembut pada kulit.
Apa yang kami suka:
- Tidak melekit dan mudah meresap
- Produk berasaskan air
- Bau yang menyenangkan: Minyak kelapa, lemon, bawang putih, bunga chamomile, mandarin, dan habbatussauda
- Dibuat tanpa sulfat atau paraben
- Sangat lembut dan membantu menenangkan, melembapkan dan menyokong keseimbangan kelembapan semula jadi kulit
- Penyerapan yang pantas tanpa minyak
- Bau herbal dan floral yang menyegarkan
- Bebas bahan kimia
- Telah diluluskan KKM
- Telah diuji di makmal dan diperakui menggunakan bahan-bahan semula jadi
- Mempunyai sijil halal JAKIM
Garlic Balm
Baby Balm Terbaik Tidak Panas
Garlic Balm sebagai pengganti minyak bawang putih. Ia mampu mengurangkan gejala selesema dan batuk pada bayi secara natural. Ia juga tidak mengandungi sebarang bahan tambahan atau minyak pati.
Apa yang menjadikan Garlic Balm sebagai satu krim bayi yang istimewa adalah ia 100 peratus menggunakan bahan organik, tidak panas dan sesuai untuk bayi yang baru lahir sehingga umur 4 tahun.
Apa yang kami suka:
- Pengganti minyak bawang putih
- Mengurangkan gejala selesema dan batuk pada bayi
- 100% bahan organik
- Tidak panas
- Sesuai untuk bayi baru lahir sehingga umur 4 tahun
- Sesuai untuk anak G6PD
- Mengandungi bawang putih, minyak zaitun, dan lilin lebah
Youbaby Multifunction Cream
Baby Balm Terbaik Serbaguna
Youbaby Multifunction Cream merupakan krim bayi yang berasaskan air yang mana ia mudah menyerap ke dalam kulit bayi. Ia juga dicipta tidak panas jadi tiada kesan keradangan pada kulit. Malah, krim ini juga tidak melekit. Teksturnya sangat ringan.
Bukan hanya boleh digunakan untuk melegakan batuk dan sesak dada, tetapi ia juga boleh digunakan untuk merawat masalah kulit. Yang paling penting, ia selamat dan telah diuji secara klinikal membuktikan yang ia bebas bahan kimia merbahaya.
Apa yang kami suka:
- Produk semula jadi bebas SLS, paraben, steroid, merkuri serta bahan kimia merbahaya yang lain
- Selamat untuk bayi
- Dirumus khas menggunakan bahan premium seperti Habbatussauda, bawang putih yang membantu mencairkan kahak
- Mengandungi minyak pati geranium yang membantu menenangkan bayi
- Mengandungi daun cassa Senna yang membantu merawat semua jenis masalah kulit seperti panau, kudis, kurap, ruam, ekzema dan kulit sensitif
- VEO geranium, membantu sistem pencernaan hati dan hempedu di mana membantu menurunkan bacaan kuning bayi
Baby Healing Balm, Trunatural by Beeleaves
Baby Balm Terbaik Untuk Kulit Sensitif
Trunatural Healing Balm keluaran Beeleaves ini dikatakan telah mendapat sambutan hangat ibu ayah yang mana mengatakan yang ia terbukti berkesan membantu bayi dan kanak-kanak dalam mendapatkan perasaan selesa bernafas ketika mengalami selesema dan hidung tersumbat.
Ia juga mengurangkan hingus serta kahak sekaligus meredakan batuk. Selain itu, ia juga mampu melegakan kembung perut, merawat kulit kering dan juga menghilangkan rasa gatal atau sakit akibat gigitan serangga. Balm kanak-kanak ini diformulasikan dariapda bahan-bahan yang terbaik dan asli, termasuklah minyak Eucalyptus, minyak kelapa dara, lilin lebah,
Tambah lagi ia tidak mengandungi Champor, yang mana punca kepada sawan bayi dan kanak-kanak. Ia juga bebas daripada sebarang bahan tiruan termasuklah pewangi, pewarna atau bahan lainnya seperti petrolatum, parrafin, methyl salicylate atau pun halia.
Apa yang kami suka:
- Sangat sesuai untuk bayi yang mempunyai masalah kulit sensitif
- Juga baik untuk bayi G6PD
- Tiada Champor
- Mengurangkan hingus serta kahak sekaligus meredakan batuk
- Melegakan kembung perut
- Merawat kulit kering
- Menghilangkan rasa gatal akibat gigitan serangga
Perbandingan Harga
Jenama | Berat kandungan (g/ml) | Harga (RM/botol) | Harga (RM/g/ml) |
Eucapro Eucalyptus Baby Balm |
50 | 13.12 | 0.26 |
Mamaearth Breathe Easy Vapour Rub |
50 | 19.00 | 0.38 |
VICKS Baby Balsam |
50 | 15.70 | 0.31 |
Mayya Baby Cream 5 in 1 function |
50 | 25.90 | 0.52 |
Garlic Balm |
30 | 20.00 | 0.67 |
Youbaby Multifunction Cream |
60 | 59.90 | 0.99 |
Baby Healing Balm, Trunatural by Beeleaves |
50 | 29.00 | 0.58 |
Petua Hilangkan Batuk Bayi Menerusi Remedi Rumah
Selain daripada menggunakan baby balm untuk menenangkan bayi yang tidak selesa akibat batuk berkahak, ibu ayah juga boleh cuba remedi di rumah ini. Ia juga dapat membantu mempercepatkan kelegaan daripada batuk dan selesema pada anak.
1. Tolak masuk cecair
Memastikan bayi anda dalam keadaan cukup hidrat adalah kunci untuk memastikan lendir mereka mengalir dan mudah untuk dibatuk keluar. Jika bayi anda mengalami dehidrasi, hingus mereka dan rembesan batuknya juga akan kering serta jadi susah untuk mengosongkan saluran pernafasan itu menerusi batuk.
Ini bermakna yang menyusu badan atau menawarkan mereka dengan amaun regular susu formula sekerap yang mungkin pada anak yang memerlukan. Pakar mengatakan yang cecair tambahan tidaklah terlalu penting, tetapi mereka mencadangkan untuk memastikan mereka mendapat amaun yang secukupnya.
Kekal dengan susu ibu dan formula untuk bayi muda. Cecair boleh jadi termasuklah air dan jus tanpa gula untuk bayi yang kian membesar.
2. Cuba kaedah sedutan keluar
Anda juga boleh cuba untuk menyedut keluar lendir daripada hidung bayi sebelum ia ada peluang untuk mencapai dan memberikan keradangan tekak dan saluran pernafasan.
3. Pasang humidifier
Melembapkan udara yang anak anda hela adalah salah satu jalan lain untuk memastikan segalanya mengalir.
Jika anda tidak mempunyai mesin humidifier, boleh gunakan alternatif lain dengan merawat anak anda di dalam bilik mandi. Anda boleh membiarkan air paans mengalir di dalam bilik mandi, tutup pintu, dan biarkan kelembapan terbina. Hanya 10 ke 15 minit sudah cukup.
Anda juga boleh pertimbangkan untuk menepuk dada dan bahagian belakang bayi untuk membantu melonggarkan kahak degil di dalam paru-paru anak anda.
4. Tawar madu (untuk bayi berusia lebih 1 tahun)
Petua untuk menghilangkan batu bayi bayi berusia 12 bulan dan ke atas, adalah dengan cara memberikan mereka satu amaun kecil madu sebelum tidur. Madu akan dapat meliputi tekak anak untuk melegakan kesakitan. Sebuah kajian mendedahkan yang madu boleh jadi berkesan seperti OTC penahan batuk dextromethorphan.
Hidangkan anak anda dengan separuh sudu ke satu sudu teh madu seperti yang diperlukan.
Walau bagaimanapun, madu tidak sesuai untuk bayi bawah 1 tahun dek kerana risiko botulisme dan boleh menyebabkan anak sakit.
Semoga artikel ini bermanfaat buat ibu ayah di luar sana!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Kulit Bayi Sensitif Cenderung Alami Ruam & Ekzema, Ini 7 Jenis Krim Berkesan Merawatnya!