Petua Hilangkan Kuning Bayi Baru Lahir Yang Efektif, Cepat & Terbukti Berkesan

undefined

Panduan lengkap mengenai penyakit kuning bayi ini merangkumi petua hilangkan kuning bayi serta langkah-langkah rawatan yang diperlukan untuk pulih.

Penyakit kuning pada bayi atau jaundis adalah penyakit yang biasa melanda bayi baru lahir berusia antara 2-3 hari selepas kelahiran. Walaupun ianya adalah penyakit yang biasa berlaku, namun rawatan intensif dari pegawai perubatan masih diperlukan. Mungkin ramai masih belum tahu petua hilangkan kuning bayi kan?

Jangan risau, kami di sini akan menjelaskan secara mendalam tentang penyakit kuning pada bayi ini.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Punca penyakit bayi kuning
  • Cara untuk mendignosis penyakit kuning pada bayi
  • Jenis-jenis penyakit kuning
  • Petua hilangkan kuning bayi

Apa itu penyakit kuning pada bayi?

Untuk pengetahuan ibu dan ayah, menurut Kementerian Kesihatan Malaysia jaundis adalah warna kekuningan yang kelihatan pada kulit yang disebabkan oleh meningkatnya kadar bilirubin dalam darah.

American Pregnancy Association ujar pula, penyakit kuning pada bayi ini lebih kerap terjadi kepada bayi yang diberi susu ibu, dan ianya mengambil masa yang lebih lama untuk pulih semula1.

Sebelum kita membincangkan tentang petua hilangkan penyakit kuning pada bayi, mari baca panduan ini dulu untuk lebih memahami tentang penyakit ini.

Apa yang menyebabkan penyakit kuning pada bayi?

Memandangkan penyakit kuning pada bayi kerap dan sering berlaku dan boleh menyebabkan kesan buruk, perkara ini juga harus dititikberatkan.

Kebiasaannya, penyebab penyakit kuning pada bayi dibahagikan mengikut tempoh gejala ini hadir iaitu dalam masa 24 jam, selepas 24 jam hingga 72 jam dan selepas 72 jam. 

Sing Health mendedahkan beberapa punca penyakit kuning pada bayi iaitu2:

  • Kerosakan sel darah disebabkan oleh lebam yang berlaku semasa proses kelahiran atau berlaku bekuan darah di kepala mereka.
  • Antibodi ibu yang menyerang sel darah merah bayi.
  • Kekurangan G6PD
  • Jangkitan sistem air kencing atau darah
  • Penyakit kuning pada bayi yang mengambil masa lebih dari 2 minggu untuk pulih mungkin tanda jangkitan, masalah saluran hempedu, atau tanda penyakit yang menyerang metabolisme
  • Bayi pramatang kerana hati bayi belum berkembang sepenuhnya.

Tetapi ada juga bayi yang mengalami penyakit kuning, walaupun tidak mempunyai sebab-sebab seperti di atas.

Antara simptom yang paling jelas jika bayi anda menghidap penyakit kuning adalah kulit dan mata bayi akan kelihatan kuning.

Penyakit kuning ini biasanya lebih mudah berlaku dalam kalangan bayi yang lahir pramatang iaitu sebanyak 80% dan 60% berlaku kepada bayi yang lahir matang.

Bagaimana penyakit kuning pada bayi didiagnosis?

petua hilangkan kuning bayi

Kredit: Kidspot NZ

Penyakit kuning adalah keadaan di mana kulit bayi menjadi kekuningan dan matanya kelihatan putih. Ianya disebabkan oleh paras bilirubin yang berlebihan di dalam darah, dan penimbunan bilirubin pada tisu yang berkenaan.

Bilirubin ialah bahan yang bertanggungjawab memberi warna kuning tersebut dan ia merupakan bahan kumuh yang dihasilkan dalam darah. Semakin tinggi bilirubin dalam darah, semakin pekat warna kuning tersebut.

Ketika bayi masih dalam kandungan, tali pusat akan menyingkirkan bilirubin daripada badan janin. Selepas dilahirkan, hati bayi akan mengambil alih tugas ini.

Kalau hati bayi belum berkembang sepenuhnya, ianya tidak akan dapat melakukan proses ini dengan berkesan. Organ hati merupakan organ yang menapis bahan kumuh daripada darah seperti bilirubin.

Apabila bilirubin sampai ke hati, ianya akan melekat pada bahan kimia sehingga menghasilkan bilirubin berkonjugat. Pada masa yang sama, ‘bile’ iaitu jus yang mencerna makanan dihasilkan organ hati.

Bilirubin berkonjugat bercampur dengan ‘bile’ tersebut dan dikeluarkan badan melalui najis serta berfungsi sebagai pewarna najis tersebut iaitu coklat.

penyakit kuning pada bayi, petua hilangkan kuning bayi, penyakit kuning, penyakit jaundis, jaundis, kuning pada bayi, kuning pada baby, kuning pada bayi 1 bulan, kuning pada bayi 1bulan

Apabila bayi lebih tua dan jumlah sel darah merahnya semakin menurun, tahap kekuningan pada bayi juga akan berkurangan. Ini biasanya mengambil masa 1-2 minggu selepas kelahiran.

Mula-mula wajah bayi anda akan menjadi kekuningan, kemudian dada, perut, dan akhirnya tangan dan kaki. Keadaan ini sukar dikesan jika bayi berkulit gelap dan hanya dapat dilihat di bawah sinar matahari.

Jika doktor mengesyaki bayi mempunyai penyakit kuning, dia akan memeriksa tahap bilirubin dalam badan bayi melalui ujian darah.

Apakah bacaan Bilirubin yang menyebabkan penyakit kuning pada bayi?

Bacaan bilirubin adalah berbeza mengikut usia bayi.

Bilirubin kebiasaannya tinggi pada bayi yang baru dilahirkan. Manakala, bacaan bilirubin yang normal dalam masa 24 jam ialah 5.2mg/dL. Namun, disebabkan organ yang masih dalam tempoh baru matang, jumlah bilirubin boleh mencapai jumlah tersebut atau melebihi tahap normal.

Jenis-jenis penyakit kuning pada bayi

#1 Fisiologi kuning

Menurut American Pregnancy Association (APA), sebanyak 60% bayi baru lahir akan mengalami penyakit kuning jenis ini dalam minggu pertama. Penyakit kuning pada bayi ini disebabkan oleh peningkatan tahap bilirubin dalam tubuh bayi1.

#2 Penyakit kuning susu ibu

Menurut Healthline, penyakit kuning susu ibu adalah sejenis penyakit kuning yang berlaku apabila bayi berumur 4-7 hari dan boleh berterusan selama 3 hingga 10 minggu3

Ini biasanya berlaku kepada bayi pramatang yang sedang menerima susu ibu.

Pakar kurang pasti punca penyakit kuning susu ibu, tetapi teori menganggap ianya mungkin disebabkan oleh komponen susu ibu yang menghalang pemecahan bilirubin. Punca penyakit kuning susu ibu juga mungkin akibat keturunan keluarga.

Jangan rasa bersalah dan membuat keputusan terburu-buru untuk berhenti menyusukan anak. Selagi bayi anda masih menyusu dengan baik dan paras bilirubinnya sentiasa dipantau, komplikasi yang serius jarang berlaku.

#3 Penyakit kuning pada bayi kerana susu ibu tidak mencukupi

Kadar bilirubin yang tinggi boleh mengambil masa yang lebih lama untuk reda apabila bayi tidak mendapat susu yang mencukupi. 

Apabila bayi tidak mendapat susu yang diperlukan, ini akan melambatkan sistem pencernaannya. Bilirubin dalam perut akan diserap kembali ke dalam aliran darah kerana tidak berjaya disingkirkan.

Jangan kelirukan penyakit kuning akibat susu ibu yang tidak mencukupi dengan penyakit kuning susu ibu kerana ia adalah berbeza.

Penyakit kuning pada bayi akibat susu ibu yang tidak cukup disebabkan oleh faktor-faktor berikut:

  • Masalah latching bayi pada puting payudara ibu
  • Susu ibu yang tidak lancar
  • Susu ibu lambat keluar
  • Masa yang terhad untuk menyusu kerana peraturan hospital

#4 Sepsis

Apabila berlakunya sepsis, organ hati berisiko mengalami kegagalan. Bilirubin juga akan terkumpul sehingga menyebabkan demam kuning jika organ hati gagal berfungsi.

#5 Hemolisis

Pemecahan sel darah merah akibat transfusi darah yang tidak sama, rhesus antara ibu dan anak yang tidak sama dan masalah G6PD.

Petua turunkan kuning bayi

Petua Hilangkan Kuning Bayi Baru Lahir Yang Efektif, Cepat & Terbukti Berkesan

Kredit: iStock

Umum sedia maklum, setiap penyakit yang wujud mempunyai rawatan yang tersendiri. Mungkin ada juga segelintir ibu bapa yang panik untuk mencari cara dan petua hilangkan penyakit kuning pada bayi dengan berkesan.

Jangan risau, setiap penyakit ada penawarnya. Ini juga cara kurangkan kuning bayi ibu boleh cuba:

  • Tingkatkan rutin menyusu sehingga 8-12 kali sehari. Ini akan menggalakkan pencernaan supaya bilirubin dapat disingkirkan dari badan.
  • Dapatkan bantuan dari pakar laktasi untuk memastikan bayi anda sedang melekap dengan betul.
  • Jika susu ibu kurang, beri susu formula tambahan.
  • Jika keadaan bayi anda bertambah teruk, ibu mungkin perlu berhenti menyusu selama 24 jam. Tapi jangan buang susu itu! Ibu masih boleh mengepam susu dan menyimpan susu itu untuk memastikan susu tetap lancar. Selepas 24 jam, ibu boleh sambung menyusukan anak lagi.

Rawatan fototerapi

penyakit kuning pada bayi, petua hilangkan kuning bayi, penyakit kuning, penyakit jaundis, jaundis, kuning pada bayi, kuning pada baby, kuning pada bayi 1 bulan, kuning pada bayi 1bulan

Doktor hanya akan memutuskan rawatan fototerapi selepas rawatan lain tidak berjaya. Fungsi cahaya biru ialah untuk mengurangkan tahap bilirubin dalam badan bayi anda.

Kedua-dua mata bayi akan ditutup untuk melindunginya dari cahaya terang dan semasa sesi fototerapi, doktor dan jururawat akan memantau tahap bilirubin serta tanda-tanda kesihatan bayi anda.

Tubuh bayi akan dibalikkan beberapa kali untuk memastikan semua bahagian tubuhnya terkena cahaya biru.

Jika bayi mengalami dehidrasi semasa terapi, dia akan diberikan cecair intravena. Apabila tahap bilirubin bayi anda turun, terapi akan dihentikan dan dianggap selesai.

Untuk pengetahuan umum, keadaan bayi bertambah baik boleh diketahui menerusi keadaan najis sama ada pucat atau kelabu selain keadaan berat bayi yang bertambah.

Cara mengelakkan penyakit kuning pada bayi

Sedih juga kalau bayi baru lepas lahir, ibu bapa tidak dibenarkan membawa bayi untuk pulang ke rumah akibat beberapa komplikasi yang muncul, seperti penyakit kuning.

Oleh itu, jika para ibu ingin mengetahui perkara-perkara yang perlu dilakukan bagi mencegah bayi daripada terkena penyakit kuning, boleh praktik tips yang kami berikan ini:

#1 Lakukan pemeriksaan darah

Para ibu disarankan untuk melakukan ujian pemeriksaan darah sebelum bersalin. Ini bagi memastikan sama ada darah ibu dan bayi sepadan atau tidak. Jika tidak, ia boleh menyebabkan breakdown sel darah yang menghasilkan banyak bilirubin.

Wanita yang memiliki darah O+ juga berisiko. Sebab itulah pentingnya untuk melakukan ujian pemeriksaan darah terlebih dahulu.

#2 Elakkan daripada bersalin awal

Bayi yang lahir sebelum 34 minggu adalah berisiko tinggi untuk mendapatkan penyakit kuning. Oleh itu, pastikan para ibu melakukan perkara di bawah untuk mengelakkan daripada bersalin awal:

  • Elak pencemaran bahan kimia seperti: Tembakau, arak, dadah, ubat daripada bahan kimia serta pencemaran boleh menyebabkan bersalin awal daripada waktunya. Bayi yang belum cukup bulan berisiko untuk mendapat penyakit kuning.
  • Sentiasa tenang kerana stres merupakan antara penyebab kelahiran pra-matang.
  • Pastikan tidak terdedah kepada penyakit berjangkit seperti herpessyphilis yang boleh menyebabkan kelahiran pra-matang.

#3 Mengamalkan pengambilan makanan yang tinggi khasiat

Makanan seperti kurma, susu kambing, madu lebah, buah delima adalah antara makanan yang paling disarankan untuk diambil oleh para ibu sepanjang waktu kehamilan.

Makanan-makanan ini mempunyai nilai khasiat yang tinggi dan terbukti mampu untuk menghindarkan bayi dan si ibu daripada sebarang penyakit ketika proses bersalin semakin hampir.

#4 Persediaan untuk menyusu badan

Sebelum bayi lahir, para ibu (terutamanya first-time mom) perlulah bersedia untuk memberikan susu badan seawal kelahiran bayi untuk mengelakkan bayi daripada terkena penyakit kuning.

Persediaan ini adalah lebih kepada keyakinan untuk memberi susu badan kepada bayi anda. Ya, bunyi macam remeh dan ianya memerlukan persediaan mental dan fizikal si ibu.

Mungkin si ibu akan mengalami masalah puting susu tersumbah, payudara bengkak sehingga demam dan sebagainya.

Walau bagaimanapun, si ibu harus cekal dan mengingatkan diri bahawa apabila bayi anda mendapatkan nutrisi dan berat yang stabil, hatinya akan dapat berfungsi dengan lebih baik seterusnya menentang lebihan bilirubin.

Sebenarnya, cara hilangkan kuning bayi paling berkesan bermula dengan kesihatan ibu sendiri. Ibu hanya perlu mengamalkan pemakanan yang sihat dan sentiasa peka dengan penyakit kuning ini.

Paling penting, jangan panik kerana demam/penyakit kuning ini sememangnya normal dan sering terjadi. Kami harap petua hilangkan kuning bayi di atas dapat membantu anda dan bayi.

Semoga bermanfaat.

Sumber:

  1. American Pregnancy Association (n.d.). Breastfeeding and Jaundice. americanpregnancy.org/healthy-pregnancy/breastfeeding/breastfeeding-and-jaundice/
  2. SingHealth (n.d.). Jaundice (Baby). www.singhealth.com.sg/patient-care/conditions-treatments/jaundice-childhood-illnesses
  3. Healthline (n.d.). Breast Milk Jaundice. www.healthline.com/health/breast-milk-jaundice

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Warna Najis Bayi Kuning Cair, Adakah Ia Normal Atau Perlukah Ibu Risau?

Baca juga: Ibu Biar Bayi Demam Kuning Maut Tanpa Rawatan Kerana “Tuhan Pilih Anaknya”

Baca juga: Kurangkan Kuning Bayi Dengan Air Cincau, Doktor Minta Ibu STOP Petua Mengarut Ini!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!