Petua Hilangkan Sakit Gigi Kanak-Kanak & Orang Dewasa, Terbukti Berkesan Tanpa Perlu Ke Klinik!
Petua hilangkan sakit gigi untuk kanak-kanak ada beberapa cara. Rasa gigi sakit diikuti dengan berdenyut boleh menganggu aktiviti seharian
Tidak hanya orang dewasa, anak kecil juga boleh mengalami masalah sakit gigi yang teruk disebabkan oleh tabiat pemakanan seharian menyebabkan kerosakan pada gigi. Justeru ada beberapa petua hilangkan sakit gigi untuk kanak-kanak dan orang dewasa yang boleh anda cuba.
Sesiapa sahaja pasti akan berdebar untuk berjumpa doktor gigi. Mana tidaknya, rawatan yang dibuat boleh dikatakan agak menakutkan dan sakit.
Petua hilangkan sakit gigi untuk kanak-kanak dan orang dewasa
Sakit gigi adalah masalah biasa berlaku kepada sesiapa sahaja. Sakit gigi biasanya tanda masalah yang lebih besar, seperti kerosakan gigi, dan boleh menjadi lebih cepat dengan cepat jika tidak dirawat dengan baik.
Jika anak mengalami gigi sakit, ada beberapa petua hilangkan sakit gigi untuk kanak-kanak yang boleh anda cuba bagi melegakan masalah ini sebelum pergi ke klinik berhampiran.
#1. Berkumur dengan air garam suam
Bilas mulut si kecil dengan air suam dicampur dengan garam. Garam berfungsi sebagai membunuh bakteria, sementara air suam dapat membantu meringankan rasa sakit dan mengurangkan bengkak dalam gusi.
Lakukan ini beberapa kali sehari.
#2. Minyak cengkih
Petua hilangkan sakit gigi yang seterusnya adalah dengan minyak cengkih. Sapu beberapa titisan minyak cengkih pada sekeping kapas, kemudian sapukan pada gigi yang sakit untuk meringankan rasa sakit.
Minyak cengkih boleh membantu menenangkan sakit gigi dan matikan rasa pada mulut di sekeliling gigi.
Anda juga boleh meletakkan beberapa titis minyak kelapa di mulut anak. Minyak kelapa boleh mengurangkan pembentukan plak, sakit gusi dan mencegah kerosakan gigi–malah boleh diamalkan walaupun gigi tidak sakit.
#3. Ubat sakit gigi
Mengambil ubat tahan sakit gigi juga merupakan cara hilangkan sakit gigi dengan berkesan. Ia boleh membantu meredakan kesakitan, tetapi sila patuhi dos yang disyorkan untuk kanak-kanak.
#4. Kompres sejuk
Meletakkan tekanan sejuk atau pek ais di luar pipi anak boleh mengurangkan rasa sakit gigi dan melegakan bengkak jika sakit gigi disebabkan oleh trauma atau kecederaan dan bukannya kerosakan gigi atau plak.
#5. Hidrogen peroksida
Bilas sedikit hidrogen peroksida dengan air dan gunakannya untuk berkumur. Ia boleh hilangkan sakit gigi dan menangkis gingivitis.
Walau bagaimanapun, anda perlu berhati-hati supaya kanak-kanak tidak menelan atau memakannya kerana ia boleh menyebabkan masalah perut.
#6. Peppermint
Cara hilangkan sakit gigi yang seterusnya adalah dengan peppermint. Tanaman peppermint aromatik ini juga sering digunakan untuk meredakan sakit kepala, selesema dan loya.
Cuba kaedah seperti berikut:
- Letakkan daun peppermint segar pada gigi anda.
- Rendam kantung teh peppermint sehingga hangat, kemudian tekan ia ke atas gigi.
#7. Bawang putih
Cara menghilangkan sakit gigi yang lain ialah dengan bawang putih. Ia digunakan sebagai antibiotik semulajadi.
Caranya adalah dengan mencincang halus bawang putih, menghancurkannya dan membiarkan selama 10 atau lebih minit, kemudian letakkan pada gigi yang sakit.
Selepas satu atau dua minit, bilas mulut anak dengan air garam yang hangat, jika boleh.
#8. Daun taim
Seperti hidrogen peroksida, daun taim atau thyme juga menjadi salah satu cara menghilangkan sakit gigi dengan cepat.
Ia juga dikatakan menjadi pelega kesakitan semula jadi. Caranya adalah dengan merebus air dan masukkan daun taim ke dalamnya.
Apabila mendidih, biarkan air sejuk sedikit, dan minta anak berkumur. Walaupun ini adalah penyembuhan sakit gigi, namun ia hanya bersifat sementara untuk menahan rasa sakit dan mungkin akan kembali.
Sebaiknya anda bawa si kecil berjumpa doktor gigi untuk memastikan tidak ada masalah dengan kesihatan pergigian anak anda.
Perkara yang perlu elakkan apabila sakit gigi
Sesetengah cara menghilangkan sakit gigi dengan cepat, namun ada juga yang berupaya menyebabkan sakit gigi lebih teruk.
Elak lakukan beberapa perkara ini semasa sakit gigi:
- Mengunyah boleh memburukkan lagi sakit gigi. Untuk mengelakkan kesakitan ini, sediakan makanan ringan dan bertekstur lembut buat sementara waktu.
- Makanan yang sangat panas dan sangat sejuk boleh merengsakan gigi yang sensitif. Ini termasuklah ais krim, ais, soda, teh panas, kopi panas atau sup.
- Makanan manis boleh menyebabkan sakit gigi bertambah jadi elakkan pengambilan gula-gula manis, coklat dan gula-gula lain.
Masalah sakit gigi berlubang
Sakit gigi berlubang merupakan hal yang begitu menyakitkan. Gigi berlubang merupakan keadaan di mana bakteria akan makan permukaan gigi dan menjadikannya lembut serta berlubang.
Masalah ini jika berlarutan akan membawa kepada kejatuhan gigi. Selain itu, gigi tersebut akan mempunyai tompok hitam yang menandakan pertapakan bakteria yang sedang perlahan-lahan mengakibatkan pereputan.
Bagi mengatasi masalah sakit gigi berlubang, cuba lakukan beberapa tips ini:
- Elakkan makanan dan minuman yang mengandungi kandungan gula tinggi
- Cara nak hilangkan sakit gigi berlubang juga memerlukan anda menjaga kebersihan gigi dan mulut setiap masa
- Gigi yang berlubang hendaklah ditampal bagi mengelakkan rasa ngilu atau sakit berulang. Lakukan dengan segera di klinik gigi berdekatan
Cara hilangkan sakit gigi berdenyut
#1. Buah tomato muda
Cara hilangkan sakit gigi berdenyut adalah dengan menggunakan buah tomato. Ambil sebiji buah tomato muda dan belahkan kepada dua bahagian.
Kemudian masukkan tomato ke bahagian gigi yang sakit. Sekiranya gigi sedang dimakan oleh ulat, ia akan keluar dengan sendirinya. Selepas itu, kumur dengan sedikit air apabila terasa sembuh.
#2. Gigit bunga cengkih
Cara ini mungkin kurang digemari oleh sesetengah individu kerana rasa bunga cengkih akan membuatkan lidah kurang selesa.
Namun, apa salahnya jika anda cuba apabila dalam keadaan terdesak. Caranya adalah gigit 3 kuntum bunga cengkih pada gigi yang sakit. Sekiranya masalah gigi berlubang, tumbuk bunga cengkih dan isi dalam lubang gigi dan tutup menggunakan kapas.
#3. Minyak gamat
Ramai orang tidak tahu bahawa minyak gamat bukan sahaja dapat merawat luka, tetapi juga merupakan salah satu cara hilangkan sakit gigi berdenyut.
Anda hanya perlu meletakkan minyak gamat pada putik kapas dan sapukan secara perlahan pada bahagian gigi yang sakit
#4. Lidah buaya
Sifat lidah buaya atau aloe vera adalah anti-mikrob dan bakteria menjadikannya mujarab mengubati sakit gusi atau gigi. Untuk mendapatkan kelegaan, ambil isi lidah buaya dan letakkannya pada tempat yang sakit untuk beberapa minit.
Bagi penjagaan umum gigi dan kesegaran mulut pula, berkumurlah dengan jus aloe vera dan bilas dengan air biasa.
#5. Asam jawa
Caranya adalah dengan menggoreng asam jawa untuk beberapa minit. Kemudian bakar sedikit garam kasar di dalam daun pisang.
Tumbuk semua bahan sehingga halus dan tampalkan pada gigi yang sakit.
Doa hilangkan sakit gigi
Selain ikhtiar dengan bahan-bahan semula jadi, anda juga boleh membaca doa hilangkan sakit gigi.
Caranya adalah dengan meletakkan tangan pada tempat yang sakit, kemudian bacakan Bismillah sebanyak tiga kali dan baca doa sakit gigi:
“A’uudzu billahi wa qudrotihi min syarri maa ajidu wa uhaadziru”
Maksudnya: Aku berlindung kepada Allah dan kekuasaanNya dari keburukan yang sedang aku rasakan dan yang aku khawatirkan (HR. Muslim).
“Allahuma adzib ‘anhu su-a ma yajidu wa fuhsyahu bi da;wati nabiyyikal mubarakil makini indaka”
Maksudnya: Ya Allah, lenyapkanlah darinya keburukan apa yang ia rasakan beserta kekejiannya dengan doa Nabi-Mu yang penuh berkah di sisi-Mu.
Doa untuk menghilangkan rasa sakit
- Baca Bismillah tiga kali
- Baca doa ini sebanyak 7 kali:
أَعُوذُ بِاللَّهِ وَقُدْرَتِهِ مِنْ شَرِّ مَا أَجِدُ وَأُحَاذِرُ
Maksudnya:
Aku berlindung kepada Allah dan kekuasaanNya dari keburukan yang sedang aku rasakan dan yang aku khuatirkan.
Semoga bermanfaat!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: 10 Cara Melegakan Kesakitan Bayi Tumbuh Gigi
Baca juga: Masalah Sakit Gigi Berdenyut, 11 Petua Ini Terbukti BERKESAN Menghilangkannya!
Baca juga: Sakit Gigi Geraham Ketika Hamil? Ini 6 Cara Untuk Anda Kurangkan Sakit