TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

5 tip keibubapaan bijak yang boleh kita belajar dari Bill Gates, bekas CEO Microsoft

3 min bacaan
5 tip keibubapaan bijak yang boleh kita belajar dari Bill Gates, bekas CEO Microsoft

Dengan melihat cara Bill Gates mengasuh tiga anaknya, kita dapat mempelajari beberapa petua keibubapaan daripada beliau agar anak kita membesar menjadi insan berjaya.

Siapa yang tidak kenal dengan Bill Gates? Teknologi ciptaannya telah digunakan oleh majoriti pengguna IT di seluruh dunia sehingga menjadikan beliau seorang jutawan pada usia semuda 31 tahun. Selain teknologi, ada beberapa petua keibubapaan yang boleh kita pelajari dari lelaki ini!

Beliau merupakan seorang ayah kepada 3 orang cahaya mata — Jennifer, 21, Rory, 19, and Phoebe, 15 tahun.

Walaupun Bill Gates jarang memberi seminar tentang keibubapaan, tapi ada beberapa pengajaran atau petua keibubapaan yang boleh kita pelajari daripada beliau.

5 petua keibubapaan yang dipelajari daripada gaya mengasuh Bill Gates

Dalam artikel ini, kami ingin melihat dengan lebih dekat 5 pengajaran penting dalam hidup yang boleh kita ajarkan pada anak kita.

1. Kita tak akan selalu dapat apa yang kita mahu 

petua keibubapaan, tip keibubapaan

Kredit: Gazettereview.com

Sebagai mak ayah, agak sukar untuk kita katakan “tidak” pada setiap permintaan anak. Dalam hati, kita cuba ingin memenuhi setiap permintaan mereka.

Tapi, itu bukanlah cara terbaik dalam mendidik anak kerana realiti sebenar di luar sana adalah: kita tidak akan dapat semua yang kita ingini.

Malah, kalau menurut cara Bill Gates yang kaya raya itu, anaknya hanya diberikan smartphone selepas mereka berusia 13 tahun. Sebelum itu, mereka perlu bersabar dan terima peraturan si ayah!

2. Bila kita mahukan sesuatu, kita perlu berusaha untuknya

Inilah yang diajarkan oleh Bill Gates kepada anak-anaknya. Dia meminta tiga anaknya untuk membantu tugasan di rumah sebelum diberikan duit poket.

Mungkin kita boleh meniru petua keibubapaan ini. Ia akan mengasuh anak kita untuk menjadi seorang manusia yang berdikari, rajin, dan tidak berputus asa. Mereka tahu yang mereka perlu berkerja keras untuk mendapatkan sesuatu!

3. Bila kehidupan kita sudah bagus, bantulah orang lain.

petua keibubapaan, tip keibubapaan

Kredit: Pinterest

Rasa simpati, empati dan sifat suka membantu adalah antara petua keibubapaan hebat yang diterapkan oleh Bill Gates pada anak-anaknya. 

Dalam satu temuramah, isteri Bill, Melinda Gates, bercerita yang 1/3 daripada duit poket (yang diterima hasil membantu urusan kerja rumah!) anak-anaknya itu akan didermakan kepada badan kebajikan pilihan mereka.

Malah, pasangan Gates ini turut menggandakan wang terbabit setiap kali anak-anaknya menderma. Wow, jom kita tiru petua keibubapaan yang mulia ini!

4. Bekerja keraslah demi impian dan minat kita

Selalunya, dalam budaya masyarakat kita, ibu ayah akan menetapkan apa yang anak mereka perlu buat. Tetapi, Bill Gates lebih menggalakkan anak-anaknya untuk berusaha mencari dan memenuhi impian dan minat mereka.

Antara cara untuk membolehkan anaknya tahu apa minat mereka, beliau mendedahkan anaknya dengan pelbagai bidang dan aktiviti. Mereka boleh meneroka dan menambah pengalaman melaluinya. Mungkin kita boleh melakukan perkara yang sama!

5. Rasa kepuasan ketika melakukan sesuatu adalah rasa yang sangat bernilai!

petua keibubapaan, tip keibubapaan

Kredit: Stoogles.com

Mengapa agaknya Bill Gates tidak mahu melimpahkan semua kekayaan kepada anak-anak? Ia mungkin kerana dia sedar bahawa rasa puas selepas berusaha keras dan akhirnya mencapai kejayaan adalah satu rasa yang sangat bernilai.

Apabila kita mendapat sesuatu hasil usaha sendiri, kita akan lebih menghargai usaha dan kejayaan kita. Berbanding sesuatu yang diberikan secara percuma atau diperolehi secara mudah.

Ibu ayah, jom ajar anak kita untuk berusaha demi kejayaan dirinya sendiri. Kita boleh memberi bantuan apabila mereka memerlukan, tetapi tidaklah sampai semuanya dilakukan oleh kita untuknya.

Jadi bagaimana? Adakah anda akan mengamalkan petua keibubapaan yang dikongsikan secara tersirat oleh billionaire dunia, Bill Gates?

Kongsikan artikel ini jika anda rasa yang ianya bermanfaat untuk ibu ayah yang lain.

 

 

Sumber: theAsianparent Singapore

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

Stories Rakan Kongsi
Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya

Anak Aktif Bercakap & Sering Emosi Antara Bukti Anda Adalah Ibu Bapa Yang Terbaik

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Noor

  • halaman rumah
  • /
  • Keibubapaan
  • /
  • 5 tip keibubapaan bijak yang boleh kita belajar dari Bill Gates, bekas CEO Microsoft
Kongsikan:
  • Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

    Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

  • Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

    Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

  • Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

    Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

  • Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

    Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

  • Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

    Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

  • Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

    Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2026. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham