Petua Hamil Yang Popular Tapi Sebenarnya Mitos! Hati-Hati Ya, Jangan Terlalu Percaya

Anda pasti pernah dengar pelbagai petua kesuburan untuk menjadi hamil. Kami kongsikan beberapa petua tersebut yang lebih kepada mitos sebagai panduan bersama.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Terdapat banyak petua hamil yang sering diperkatakan oleh orang tua-tua kita dulu. Namun sejauh mana kebenarannya? Ada yang sampai kena curi senduklah kalau nak hamil anak perempuan. Seakan tidak masuk akal.

Tapi dah nama pun petua. Ia bukanlah fakta, ia hanya kepercayaan semata-mata. Mungkin ada yang buat menjadi tapi ada juga yang tidak. Ikutlah nasib, apa yang pasti tiada fakta yang menyokongnya. 

Antara petua hamil popular tapi sebenarnya mitos

Sebelum mengandung, macam-macam petua dikongsi untuk cepat mengandung. Bila sudah mengandung, macam-macam petua dikongsi untuk mendapatkan ciri tertentu pada anak. Memang dalam dunia Melayu, dan bangsa lain juga, penuh dengan petua untuk apa juga sudut kehidupan. Ada yang betul serta selari dengan kajian saintifik dan logik. Ada juga yang hanya mitos dan jika terjadipun, sekadar kebetulan.

Berikut beberapa petua yang pernah dikongsi oleh rakan-rakan dan keluarga berkaitan dengan kesuburan dan bayi.

#1. Mendapatkan anak kembar

Mitos:

Berat Badan dan Ketinggian Ibu
Tengok pada isteri. Kalau tinggi dan berbadan besar dan berat, ada peluang mendapat anak kembar.

Pemakanan
Pengambilan makanan tertentu yang mengandungi kandungan estrogen tinggi mampu meningkatkan kebarangkalian mendapat anak kembar.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Banyakkan makan ubi, kentang dan minum susu
Tiga jenis makanan ini meningkatkan ovulasi pada telur dan mungkin boleh mendapatkan anak kembar. Jika teratur minum susu dari zaman muda, kebarangkalian untuk mendapatkan anak kembar itu tinggi.

Fakta:

Mendapat anak kembar lebih bergantung kepada faktor genetik dan keturunan, sama ada dekat atau jauh. Tiada kajian perubatan yang dapat mengesahkan kaitan pemakanan dan keadaan tubuh badan dengan kebarangkalian mendapat anak kembar. Lagipun, berapa berat yang sepatutnya dicapai untuk memenuhi kebarangkalian ini?

BERKAIT: Risiko kehamilan kembar atau berganda

#2. Jantina tertentu

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Mitos:

Lelaki
Untuk mendapat anak lelaki:
• lebihkan memakan makanan laut
• lakukan hubungan kelamin pada waktu malam
• lakukan hubungan kelamin selepas sahaja selesai haid

Perempuan
Untuk mendapat anak perempuan:
• makan makanan yang berasid seperti limau, asam, nenas, cuka dan air minuman bergas
• elakkan memakan makanan laut
• lakukan hubungan kelamin sebelum datangnya haid untuk mendapat anak perempuan
• jika berani, curi senduk dari rumah sesiapa

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Mitos: Walaupun petua-petua ini terlalu kerap diperkatakan, namun tiada kajian perubatan yang dapat mengesahkannya, sama ada makanan yang diambil atau pilihan masa hubungan kelamin dilakukan.

Jika anda berani curi senduk untuk mendapatkan anak perempuan, bagaimana pula untuk dapatkan anak lekaki?

BERKAIT: Baby gender selection – boy or girl

#3. Keadaan bayi

Mitos:

Gugur atau cacat
Jangan makan rambutan masa hamil! Nanti akibatkan keguguran atau bayi dalam kandungan cacat. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Fakta: Berapa ramai para ibu yang memakan rambutan ketika hamil, namun masih melahirkan anak-anak yang sihat. Kecacatan janin sentiasa berkait dengan pengambilan asid folik. Jadi penting untuk mengambil asid folik sejak anda mula merancang untuk hamil, ia dapat mengelakkan kecacatan janin.

Mitos:
Saiz bayi besar dan sukar dilahirkan

Kalau minum ais atau makan ais krim banyak-banyak, nanti bayi tu mengembang. Saiz jadi besar dan susah nak dilahirkan.

Fakta: Minuman sejuk dan memakan ais krim semasa mengandung tiada kaitan dengan saiz bayi.

Mitos:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Warna kulit bayi
Jika ingin bayi berkulit putih, minumlah air soya atau makan tauhu. Elakkan minum kopi atau makan kicap, nanti kulit bayi berkulit hitam.

Fakta: Warna kulit bayi juga berkaitan dengan genetik dan keturunan, jauh ataupun dekat. Jikapun berlaku, ia sekadar kebetulan.

BERKAIT: Pemakanan ketika hamil

Sebenarnya, perkara yang paling penting ialah bayi yang sihat tanpa mengira warna kulit dan jantina. Juga, jangan terlalu menyalahkan diri jika belum ada rezeki. Hidup ini memang untuk diuji, namun usaha harus diteruskan.

Oh, nasihat Wak di atas ada betulnya. Kacang soya mengandungi kandungan bahan yang bertindak seperti estrogen dan baik untuk ibu-ibu yang kekurangan estrogen dalam badan. Ianya membantu dinding rahim bersiap untuk menerima kandungan. Tetapi produk dari kacang soya yang melibatkan pemprosesan seperti soy burger dan soy protein powder boleh mengakibatkan ketidak seimbangan hormon. Paling baik adalah mengambilnya secara semulajadi seperti direbus atau diperam seperti taufu fah dan tempe.

Sumber: The safety of soya

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Petua Dapat Anak Kembar, 3 Kali Bersalin Dah Dapat 5 Orang Anak