Ada anak yang memang berselera makan, tetapi ada juga yang bukan jenis suka makan. Jadi kali ini kami kongsikan petua tambah selera makan anak yang mungkin boleh bantu ibu ayah di luar sana tarik perhatian anak untuk makan.
Apa juga yang anda beri pada anak, mungkin salah satu perkara yang kita lupa adalah mewujudkan suasana menyenangkan ketika makan.
Makdsudnya di sini, jadikan makan itu adalah sebagai suatu suasana yang tenang untuk dinikmati. Memang difahami, bila ada anak kecil, memang suasana makan itu bukan suatu yang tenang, Ada saja perkara nk buat jadi huru hara. Tetapi cubalah ciptakan suasana yang tenang ketika makan.
Cipta suasana tenang ketika makan antara petua tambah selera makan anak
Mungkin kita nampak anak kita itu sebagai anak kecil yang tiada perasaan. Tetapi tanpa kita sedari anak itu juga punyai perasaan. Kemungkinan besar keadaan makan dalam suasana yang tidak tenang buat anak jadi putus selera.
Sama juga seperti kita yang dewasa ini, kita lebih berselera bila makan dalam keadaan yang tenang dan tidak terganggu dengan pelbagai gangguan terutama bunyi bising.
Terus putus selera jadinya bila keadaan kucar kacir ketika kita sedang makan. Jadi sama juga dengan anak, mungkin ini antara penyebab dia tidak lagi berselera untuk makan.
Jadi apakah perkara lain yang boleh kita buat untuk terus pikat selera anak?
#1. Persembahan yang menarik
Makanan yang dihidangkan dihias cantik. Jika bawakan dia bekal, hias cantik dengan design yang pelbagai dan sebagainya. Jadi anak akan jadi semangat untuk makan dan sudah pastilah seleranya bertambah.
Orang kata dari mata turun ke hati. Persembahan makanan yang menarik itu penting supaya anak jadi tertarik untuk makan, bukan saja tertarik tetapi mampu menghabiskan makanannya mengikut portion yang sepatutnya.
#2. Cipta suasana tenang
Jadikan suasana di ruang makan sebagai suatu yang menenangkan. Boleh buka muzik yang perlahan dan menenangkan juga. Selain itu, elakkan marah-marah anak ketika dia sedang makan.
Depan rezeki kan, tak elok marah-marah. Jadikan suasana makan itu sebagai satu suasana yang menyeronokkan. Sudah pasti anak akan kekal di meja makan hingga makanannya habis.
#3. Tidak selalu berikan snack
Snack di sini bermaksud makanan ringan atau makanan segera yang diproses. Jika mahu beri anak snacking pastikan ia adalah terdiri daripada makanan semulajadi seperti buah.
Kandungan gula yang tinggi dalam makanan ringan serta garam yang tinggi dalam makanan segera tidak baik untuk tumbesaran anak. Sekali-sekala bolehlah, tapi janganlah dijadikan sebagai rutin.
Makanan ringan juga akan membuatkan anak rasa cepat kenyang disebabkan itu nanti mereka sudah terlalu kenyang untuk makan menu utama yang dimasak oleh ibu.
Disebabkan itu, pastikan anda pilih snacking yang betul untuk anak anda dan yang pasti ia haruslah menyihatkan.
#4. Buat kegiatan fizikal sebelum makan
Kegiatan fizikal akan membuatkan tenaga dan kalori anak dibakar. Jadi mereka biasanya akan lapar selepas membuat aktiviti fizikal. Bawalah anak anda berjalan-jalan di taman atau buat apa saja aktiviti fizikal yang boleh buat anak penat.
#5. Jadikan rutin makan bersama keluarga
Ada kemungkinan anak anda tidak suka makan berseorangan. Orang kata makan seorang buat kita jadi tidak berselera. Jadi apa kata anda cuba jadikan rutin makan bersama keluarga.
Maksudnya apabila tiba waktu makan malam, anda sekeluarga akan duduk di meja makan dan makan bersama-sama. Tidaklah seorang makan di sofa, seorang makan di dalam blik.
Cubalah wujudkan rutin makan bersama-sama dengan keluarga. Ini mungkin akan jadikan anak anda gembira untuk menikmati makanannya dan sekaligus membuka selera anak kecil anda.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Anak Asyik Nak Makan Sendiri Sahaja? Tak Apa! Biarkan Sahaja Anak Anda Makan Comot
Baca juga : Bayi 8 Bulan Susah Makan, Apa Anda Boleh Buat Untuk Pujuk Si Manja Makan?
Baca juga: Anak Makan Bersepah, Ibu Harus Ajar Etika Makan Anak Sejak Kecil, Ini Caranya!