Minyak Wangi Perempuan Mungkin Berbahaya Dipakai Oleh Ibu Hamil, Ini Sebabnya

Ada pendapat yang mengatakan sesetengah kosmetik bahaya untuk ibu hamil kerana isi kandungannya. Jadi bagaimana pula dengan minyak wangi perempuan?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Cabaran menjadi ibu hamil tidak mudah. Sepanjang tempoh 9 bulan itu, pelbagai perkara perlu diambil kira dan dijaga bagi menjamin keselamatan diri serta juga bayi dalam kandungan. Ia termasuklah daripada segi pemakaian kosmetik seperti pewangi badan atau minyak wangi perempuan.

Ini kerana dalam kosmetik itu sendiri, dikhuatiri ada beberapa kandungan didalamnya boleh mendatangkan bahaya kepada ibu hamil dan juga bayi yang sedang dikandung.

Tidak dinafikan, ibu hamil mempunyai banyak karekter. Ada yang sebelum ini memang tidak suka menyembur minyak wangi, namun apabila hamil tiba-tiba sahaja berminat. Meskipun perubahan itu berlaku, ibu hamil perlu tahu adakah minyak wangi yang disembur itu selamat untuk digunakan?

Minyak Wangi Perempuan Bahaya Dipakai Ketika Hamil?

Sepanjang kehamilan pun, memang kita perlu menjaga kebersihan diri dan sentiasa tampil yakin. Wangian adalah salah satu yang akan meningkatkan keyakinan wanita untuk sentiasa tampil menarik. Itu juga mungkin salah satu cara hilangkan bau badan wanita yang mungkin kita tidak sedar.

Tidak ada apa yang perlu dirisaukan sebenarnya selagi nyawa ibu dan bayi dalam kandungannya selamat serta tidak memudaratkan. 

Namun apa yang membimbangkan adalah apabila biasanya dalam minyak wangi, ia selalunya akan mengandungi phthalates iaitu sebatian kimia yang digunakan untuk membentuk bahan plastik menjadikannya mudah dibentuk.

 Disebabkan itu, phthalates biasanya digunakan dalam pelbagai produk plastik seperti alat permainan, lapik lantai, penebat kabel, perabot, kasut dan dalaman kereta.

Phthalates juga digunakan sebagai pelarut dalam cat, pelekat, pewangi atau penyegar udara, minyak wangi dan sebagainya.

Ada beberapa jenis phthalates dan tahap kemudaratan terhadap manusia belum dikenalpasti. Ada beberapa jenis phthalates yang menyebabkan barah, keracunan hati atau masalah organ pembiakan dalam haiwan ujian!

Selain itu, beberapa negara termasuk China telah melarang penggunaan phthalates dalam alat permainan kanak-kanak dan barangan kanak-kanak.

Perlu ibu tahu, kandungan phthalate itu mampu membahayakan bayi anda. Sesetengah penyelidikan haiwan menunjukkan bahawa pendedahan kepada phthalates tertentu boleh mengganggu perkembangan organ pembiakan lelaki.

Phthalates sering ditemui dalam pewangi, seperti minyak wangi perempuan, kerana ia membantu minyak wangi tahan lama.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jadi pastikan anda elak untuk terus menggunakan minyak wangi yang mengandungi phthalates supaya tidak membahayakan anda dan kandungan ya!

Kandungan Minyak Wangi yang Selamat

Jika anda tetap ingin menggunakan minyak wangi semasa hamil, ramai pakar mengesyorkan supaya ibu mengandung menggunakan wangian semula jadi yang berkemungkinan tidak terlalu kuat dan mengandungi bahan berbahaya.

Persatuan Kehamilan Amerika mencadangkan agar ibu hamil menggunakan semburan badan dan losyen, yang lebih ringan kerana peratusan kandungan alkohol adalah rendah dan sedikit. Anda boleh pilih wangian seperti pudina dan halia, yang diketahui dapat membantu mengatasi loya dan bukannya menyebabkan bahaya.

Selain itu, anda juga boleh menggunakan essential oil untuk disapukan di bahagian leher, pergelangan tangan atau pakaian anda, seperti mana yang anda lakukan dengan sebotol minyak wangi perempuan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Namun begitu, sila ambil perhatian bahawa tidak semua essential oil sesuai digunakan semasa sedang hamil. Jadi sila semak dahulu isi kandungannya supaya anda tahu jika ia selamat atau tidak.

Badan Berbau Ketika Hamil, Adakah Normal?

Sesetengah ibu hamil mungkin merasakan perubahan pada bau badannya sehingga membuatkan diri tidak selesa dan kurang berkeyakinan terutamanya apabila berdepan dengan orang lain. 

Tetapi, apa yang menyebabkan aroma bau badan itu berlaku dan adakah ia normal? 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sebenarnya semasa mengandung, bau badan akan berubah dan sememangnya cenderung untuk menjadi tidak menyenangkan.

Ada hasil kajian yang menunjukkan bahawa bekalan darah badan ibu akan meningkat sebanyak 50 peratus semasa kehamilan. Ini kerana tubuh memerlukan banyak darah untuk membawa oksigen dan nutrien kepada janin dalam kandungan. Keadaan ini seterusnya boleh membuatkan wanita hamil lebih kerap berpeluh sehingga menjadi punca masalah bau badan.

Bau busuk biasanya lebih teruk, terutamanya di kawasan kelenjar peluh, seperti ketiak dan kelangkang paha.

Walaupun begitu jangan risau kerana keadaan badan berbau ketika hamil tidak akan menjejaskan perkembangan dan pertumbuhan janin dalam kandungan anda. 

Cara Hilangkan Bau Badan Wanita Hamil

Boleh dikatakan, badan berbau ketika sedang hamil adalah normal selagi mana janin sedang berkembang.

Walaupun ia tidak boleh diubat, namun anda mungkin boleh menggunakan beberapa petua di bawah ini untuk membantu mengurangkan bau yang kurang menyenangkan pada badan anda.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#1. Kerap mandi

Apabila anda berpeluh, badan secara tidak langsung akan mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan. Anda pasti juga sudah tahu, kan?

Jadi untuk mengurangkan bau badan itu, apa kata anda mandi dengan lebih kerap, contohnya tiga kali sehari. Selain hanya menggunakan sabun, anda juga boleh menggunakan losyen selepas mandi supaya bau badan anda lebih wangi dan anda juga lebih yakin ketika berada di dalam rumah mahupun di luar.

#2. Pakai deodorant

Deodorant merupakan satu produk penjagaan kulit yang diketahui boleh mengurangkan bau badan yang tidak menyenangkan.

Selain hanya menyapu losyen selepas mandi, anda juga digalakkan untuk menggunakan deodorant pada bahagian ketiak anda setiap hari untuk menghasilkan bau yang lebih segar selepas mandi. Deodorant tersebut sebenarnya boleh melembapkan bau badan yang keluar dari ketiak supaya baunya tidak terlalu kuat. Jadi, jangan lupa pakai sekurang-kurangnya sekali sehari ya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#3. Ambil makanan yang berkhasiat

Dari peringkat pertama kehamilan anda, anda perlu berhati-hati dengan pemakanan dan kaedah penyediaan makanan.

Kehamilan boleh menyebabkan anda lemah terhadap bakteria dan jangkitan tertentu yang mampu memberi kesan kepada kesihatan bayi yang bakal dilahirkan, jadi pemakanan dan kebersihan amatlah penting. Pemakanan yang sihat juga boleh mengurangkan badan anda untuk mengeluarkan bau busuk.

#4. Banyakkan minum air kosong

Badan yang lebih kerap berpeluh sebenarnya boleh menyebabkan anda kekurangan cecair dan seterusnya mengalami dehidrasi. Oleh itu, anda perlu mengambil banyak air kosong untuk menggantikan cecair yang hilang melalui peluh itu. Ingat, anda perlu memenuhi keperluan cecair sekitar 2500 ml sehari ya!

Selain itu, cecair ini juga penting untuk perkembangan janin dalam kandungan agar kekal sihat sehingga tiba masa untuk dilahirkan nanti.

#5. Pakai pakaian yang longgar

Sedar atau tidak, bau badan semasa hamil boleh berlaku apabila pakaian yang dipakai terlalu ketat dan tidak menyerap peluh.

Sesetengah bahan pakaian, seperti jersi biasanya tidak menyerap peluh, jadi ia akan mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan. Jadi, elakkan memakai pakaian jenis ini. Sebaliknya, sila pakai pakaian yang menyerap peluh seperti t-shirt berasaskan bahan daripada kapas supaya kulit anda boleh bernafas dengan lebih selesa dan badan anda juga tidak berbau busuk.

Semoga perkongsian ini bermanfaat dan boleh membantu anda untuk tampil lebih yakin selepas ini! 

Ingat, badan berbau adalah normal ketika anda sedang hamil. Apa yang boleh anda lakukan adalah mengurangkan baunya dengan tips di atas serta menerima keadaan diri anda seadanya tanpa menjejaskan kandungan anda.

Sumber

The Bump (Sept 17, 2020). Is Perfume Safe to Use During Pregnancy? www.thebump.com/a/perfume-safe-during-pregnancy

Bastille Paris (Sept 14, 2021). Perfume and Pregnancy: A Danger For Pregnant Women? bastilleparfums.com/blogs/news/parfum-et-grossesse-un-danger-pour-les-femmes-enceintes?logged_in_customer_id=&lang=en

Pop Sugar (Dec 6, 2017). Why Expecting Women Should Make This 1 Major Beauty Change For a Toxic-Free Pregnancy. www.popsugar.com/beauty/Can-You-Wear-Perfume-When-Youre-Pregnant-44060441

Million Markers (n.d). Pregnancy Safe Perfumes. www.millionmarker.com/pregnancy-fertility/product/perfume

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Cuba Untuk Hamil? Semak Dulu 9 Bahan Dalam Kosmetik Yang DILARANG Untuk Ibu Hamil Ini!

Baca juga: 6 Pilihan Minyak Wangi Perempuan Terbaik Untuk Ibu Hamil Kurangkan Rasa Loya

Baca juga: 10 Produk Memutihkan Kulit Untuk Ibu Hamil, Kalau Salah Pilih Boleh Mengundang Bahaya!

Penulis

Lala Annuar