Bersepah Peniaga Haram Jual Pil Gugur Janin Di Internet, Sedangkan Ia Bisa Mengancam Nyawa!

Pil gugur kandungan sebenarnya hanya boleh diguna jika ia diberi oleh doktor. Namun masih banyak farmasi atau kedai ubat yang menjualnya secara haram!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Boleh dikatakan banyak kita dengar berita wanita yang mahu gugurkan kandungan. Insiden ini sama ada berpunca kerana melakukan hubungan kelamin di luar pernikahan, tidak mahu terlalu awal menerima zuriat, masalah tertentu dan sebagainya hingga mereka mengambil jalan pintas dengan pil gugur kandungan.

Namun begitu, sememangnya tahukah anda yang anda tidak digalakkan untuk menggugurkan kandungan dengan sendiri kerana ia boleh membahayakan nyawa dan dilarang sama sekali jika tanpa pengawasan doktor?

Meskipun menggugurkan kandungan itu dianggap salah dan dilarang di Malaysia, namun masih ada agensi yang menjual pil gugur kandungan atau menyediakan perkhidmatan ini secara tidak sah di sisi undang-undang.

Jika terdapat pil ini di mana-mana kedai ubat, maka ia telah dijual secara haram kepada pengguna. Namun tentunya pihak berkuasa akan melakukan siasatan demi memastikan keamanan dalam negara kita.

Kegunaan pil gugur kandungan

Terdapat dua jenis ubat gugur kandungan di farmasi iaitu Mifepristone dan Misoprostol.

Mifepristone menghalang fungsi hormon progesteron yang membantu membesarkan kandungan. Manakala Misoprostol pula merupakan ubat kedua yang selalunya diambil 6 hingga 48 jam selepas ubat Mifepristone. Pil gugur kandungan ini boleh menyebabkan kekejangan dan pendarahan untuk membersihkan rahim.

Waktu bila yang disyorkan untuk ambil ubat keguguran?

Secara teknikalnya, ubat gugurkan kandungan ini boleh diambil sebelum usia kandungan mencecah 70 hari, tapi anda perlu dapatkan nasihat doktor demi menjaga keselamatan dan kesihatan diri.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Malah jika diambil tanpa pengawasan doktor, ia boleh mendatangkan pelbagai komplikasi yang boleh menjejaskan kesihatan si pengguna.

Pilihan lain selain ubat gugur janin

Jika perlu, individu yang menjalani prosedur menggugurkan kandungan atas sebab membahayakan nyawa boleh berjumpa dengan doktor sakit puan bagi menjalani prosedur yang disebut sebagai Dilatation and Curretage.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ia merupakan prosedur di mana sejenis alat akan dimasukkan ke dalam faraj sehingga rahim dan alat tersebut akan digunakan untuk memecahkan serta mengorek keluar kandungan dalam rahim.

Ia hanya dilakukan jika kandungan telah mencapai lebih dari 70 hari.

Kesan-kesan sampingan ubat keguguran

Berikut adalah kesan buruk yang boleh berlaku sekiranya seseorang itu mengambil ubat keguguran tanpa pengawasan doktor:

  • Kekejangan
  • Pendarahan yang sangat banyak
  • Keletihan
  • Sakit di bahagian payu dara
  • Sering loya
  • Muntah-muntah
  • Demam
  • Cirit birit
  • Jangkitan kuman
  • Saki baki kandungan yang gugur dan masih tertinggal di dalam rahim boleh menyebabkan jangkitan kuman sekaligus mengancam nyawa anda.

Jika terdapat sebarang komplikasi pada kandungan hingga perlu melakukan prosedur pengguguran, sebaiknya anda dapatkan nasihat dan rawatan dari doktor. Semoga bermanfaat.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

*******

Pil dijual secara berleluasa

Kementerian Kesihatan Malaysia mendedahkan terdapat lima kes kematian yang dilaporkan gara-gara mengambil pil gugurkan kandungan yang telah dijual secara haram melalui laman sosial.

Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, empat kes kematian adalah disebabkan pendarahan selepas bersalin manakala satu lagi kes membabitkan amniotic fluid embolism iaitu satu keadaan apabila air ketuban masuk dalam saluran darah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Semua kes ini membabitkan pengambilan ubat misoprostol melalui intra vagina.

Lebih mengejutkan, hampir 146 laman internet yang menjual pil gugur janin itu. Malah modus operandi mereka menggunakan medium internet seperti Facebook, blog, Instagram, Twitter dan lain-lain untuk mempromosikan produk atau ubat terlarang mereka.

Beliau menambah, kebanyakan ubat berkenaan diimport dari penyeludup haram dari luar negara terutamanya China dan India.

Walau bagaimanapun, pihak agensi seperti Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia mengambil langkah lanjut untuk melakukan sekatan ke atas mana-mana laman sosial yang menjual ubat larangan ini.

Artikel ini telah disadur dari Doctor On Call atas kebenaran mereka. Maklumat lanjut dan pertanyaan kesihatan mahupun ubat-ubatan juga boleh didapati di www.doctoroncall.com.my

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Sumber berita: Sinar Harian

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysi

Baca juga

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tanda Keguguran Yang Kerap Terjadi Pada Awal Trimester, Ibu Hamil Kena Waspada Selalu