Pentingnya Pillow Talk Dengan Pasangan Sebelum Tidur, Bantu Eratkan Lagi Kasih Sayang

Pillow talk adalah cara paling efektif untuk mengeratkan hubungan antara suami isteri sebelum tidur. Ia disaran lakukan pada setiap malam

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Setiap pasangan yang telah melalui fasa alam rumah tangga sangat mengimpikan untuk keharmonian yang berpanjangan antara mereka. Tahukah anda, pillow talk adalah salah satu daripada teknik komunikasi berkesan yang sepatutnya diamalkan oleh semua pasangan untuk menguatkan hubungan mereka?

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Pillow talk adalah teknik komunikasi berkesan dalam rumah tangga
  • Manfaat pillow talk bersama pasangan
  • Bagaimana komunikasi boleh mempengaruhi keintiman dalam rumah tangga?
  • Cara untuk pillow talk bersama pasangan sebelum tidur

Kadang kala, kita selalu memandang remeh perkara kecil sebagai sesuatu yang tidak penting. Bahkan, ada yang sanggup membeli barang yang mahal pada hari-hari istimewa untuk  pasangan dan ada juga yang hanya mampu memberikan seadannya.

Apa pun yang dilakukan itu adalah cara anda untuk menghargai pasangan. Tetapi jangan dilupa tentang formula penting rumah tangga iaitu komunikasi. 

Pillow talk adalah teknik komunikasi berkesan dalam rumah tangga

Pillow talk adalah perbualan yang berlaku antara pasangan sebelum tidur sama ada secara sengaja atau tidak. Biasanya, aktiviti ini dilakukan pada waktu malam kerana saat itu adalah “couple time” pasangan di mana tiada seorang pun yang boleh mengganggu. 

Kombinasi antara komunikasi verbal dan bukan verbal yang diterapkan dalam aktiviti ini sangat membantu meningkatkan kepercayaan, kepuasan, dan keintiman pasangan.

Manfaat pillow talk bersama pasangan

Aktiviti ini bukan sekadar komunikasi biasa. Sebaliknya pasangan yang betul-betul mengamalkannya boleh mendapat manfaat yang luar biasa. Antara manfaat yang boleh diperoleh adalah seperti:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#1. Meningkatkan rasa saling memahami

Kita dan pasangan masing-masing mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri. Perkahwinan inilah yang sebenarnya menjadi asbab pasangan saling lengkap melengkapi.

Dalam menjalani kehidupan seharian yang amat memenatkan dan penuh emosi, jurang perhubungan sentiasa diuji dengan masa, peluang, dan ruang.

Apabila kita berbicara antara dua mata dengan pasangan sebelum tidur, secara tidak langsung “kualiti bersama” itu akan lebih meningkat dengan mendadak berbanding kita memperuntukan masa yang terhad semasa kerja untuk mereka. 

Ini amat wajar kerana, pillow talk adalah waktu yang paling tenang dan penuh dengan aura positif. Justeru, keberkesannnya dalam meningkatkan kualiti komunikasi pasangan berada di tahap terbaik sehinggalah kita boleh meningkatkan rasa saling memahami antara satu sama lain. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#2. Mengeratkan keintiman

Bahasa tubuh memang lazim dibicarakan sebagai salah satu cara untuk menambah keintiman suami isteri.

Contohnya seperti gerakan mulut, ekpresi muka, gestur, pandangan mata, nada suara, gaya bicara, dan kedudukan komunikasi. Tidak perlu tempat yang mewah, cukup ditemani katil, bantal, dan selimut. Teruskan aksi romantik bersama pasangan. 

#3. Melahirkan sifat keterbukaan dan kurangkan rasa malu

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tipulah jika kita tidak pernah mengelak untuk berkata benar dengan pasangan. Kadang kala dalam kondisi yang terdesak,  seseorang terpaksa untuk bertindak tidak jujur.

Melalui pillow talk, pasangan boleh melatih diri untuk saling terbuka dan menghilang rasa malu yang dipendam.

Hal ini kerana, kebiasaannya pasangan akan bebas untuk berbicara apa jua topik yang dirasakan menarik ketika itu. Tetapi ingat jangan sampaikan bangkitkan topik yang boleh “mencurahkan minyak ke dalam api yang membara.” Takut tidur luar kita nanti. 

Bagaimana komunikasi boleh mempengaruhi keintiman dalam rumah tangga?

Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula dalam rumah tangga. Hakikat inilah yang perlu disedari oleh semua pasangan. Menurut pakar psikologi kaunseling dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr Airil Haimi Mohd Adnan, komunikasi merupakan dasar dan kunci kejayaan dalam setiap perhubungan.

Malah 10 perhubungan yang gagal, keberangkalian sembilan daripadanya gagal disebabkan proses komunikasi yang tidak berkesan.

Di samping itu, cabang komunikasi dan corak pemikiran bagi kaum Adam dan kaum Hawa juga berbeza. Wanita lebih bersifat cekap, cara berfikir mikro, berkias, dan amat teliti. Manakala lelaki pula, berfikir secara makro, literal, dan mempunyai sudut pandang yang luas.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kerana perbezaan inilah, pasangan kerap kali mengalami dilema, konflik, dan masalah salah faham yang rumit untuk diselesaikan tanpa komunikasi. 

Cara untuk pillow talk bersama pasangan sebelum tidur

Untuk melakukannya sangatlah mudah. Hanya perlukan diri anda, pasangan, dan ruang peribadi yang selesa sahaja. Antara tips yang dikongsikan oleh para pasangan yang menjadikan aktiviti ini sebagai aktiviti wajib mereka setiap hari adalah seperti:

  • Jauhkan diri dan pasangan dari peralatan elektronik seperti telefon bimbit atau gajet yang lain
  • Mulakan dengan sentuhan dan topik-topik harian yang ringan seperti “apa aktiviti yang dilakukan sepanjang hari”
  • Sentuhan, pandangan mata, pelukan, dan gelak tawa
  • Yakinkan pasangan dengan kata-kata dan kesungguhan kita
  • Sentiasa mengingatkan tentang bahasa cinta pasangan
  • Kongsi impian dan perkara positif bersama 

Apa yang penting dalam rumah tangga sebaiknya carilah cara untuk merapatkan jurang perbezaan antara kita dan pasangan. Elakkan hanya bercakap soal hak-hak dan kedudukan anda dalam rumah tangga. Takut terlebih memperjuangkan hak, kita terlupa tentang tanggungjawab yang sebenarnya wajib dilakukan. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Komunikasi Dengan Pasangan PENTING Agar Hubungan Kelamin Jadi Lebih Intim, Ini Sebabnya…

Baca juga: Sering Selisih Pendapat dan Persetujuan Dengan Pasangan? Cuba Tips Komunikasi Berkesan Ini

Baca juga: Tak Tahan Hadap Isteri Membebel Di Rumah, Lelaki Nekad Panjat Menara Telekomunikasi

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan