X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Tak Tahan Hadap Isteri Membebel Di Rumah, Lelaki Nekad Panjat Menara Telekomunikasi

4 min bacaan
Tak Tahan Hadap Isteri Membebel Di Rumah, Lelaki Nekad Panjat Menara Telekomunikasi

Melalui perjalanan alam rumah tangga bukanlah semudah yang disangka. Adakalanya wujud rasa bosan dengan pasangan apabila sering berdepan pergaduhan kecil

Tiada suami isteri yang sentiasa berasa bahagia setiap masa dan sunyi daripada sebarang ujian hidup. Jika hanya memfokuskan pada kekurangan dalam hubungan, anda mungkin akan cepat berasa bosan dengan pasangan.

Disebabkan itulah pada hari ini berlaku kes-kes perceraian yang berpunca daripada pelbagai perkara remeh termasuklah suami lupa pam tandas, pasangan tidur berdengkur dan berebut rancangan televisyen.

Bosan dengan pasangan kuat berleter di rumah

fed up dengan isteri membebel

credit to sources

Seorang lelaki telah bertindak untuk memanjat sebuah menara telekomunikasi kerana tidak tahan mendengar bebelan dan bergaduh dengan isteri di rumah. 

Menurut laporan Gulf News, lelaki berkenaan bernama Tejpal Singh melakukan sedemikian kerana bosan dengan pasangan yang selalu berleter sehingga mencetuskan pertelingkahan.

Dalam rakaman video yang tular, kelihatan Tej pal sudah berada di puncak menara sebelum dipujuk oleh anggota polis serta orang ramai untuk turun. Susulan itu, lelaki berkenaan mengaku telah cuba memfailkan rungutan terhadap pihak polis, namun dirinya tidak diendahkan.

Menceritakan perkara sebenar yang berlaku, dia mengatakan bahawa tertekan dengan sikap isteri.

”Saya bosan dengan isteri. Dia selalu cuba perangkap saya dalam tuduhan palsu dan pihak polis juga tidak mengendahkan saya yang ingin menamatkan hubungan rumah tangga ini,” jelasnya.

Namun begitu, apakah tuduhan yang dimaksudkan masih tidak dinyatakan sepenuhnya.

”Mereka suami isteri sebelum ini berkahwin dengan orang lain. Lalu bergaduh kerana masalah rumah tangga sebelum lelaki berkenaan bertindak memanjat menara pencawang. Dia kemudiannya dipujuk untuk turun,” ujar wakil polis tempatan.

Sebab kenapa wanita suka membebel

bosan isteri membebel

credit to sources

Kebanyakan wanita sememangnya gemar meluahkan perasaan dan pendapat mereka terhadap sesuatu perkara. Jika sudah mendirikan rumah tangga, pastinya ada 1001 masalah membelenggu dalam fikiran mereka setiap masa seperti senarai keperluan yang sudah habis, menu masakan dan cara memastikan penjagaan anak-anak menjadi mudah.

Sebagai seorang suami dan pasangan hidupnya, anda disarankan untuk bijak mengawal emosi isteri. Sebenarnya terdapat banyak faktor lain mereka sangat suka membebel sehingga kesalahan pada 3 tahun lepas pun terlibat sama!

Antaranya ialah:

  • Pasangan sememangnya suka bercakap banyak
  • Menegur sesuatu perkara yang dirasakan perlu
  • Inginkan kepastian dari suami
  • Berasa diri tidak dihargai
  • Tanda amaran supaya suami tidak buat perangai
  • Tekanan hidup kerana terlalu penat
  • Dilanda sunyi
  • Menjadi tempat untuk meluahkan rasa marah dan geram

Tindakan sepatutnya para suami buat

#1. Mendiamkan diri dan jangan menjawab

Dalam sesetengah kes, ada suami yang boleh mengeluarkan kata-kata kasar ketika isteri sedaang naik angin dan membebel seperti, ”Awak ni tidak ada kerja ke membebel sahaja!” atau ”Sudah-sudah lah tu berleter, naik semak lah kepala saya ni!”

Sebenarnya, anda janganlah mengharapkan si isteri akan mendiamkan diri sahaja ketika suaminya balik lewat malam.

Mana dia tidak risau, suami terlalu sibuk dengan kerja langsung tidak menghantar pesanan ringkas memaklumkan keberadaan. Jadi, para suami perlu jadi ‘pendiam’ dan biarkan sahaja isteri meluahkan perasaan.

#2. Jangan ego untuk meminta maaf

suami bosan dengan isteri

credit to sources

Tahukah anda bahawa setiap pasangan disarankan meminta maaf setiap kali sebelum melelapkan mata agar keesokan hari berjalan lebih baik tanpa berdepan masalah yang sama?

Dalam hal ini, tingkah laku tidak disedari boleh menguris hati dan perasaan isteri. Walaupun anda merasakan ia bukanlah suatu kesilapan, turunkan ego untuk meminta maaf agar keadaan tidak menjadi tegang.

Justeru, sama-samalah bertolak ansur dan lebih bertenang demi menjaga hubungan suami isteri yang bahagia.

Stories Rakan Kongsi
Tips to harness the power of your parenting style to raise resilient children
Tips to harness the power of your parenting style to raise resilient children
Redeem Rewards & Exclusive Gifts at Sunway Pyramid’s Blessed Christmas
Redeem Rewards & Exclusive Gifts at Sunway Pyramid’s Blessed Christmas
Things To Consider When Picking A Diaper For Your Baby
Things To Consider When Picking A Diaper For Your Baby
Sambutan Istimewa Untuk Para Ibu - Super Brand Day Special!
Sambutan Istimewa Untuk Para Ibu - Super Brand Day Special!

#3. Cuba untuk memujuk

Jika anda mendapati isteri mula naik angin, jangan buat tidak tahu sahaja dan keluar dari rumah meninggalkannya bersedih sendirian. Biasanya wanita membebel jika ada perkara menyakitkan hatinya.

Sikap suami yang suka lepas tangan dan tidak menjalankan tanggungjawab dengan baik boleh menyebabkannya membebel tanpa sebab.

Sebagai lelaki paling rapat dengan isteri, jangan membiarkannya merajuk sepanjang hari. Kalau boleh pujuklah dengan kata-kata manis bagi mencuri kembali hatinya yang sudah tawar. Wanita akan berasa dirinya dihargai setelah seharian penat menguruskan anak-anak dan melakukan kerja rumah.

Sumber: Siakap Keli, Maskulin

kredit foto: Ani up

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.compunca-perceraian-2

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Tip perkahwinan
  • /
  • Tak Tahan Hadap Isteri Membebel Di Rumah, Lelaki Nekad Panjat Menara Telekomunikasi
Kongsikan:
  • Isteri yang suka membebel terbukti membuatkan suami lebih sihat - Kajian

    Isteri yang suka membebel terbukti membuatkan suami lebih sihat - Kajian

  • 7 Tanda Suami Bosan Dengan Anda, Jaga-Jaga Ya Isteri! Jangan Simpan Seorang Diri

    7 Tanda Suami Bosan Dengan Anda, Jaga-Jaga Ya Isteri! Jangan Simpan Seorang Diri

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • Isteri yang suka membebel terbukti membuatkan suami lebih sihat - Kajian

    Isteri yang suka membebel terbukti membuatkan suami lebih sihat - Kajian

  • 7 Tanda Suami Bosan Dengan Anda, Jaga-Jaga Ya Isteri! Jangan Simpan Seorang Diri

    7 Tanda Suami Bosan Dengan Anda, Jaga-Jaga Ya Isteri! Jangan Simpan Seorang Diri

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.