Sediakan Pinggan Mangkuk Khas Untuk Bayi Pelajari Sendiri Cara Makan Serta Mempunyai Hubungan Baik Dengan Makanan

Penyediaan pinggan mangkuk bayi dapat membantu si kecil menjadi lebih berdikari dan meningkatkan autonomi mereka terhadap makanan.

Dalam proses memperkenalkan aktiviti makan dan minum kepada bayi, adalah penting untuk mencipta pengalaman positif yang selesa dan menyeronokkan salah satunya dengan penyediaan set pinggan mangkuk bayi terbaik.

Selain menyediakan menu solid food yang berkhasiat, ibu juga perlu mempunyai set kutleri khas untuk bayi yang lengkap bermula dari pinggan, mangkuk, sudu, apron kalis tumpahan, dan lain-lain lagi.

Elakkan guna set pinggan mangkuk dengan yang digunakan oleh orang dewasa kerana kutleri dewasa tidak semestinya selamat untuk bayi yang mudah terdedah kepada penyakit.

Set peralatan makan bayi yang baik akan membantu bayi makan dengan lebih banyak, sekali gus menyokong pengambilan nutrisi dan pertumbuhan mereka.

Selain itu, set pinggan mangkuk bayi biasanya direka supaya bayi boleh belajar makan secara berdikari.

Tips Pemilihan Set Pinggan Mangkuk Bayi

Sebelum membeli set pinggan mangkuk bayi, anda mesti memberi perhatian kepada jenis bahan yang digunakan kerana set peralatan makan bayi ini bersentuhan langsung dengan makanan yang akan masuk ke dalam badan bayi jadi jangan sampai menu makanan anak yang sudah sihat menjadi bahaya kerana penggunaan kutleri yang tidak selamat.

Berikut adalah beberapa bahan kimia dalam kutleri bayi yang perlu dielakkan:

1. BPA/BPS (bisphenol)

Bisphenol mempunyai sifat yang meniru hormon estrogen dan sering dikaitkan dengan kanser, ketidaksuburan dan obesiti. Bagi orang dewasa, bahan ini sudah berbahaya bagaimana pula dengan bayi, sudah tentu ia sangat berisiko mengganggu kesihatan si kecil anda. Sebaiknya elakkan bahan ini dalam kutleri bayi ye, mama?

2. Polivinil klorida atau PVC

PVC adalah bahan kimia yang sangat toksik kepada badan. Bahan ini mengandungi bahan tambahan seperti phthalates untuk plumbum. Sebatian ini telah dikaitkan dengan asma, alahan, masalah reproduktif dan kanser. Jangan biarkan bahan ini terdedah kepada si kecil anda melalui set pinggan mangkuknya.

3. Phthalates

Kandungan phthalates dikenali sebagai pengganggu endokrin yang boleh mencetuskan asma, kanser, obesiti, termasuk merosakkan perkembangan saraf. Jangan biarkan tumbesaran dan perkembangan anak kecil terganggu kerana risiko bahan berbahaya ini.

4. Plumbum dan logam berat lain

Pendedahan kepada bahan ini boleh menyebabkan kerosakan saraf, pembiakan dan otak. Oleh itu, elakkan kutleri yang mengandungi sebatian plumbum.

Beberapa bahan dalam set pinggan mangkuk bayi selamat berikut boleh menjadi pilihan :

1. Plastik gred makanan

Kalau nak pilih kutleri bayi yang diperbuat daripada pinggan plastik, pastikan ia mempunyai label gred makanan kerana label ini menjamin bahawa plastik bebas daripada bahan kimia berbahaya.

2. Kayu dan buluh

Bahan ini kuat, tahan lama dan mesra alam tapi pastikan kemasannya tidak mengandungi bahan kimia toksik.

3. Keluli tahan karat

Bahan ini tidak toksik dan sangat tahan lama tetapi anda tidak boleh membiarkan bayi memegang alat ini sebelum mereka dapat mengawal tangannya kerana bayi berpotensi menghayunkan sudu atau mangkuk ke muka dan menyebabkan mereka tercedera.

4. Silikon gred makanan

Silikon adalah pilihan yang baik kerana ia lebih lembut dan selamat untuk dipegang oleh bayi anda. Bahan silikon mudah dibersihkan dan tidak meninggalkan bau sabun selepas dicuci, jadi ia selamat untuk si manja anda.

8 Set Pinggan Mangkuk Bayi Terbaik Di Pasaran

Tak perlu bingung nak cari sana sini, berikut adalah beberapa cadangan set pinggan mangkuk bayi yang akan membuatkan si manja anda lebih teruja untuk makan makanan pelengkap.

Set Pinggan Mangkuk Bayi Terbaik
We Might Be Tiny Stickie Plates
Set Pinggan Mangkuk Terbaik Untuk Anak Cerewet Makan
Beli di Shopee
Mama’s Choice 5 Pcs Jolly Feeding Set
Set Pinggan Mangkuk Terbaik Keseluruhan
Beli di Shopee
Pigeon Feeding Set With Training Cup System
Set Pinggan Mangkuk Terbaik Dengan Sistem Cawan Latihan
Beli di Shopee
Beaba Silicone Meal Set
Set Pinggan Mangkuk Terbaik Popular Dalam Kalangan Ibu Bapa
Beli di Shopee
Bamboo Fibre 5 in 1 Children Tableware Set
Set Pinggang Mangkuk Terbaik Mesra Alam
Beli di Shopee
Tommee Tippee Explora Easy Scoop Feeding Bowl
Set Pinggan Mangkuk Terbaik Travel Friendly
Beli di Shopee
AUTUMNZ Baby Suction Bowl with Spoon and Fork
Set Pinggan Mangkuk Terbaik Harga Ekonomi
Beli di Shopee
Baby Feeding Tableware Box Set Gifts
Set Pinggan Mangkuk Terbaik Untuk Dijadikan Hadiah
Beli di Shopee

We Might Be Tiny Stickie Plates

Set Pinggan Mangkuk Terbaik Untuk Anak Cerewet Makan

 

Pinggan We Might Be Tiny Stickie mungkin boleh menjadikan anak kecil anda ‘bertanggungjawab’ untuk menghabiskan makanan mereka.

Setiap pinggan Stickie yang bebas toksik membolehkan ibu membahagikan dengan kemas ciptaan makanan yang telah anda sediakan dalam tiga bahagian serta-merta dapat menarik perhatian anak yang cerewet makan dengan tiga hidangan peribadi.

Pinggan Stickie boleh dipasang dengan mudah pada hampir mana-mana permukaan pepejal dengan tapak sedutan terbina yang boleh menahan apa jua tarikan daripada tangan kanak-kanak.

Diperbuat daripada silikon tahan noda kualiti tertinggi yang terkenal dengan produk We Might Be Tiny, pinggan Stickie boleh dimasukkan dalam mesin basuh pinggan mangkuk untuk setiap pembersihan.

Apa yang kami suka :

  • Rekaan yang menarik dalam bentuk haiwan-haiwan comel dengan warna yang menarik perhatian anak kecil
  • Selamat untuk ketuhar gelombang mikro, ketuhar dan peti ais (-40°C hingga 230°C)
  • Fleksibel dan tahan lama
  • Tidak melekat dan tidak licin
  • Bebas BPA, BPS, PVC dan phthalates
  • 100% silikon gred makanan
  • Diperakui secara bebas mengikut piawaian Eropah tertinggi (diluluskan FDA dan LFGB)
  • Direka di Australia

Mama’s Choice 5 Pcs Jolly Feeding Set

Set Pinggan Mangkuk Terbaik Keseluruhan

Kini anda tidak perlu bingung kerana Mama’s Choice juga mempunyai set peralatan makan bayi terbaik yang terdiri daripada mangkuk, sudu, apron dan penutup sippy.

Set pinggan mangkuk jenama ini mempunyai rintangan suhu dari -40°C hingga 220°C dan sudah tentu Mama’s Choice Jolly Feeding Set selamat digunakan dalam microwave atau mesin basuh pinggan mangkuk.

Mama pun tak perlu risau kerana set ini menepati piawaian antarabangsa untuk kutleri bayi dari FDA.

Selain diperbuat daripada silikon berkualiti gred makanan, set pinggan mangkuk ini direka dengan 3 pilihan warna yang boleh menjadikan waktu makan si kecil anda lebih menyeronokkan.

Dengan memberinya set penyusuan yang berasingan, si kecil anda boleh meneroka makanannya. Ini bagus untuk kemahiran motor dan kemandirian anak kecil anda. Jika si kecil anda makan dengan gembira, sudah tentu tumbesaran dan perkembangannya akan bertambah baik dan menggembirakan hati ibu juga.

Apa yang kami suka :

  • Terdiri daripada mangkuk, bib bayi, baby sippy lid serta sudu dan garpu silikon.
  • Baby sippy lid boleh membantu anak belajar minum air dengan mudah tanpa tumpah kerana direka mengikut saiz mulut bayi, ringan dan berbentuk praktikal yang mudah dipegang bayi.
  • Bib bayi silikon pula tidak sensitif pada kulit bayi dan selamat digunakan. Mempunyai 6 lubang laras mengikut pertumbuhan bayi dan boleh digunakan lama sehingga mereka besar.

Pigeon Feeding Set With Training Cup System

Set Pinggan Mangkuk Terbaik Dengan Sistem Cawan Latihan

Set peralatan makan bayi dari Pigeon ini diperbuat daripada plastik bebas BPA dan terdiri daripada pinggan makan, pinggan petak, mangkuk, dua sudu dan cawan Mag Mag untuk melatih bayi memegang cawan minuman mereka sendiri.

Cawan tersebut mempunyai beberapa peringkat menghisap yang boleh dilaraskan mengikut kebolehan bayi. Bermula daripada puting
peristaltik yang lembut dan anjal, kemudian muncung silikon yang lembut dan anjal untuk melatih bayi minum menggunakan bentuk selain
daripada puting.

Terdapat juga straw silikon lembut untuk memudahkan bayi minum dan terdapat penutup minuman yang boleh dibuka dengan dua lubang.

Apa yang kami suka :

  • Pinggan dengan rekaan khas dilengkapi dengan bintik-bintik kecil untuk menghancurkan makanan.
  • Sudu yang mempunyai lengkungan yang sesuai untuk mulut bayi.
  • Cawan yang memudahkan peralihan dari botol kepada cawan.
  • Sesuai untuk bayi 6 bulan ke atas dan selamat digunakan.

Beaba Silicone Meal Set

Set Pinggan Mangkuk Terbaik Popular Dalam Kalangan Ibu Bapa

Walaupun set pinggan dan mangkuk Beaba mempunyai bahagian bawah sedutan (jadi lebih banyak makanan hinggap ke dalam perut si kecil 
anda dan bukannya di atas lantai atau di dalam perut haiwan peliharaan anda!), cawan dan sudu silikon direka bentuk secara ergonomik agar
muat dengan sempurna di tangan kecil.

Set pinggan mangkuk yang kukuh ini diperbuat daripada silikon berkualiti tinggi, dan bebas BPA, Plumbum dan Phthalate. Semua elemen 
(pinggan, mangkuk, cawan dan sudu) adalah selamat untuk ketuhar gelombang mikro dan mesin basuh pinggan mangkuk.

Apa yang kami suka :

  • Bentuk ergonomik mangkuk dan pinggan yang diperbuat daripada bahan silikon lembut yang tidak boleh pecah untuk membantu bayi
    belajar makan sendiri dengan tenang.
  • Sudu peringkat ke-2 berbentuk ergonomik sesuai untuk tangan kanak-kanak.
  • Jenama feeding set popular di kalangan ibu bapa seluruh dunia.

Bamboo Fibre 5 in 1 Children Tableware Set

Set Pinggan Mangkuk Terbaik Mesra Alam

Set pinggan mangkuk yang comel ini diperbuat daripada serat buluh yang tidak mempengaruhi rasa, konsistensi atau rasa makanan. Oleh itu, anak anda akan menikmati makanan dengan piring, mangkuk dan cawan bayi buluh yang selamat bukan sahaja untuk anak malah untuk bumi juga!

Direka dengan kemasan tepi bulat dan licin sesuai untuk kegunaan kanak-kanak dengan selamat, set pinggan mangkuk ini juga anti-bakteria kerana sifat bahan serat buluh yang memberikan ketahanan penyerapan bau dan menghadkan pertumbuhan bakteria.

Apa yang kami suka :

  • Rekaan dan bentuk yang menarik dengan corak kartun yang pastinya diminati anak.
  • Bebas BPA, semula jadi dan tidak bertoksik.
  • Terdiri daripada mangkuk, pinggan, cawan, sudu dan garpu.
  • Harga yang murah.

Tommee Tippee Explora Easy Scoop Feeding Bowl

Set Pinggan Mangkuk Terbaik Travel Friendly

Mangkuk suapan Tommee Tippee dilengkapi dengan penutup kalis bocor dan sudu yang mudah digenggam untuk memberi anak makan dengan mudah semasa dalam perjalanan.

Tapak segi tiga yang mudah dicedok membantu untuk anak makan sendiri dan ia juga sesuai digunakan bersama Magic Mat yang bermaksud kurang kucar-kacir dan kurang tekanan untuk anda membersihkannya kemudian.

Apa yang kami suka :

  • Selamat untuk dishwasher, microwave dan steriliser
  • Mudah dicuci dan disimpan
  • Bebas BPA dan selamat untuk bayi seawal usia 7 bulan.

AUTUMNZ Baby Suction Bowl with Spoon and Fork

Set Pinggan Mangkuk Terbaik Harga Ekonomi

Mangkuk sedut suapan bayi dengan penutup, garpu dan sudu nenar-benar satu set lengkap untuk ibu bapa semasa dalam perjalanan. Saiz yang sesuai untuk si kecil juga dapat menggalakkan suapan sendiri dan juga mudah untuk dipegang oleh ibu bapa.

Tapak sedutan yang kuat untuk mengelakkan mangkuk bayi daripada tergelincir dan terbalik, justeru meminimumkan kekacauan waktu makan.

Harga set perkakasan makan bayi yang murah mungkin menjadi pertimbangan utama segelintir ibu ayah yang mempunyai bajet terhad dan jenama ini boleh dimasukkan dalam senarai pendek anda!

Apa yang kami suka :

  • Mudah dibersihkan
  • Bebas BPA
  • Tab pelepas cepat pada dasar sedutan untuk membolehkan penyingkiran mudah. Bolong pelepas wap pada penutup untuk membolehkan pemanasan bebas percikan.
  • Saiz yang sesuai untuk si kecil untuk menggalakkan suapan sendiri.
  • Sudu dan garpu adalah saiz yang sesuai untuk genggaman bayi. Hujung sudu dan garfu ditutup untuk tujuan kebersihan.
  • Mudah alih dan boleh dibawa ke mana-mana dengan mudah.

Baby Feeding Tableware Box Set Gifts

Set Pinggan Mangkuk Terbaik Untuk Dijadikan Hadiah

Jika ada yang membaca artikel ini bukan dalam kalangan ibu ayah tetapi rakan-rakan atau ahli keluarga yang ingin memberikan hadiah kepada si kecil, kami cadangkan set pinggan mangkuk ini dijadikan pemberian bermakna untuk si kecil!

Boleh diberikan seawal usia newborn, ibu ayah yang menerima hadiah ini pasti gembira kerana mereka tidak perlu lagi mempersiapkan set alat makan bayi apabila memasuki usia 6 bulan nanti kerana set ini sudah lengkap.

Set pinggan mangkuk yang didatangkan bersama raga vintaj diperbuat daripada silikon gred makanan yang selamat untuk penggunaan bayi malah ia bebas BPA dan PVC.

Apa yang kami suka :

  • Didatangkan bersama raga vintaj dan pilihan pelengkap seperti alat mainan bayi, kasut dan berus sikat bayi atau perhiasan bilik bayi
  • Sangat sesuai dijadikan hadiah kepada bayi dan ibu bapa baru

Perbandingan Harga Set Pinggan Mangkuk Bayi Terbaik

Jenama Harga
We Might Be Tiny Stickie Plates RM110.00
Mama’s Choice 5 Pcs Jolly Baby Feeding Set RM59.90
Pigeon Feeding Set With Training Cup System RM100.99
Beaba Silicone Meal Set RM132.00
Bamboo Fibre 5 in 1 Children Tableware Set RM21.39
Tommee Tippee Explora Easy Scoop Feeding Bowl RM29.90
AUTUMNZ Baby Suction Bowl with Spoon and Fork RM18.09
Baby Feeding Tableware Box Set Gifts RM99.42

Tips Penjagaan/Mencuci Set Pinggan Mangkuk Bayi

Sekiranya anda mahu peralatan makan bayi anda kekal sempurna dalam jangka masa yang lama, sangat penting anda mengetahui cara menjaganya dengan betul.

Selain mencegah kerosakan, pemeliharaan pinggan mangkuk bayi anda adalah penting untuk mengelakkan bakteria merebak pada perkakasan ini.

Semasa mencuci peralatan makan bayi, anda mesti menghapuskan bakteria yang mungkin merebak dalam perkakas jenis ini dengan betul kerana sistem imun bayi tidak berkembang sepenuhnya lagi jadi risiko mendapat penyakit dari beberapa bakteria jauh lebih tinggi daripada pada orang dewasa.

Ini adalah langkah-langkah yang mesti anda ikuti untuk membersihkan dan pastikan pinggan mangkuk bayi anda bebas dari bakteria.

  1. Gunakan berus khas: jangan gunakan pad penggosok yang anda gunakan untuk menggosok sisa pinggan. Sebaiknya gunakan berus atau span yang tidak meninggalkan sisa, mudah dibersihkan dan yang membolehkan anda mengakses ruang yang lebih baik.
  2. Bahan pencuci bukan residu : Mesin basuh pinggan mangkuk yang biasa digunakan biasanya sangat agresif dalam mengeluarkan minyak dari pinggan. Sangat berguna untuk membersihkan pinggan mangkuk dengan baik, tetapi mereka meninggalkan sisa yang boleh memudaratkan bayi.
  3. Pisahkan semua kepingan: Semasa anda menggosok botol, anda mesti memisahkan setiap bahagian dengan baik untuk dibasuh dan keringkan secara berasingan. Perkara yang sama perlu dilakukan pada cawan dan perkakas lain untuk makan.
  4. Lakukan prewash: Maksudnya, masukkan semua bahagian perkakas ke dalam air panas dengan beberapa titis sabun dan biarkan selama beberapa minit sebelum menggosok.
  5. Basuh dan keringkan selepas setiap penggunaan: Gosok pinggan bayi anda dengan teliti dan biarkan udara mengeringkan keseluruhan perkakas. Jangan gunakan kain atau jenis kain lain yang boleh meninggalkan serat atau sisa.

Pinggan, gelas dan peralatan makanan bayi yang lain mempunyai jangka hayat yang sangat pendek yang biasanya diperbuat daripada bahan tidak beracun, seperti porselin, melamin, silikon dan sebagainya.

Walau bagaimanapun, bayi dan anak kecil sering tidak begitu berhati-hati dengan penggunaan set makan bayi dan kemungkinan besar akan menggunakannya sebagai salah satu permainan kegemaran mereka, seperti melemparkan barang ke lantai untuk mengeluarkan bunyi.

Jadi ibu mesti sentiasa berwaspada untuk melihat adakah pinggan dan mangkuk sudah rosak. Apabila anda melihat bahawa pinggirnya sudah rosak, atau terdapat bahagian yang retak atau terbuka, sudah tiba masanya untuk menukar pinggan.

Bukan sahaja membahayakan bayi kerana boleh menyebabkan luka jika tersentuh bahagian yang tajam akibat retak malah di lubang-lubang itulah bakteria berbahaya bagi bayi terkumpul.

Semoga artikel ini bermanfaat!

Nota Editor: Setiap item dan harganya adalah terkini pada masa artikel ini dikeluarkan. Walau bagaimanapun, mana-mana item boleh jadi ketiadaan stok atau harganya berbeza pada masa akan datang.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 5 Perkara Parents Patut Tahu Sebelum Beri Bayi 6 Bulan Makanan Pejal Pertama

Baca juga: Anak 6 Bulan Sedia Untuk Makan? Guna 4 Days Rule Sebelum Memperkenalkan Makanan Pejal, Ini Sebabnya!

Baca juga: Jadual pemakanan untuk bayi 6 bulan – ibu, jom tengok panduan makanan pejal ini!

Penulis

Nursyamimi