Ibu menyusu mana yang tidak akan menyusukan bayi yang lapar apabila terdesak?
Ibu mana sampai hati tidak mengendahkan bayi yang menangis meminta susu? Kasih sayang seorang ibu tiada batasannya.
Walaupun tiada pertalian darah, namun naluri keibuan mengatasi segalanya.
Tindakan menyusu bayi yang lapar
Dan inilah yang dibuktikan menerusi kejadian terharu ini.
Hao Lina, seorang pegawai polis di China, telah menyentuh jutaan hati selepas gambarnya tolong menyusukan seorang bayi berusia 4 bulan tular.
Ibu bayi tersebut sedang dibicara di Mahkamah Perantaraan Shanxi Jinzhong dan tidak dapat menyusukan anaknya yang menangis kelaparan.
Ditugaskan untuk menjaga bayi tersebut
Menurut mahkamah, ibu bayi itu didakwa dengan kesalahan penipuan, pengambilan deposit awam secara haram dan penyembunyian jenayah bersama dengan 33 orang suspek lain.
Cik Hao, yang juga seorang ibu, berkata bayi itu ditinggalkan di bawah jagaannya dan rakan sekerja sebelum ibu tersebut masuk bilik perbicaraan, lapor MailOnline.
“Bayi itu tidak berhenti menangis dan kami sangat bimbang,” kata Cik Hao. “Sebagai seorang ibu baru, saya faham perasaan ibu itu. Dia pasti cemas kerana tidak dapat melakukan apa-apa. Jadi, saya cuba fikirkan cara terbaik untuk menenangkan bayi kecil itu.“
Hao membuat keputusan untuk menyusukan bayi itu
Selepas mendapatkan kebenaran dari ibu bayi itu, Cik Hao telah membawa bayi itu ke kawasan yang lebih tenang dan mula menyusukannya.
Rakan sekerjanya telah menangkap beberapa gambar Cik Hao yang sedang menyusukan bayi itu termasuk gambar yang manis ini.
Gambar-gambar tersebut telah dimuat naik oleh pihak mahkamah ke laman web rasmi mereka serta di media sosial sebelum mendapat perhatian netizen dan kemudian diterbitkan dalam beberapa surat khabat di China.
Menurut pihak mahkamah, ibu bayi itu, dengan nama keluarga Li, sungguh terharu dengan apa yang telah dilakukan oleh Cik Hao. Dia tidak dapat mengawal perasaannya dan telah menangis setelah meninggalkan mahkamah.
Dia tidak dapat mengawal perasaannya dan telah menangis setelah meninggalkan mahkamah.
Apabila ditanya mengenai pujian yang diterima dari orang ramai, Cik Hao berkata:
“Saya percaya mana-mana ibu akan melakukan perkara yang sama.
Sekiranya saya ibu bayi itu, saya juga akan berharap orang lain akan membantu bayi saya juga.”
Tabik spring pada polis wanita ini! Semoga lebih ramai wanita berhati mulia seperti beliau.
Diharapkan perkongsian ini menghiburkan anda dan membuka mata masyarakat tentang nilai kasih sayang seorang ibu yang tak terhingga.
Sumber: Nz Herald
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia
Baca juga: