Polisi Penyusuan Susu Ibu, Adakah Boleh Jika Menyusu Anak Lebih Dari 2 Tahun?

Polisi penyusuan susu ibu digalakkan dari awal anak lahir sehingga usia enam bulan, ibu boleh meneruskannya sehingga si manja berusia 2 tahun

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Polisi penyusuan susu ibu disyorkan secara eksklusif untuk tempoh 6 bulan pertama. Jika tiada halangan, ibu boleh terus menyusukan bayi sehingga usianya dua tahun.

Bagi sesetengah ibu, anda mungkin berdepan kesukaran untuk bercerai susu atau wean off hingga terpaksa menyusukan anak biarpun usianya melebihi dua tahun. Namun timbul persoalan adakah ia boleh atau tindakan sebegini memberi kesan kepada perkembangan anak?

Polisi penyusuan susu ibu 

Di Amerika Syarikat dan banyak negara Eropah, polisi penyusuan susu ibu ini biasanya melebihi 12 bulan. Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) menyatakan bahawa American Academy of Pediatrics (AAP) mengesyorkan bayi perlu mengambil susu ibu secara eksklusif untuk 6 bulan pertama kehidupan.

Kemudian, mereka perlu makan makanan pelengkap tetapi terus menerima susu ibu sehingga sekurang-kurangnya 1 tahun.

CDC menyatakan bahawa Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengulangi saranan ini, mencadangkan perkenal makanan pelengkap pada 6 bulan dan polisi penyusuan susu ibu diteruskan sehingga bayi berusia 2 tahun atau lebih.

Tiada jangkaan umur untuk menghentikan penyusuan susu ibu, dan ia berbeza bagi setiap ibu. Menurut CDC, data pada tahun 2018 menunjukkan kira-kira 35% bayi di A.S. masih menyusu pada usia 12 bulan dan menurun kepada 14.8% apabila memasuki usia 18 bulan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menurut ahli antropologi, Katherine Dettwyler menyatakan bahawa faktor budaya dan keluarga sentiasa mempengaruhi keputusan penyusuan susu ibu, tetapi manusia biasanya menyusukan anak sehingga berumur beberapa tahun.

Polisi penyusuan susu ibu melebihi usia 2 tahun

Menyusu anak melebihi masa yang biasa dalam budaya – selalunya melebihi 1 atau 2 tahun – dianggap sebagai penyusuan lanjutan (extended nursing).

Kebanyakan ibu yang masih memberi susu badan kepada anak melebihi usia dua tahun cenderung berdepan pelbagai cabaran. Orang sekeliling mungkin akan mengkritik tindakan anda yang masih tidak cerai susu meskipun anak sudah besar.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bagi sesetengah orang, penyusuan susu ibu yang berpanjangan adalah bermanfaat untuk kesihatan, kesejahteraan mental dan hubungan dengan anak. Ia juga merupakan satu bentuk pemakanan yang mudah dan menjimatkan.

Hukum menyusu anak lebih dua tahun

Menurut laman web Mufti Wilayah persekutuan, harus hukumnya bagi ibu untuk meneruskan penyusuan badan kepada kanak-kanak yang berumur lebih 2 tahun dengan syarat:

  • tidak memudaratkan anak tersebut,
  • tidak mengkhususkan dengan susu badan sahaja sebaliknya ditambah makanan yang memiliki gizi seimbang untuk tumbesaran yang sihat,
  • dilakukan atas hajat keperluan. Sebaiknya dirujuk kepada pakar pediatrik untuk nasihat mereka tentang kesan kesihatan akibat penyusuan selepas 2 tahun.

Kesan menyusu lama lebih dua tahun

Selagi kanak-kanak menerima makanan pelengkap yang mencukupi, tiada kesan negatif untuk ibu meneruskan penyusuan melebihi usia setahun.

Namun anda mungkin berdepan beberapa masalah ini:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  1. Stigma budaya: Di kebanyakan negara Barat, penyusuan susu ibu yang dilanjutkan bukanlah “norma” budaya. Seseorang mungkin menghadapi rasa malu dan dikecam, tidak menerima sokongan yang mencukupi daripada pasangan atau keluarga dan berasa seperti rakan  mengasingkan diri daripada mereka.
  2. Masa: Penyusuan susu ibu memerlukan masa dan usaha. Masa seseorang adalah berharga, dan mereka yang mempunyai anak kecil bergelut untuk mempunyai masa yang cukup untuk tidur, bekerja, hobi dan penjagaan diri. Pilihan penyusuan lain, seperti susu formula dan penyusuan botol, boleh menjadi lebih mudah.
  3. Isu di tempat kerja: Ibu yang bekerja boleh menyukarkan proses penyusuan. Sesetengah orang mungkin menghadapi tekanan di tempat kerja untuk mengepam susu.
  4. Kesuburan: Penyusuan susu ibu boleh menyekat ovulasi, tetapi kemungkinan ini berkurangan apabila bayi semakin besar. Wanita yang tidak datang haid dan ingin hamil sekali lagi perlulah menghentikan penyusuan.

Bilakah anda perlu cerai susu atau wean off?

Keputusan untuk cerai susu adalah peribadi. Kadangkala, pengeluaran susu akan menjadi perlahan atau berkurang sehingga anda tidak dapat memenuhi permintaan (demand) si manja.

Pada masa lain, anda mungkin perlu kembali bekerja dan berasa seperti inilah masa yang sesuai untuk berhenti menyusu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Antara anda perlu cerai susu pada anak adalah:

  • Hilang minat untuk menyusu
  • Cerewet semasa menyusu
  • Berat badan tidak naik
  • Hamil anak seterusnya
  • Menyusu sekejap dan kurang
  • Bermain atau mudah terganggu semasa menyusu

Disebabkan oleh anak terbiasa menempel dan menyusu lebih dari usia dua tahun, ibu hendaklah merancang beberapa kaedah bercerai susu agar ia berjaya. Antaranya:

  1. Lakukan secara perlahan-lahan supaya anda berdua dapat membiasakannya. Bayi akan menyesuaikan diri secara emosi semasa anda mengekalkan payudara daripada menjadi bengkak daripada berhenti sekaligus.
  2. Cuba tukar satu sesi penyusuan pada mulanya, tawarkan susu dalam botol atau cawan kepada anak
  3. Hentikan penyusuan secara perlahan pada siang hari
  4. Selalu nasihat dan pesan pada anak bahawa mereka sudah besar, tidak boleh menyusu macam bayi
  5. Rujuk pengalaman dari ibu yang lain mengenai cara mereka cerai susu dengan anak

Semoga bermanfaat!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Bayi Lelaki Kuat Menyusu Berbanding Bayi Perempuan, Pakar Laktasi Jelaskan Ini Sebabnya

Baca juga: Ibu Menyusu Suka Makanan Pedas, Pakar Dedah Manfaatnya Anak Jadi Kurang Cerewet Makan

Baca juga:  Bayi Tiba-Tiba Tidak Mahu Menyusu Badan, Ketahui Punca & Cara Mengatasi

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan