Tahukah anda, di negara ini terdapatnya polisi penyusuan susu ibu Malaysia? Ia menyokong komuniti pengurusan dan penyusuan ibu-ibu di Malaysia.
Menurut Kementerian Kesihatan polisi ini menyatakan semua ibu digalakkan menyusukan anaknya dengan susu ibu sahaja sejak lahir sehingga berumur 6 bulan.
Ibu juga perlu meneruskannya sehingga anaknya berumur dua tahun. Makanan tambahan perlu dimulakan semasa anak berumur enam bulan.
Isi Kandungan
Polisi Penyusuan Ibu Malaysia Sokong Kepentingan Bayi Dapat Susu Ibu
Usaha pada peringkat kebangsaan ini tidak berakhir dengan polisi sahaja, malah garis panduan juga disediakan bagi hospital-hospital untuk menjayakan usaha penyusuan susu ibu.
Terdapat 10 langkah penting untuk menjadikan sesebuah hospital itu Hospital Rakan Bayi (Baby Friendly Hospital) yang amat bermanfaat untuk ibu dalam bayi sebelum dan selepas kelahiran mereka.
Hospital Rakan Bayi Bantu Sokong Polisi Penyusuan Susu Ibu Malaysia
Sesebuah Hospital Rakan Bayi perlu:
- Mengadakan satu polisi bertulis mengenai penyusuan ibu
- Melatih semua kakitangan kesihatan dalam kemahiran yang diperlukan untuk melaksanakan polisi ini
- Memberitahu ibu-ibu memulakan penyusuan ibu dalam 1 jam selepas bersalin
- Membantu ibu-ibu memulakan penyusuan ibu dalam masa 1 jam selepas bersalin
- Memberi tunjuk ajar kepada para ibu mengenai cara penyusuan yang paling baik
- Menentukan bayi baru lahir tidak diberi minuman atau makanan selain daripada susu ibu, melainkan atas sebab-sebab perubatan
- Mengamalkan “Rooming-In”, di mana bayi dan ibu diletakkan bersama setiap masa (24 jam sehari)
- Menggalakkan penyusuan ibu mengikut kehendak bayi
- Menentukan bayi tidak diberi puting tiruan atau puting kosong
- Membantu penubuhan kumpulan penyokong penyusuan ibu dan rujuk ibu-ibu kepada kumpulan ini apabila keluar dari hospital atau klinik
Ibu Menyusu Perlu Kental, Kuat Semangat
Memanga ada ibu-ibu yang putus asa menyusukan bayi mereka terutama yang pertama kali menjadi ibu. Keadaan puting yang luka biasanya antara sebab ibu fobia mahu menyusui bayi mereka.
Sokongan suami, ahli keluarga dan masyarakat sekeliling juga amat perlu dalam menjayakan penyusuan susu ibu bayi pasangan ibu dan bayi. Yang penting ibu yang benar-benar mahu menyusukan anaknya sendiri perlu kuat semangat.
Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: 9 Petua ‘Meriahkan’ Susu Badan, Jangan Percaya Jika Orang Cakap Anda Tiada Susu!
Baca juga: 5 Panduan Lengkap Memudahkan Ibu Menyusu Bayi Baru Lahir, Ini Caranya
Baca juga: Tanda Kelahiran Yang Biasa Dialami Bila Hampir Bersalin, Ibu Take Note