Jangan Biarkan Bayi Duduk Posisi Bahaya Ini Ketika Main Telefon, Ibu Ayah Sila Pantau!

Posisi badan anak yang leka bermain telefon pintar atau melayari Youtube boleh mendatangkan kesan bahaya kerana menyebabkan tekanan pada tulang belakang

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pada masa kini hampir semua lapisan masyarakat memiliki telefon pintar bagi memudahkan urusan seharian. Tidak hairanlah dalam proses mengawal tingkah laku anak-anak, ibu ayah menyediakan telefon khusus untuk mereka melayari Youtube. Namun tahukah anda si manja yang terlalu leka dan kekal  posisi badan sama untuk tempoh lama boleh menyebabkan masalah kesihatan?

Banyak penyelidikan telah dilakukan untuk mengkaji kesan penggunaan telefon. Baru-baru ini terdapat satu kajian dijalankan oleh Hospital Universiti Nasional Taiwan mendapati bahawa posisi badan ketika bermain gajet boleh memberikan kesan buruk terhadap tubuh badan.

Bahaya posisi badan ini ketika anak leka melayari internet

credit to sources

Menurut Public Health Malaysia, ibu ayah perlu memastikan diri sendiri dana anak-anak berada dalam kedudukan betul sewaktu menggunakan telefon pintar.

Hal ini kerana jika sekiranya terlebih ke hadapan dengan membongkokkan leher, ia menyebabkan berat tekanan tertumpu kepada tulang belakang cervical.

Hal yang lebih merisaukan adalah kesannya terhadap anak kecil. Masalah menjadi bertambah serius untuk jangka masa panjang. Hal ini kerana saiz kepala anak lebih besar daripada badan sewaktu kecil. 

Sekiranya boleh, ibu ayah perlu elak dari memberikan anak bermain gajet. Jika terpaksa berikan sekalipun, pastikan leher si manja berada pada postur yang baik dan dihadkan masa penggunaan kurang dari satu jam.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sindrom leher media sosial ini bukan sekadar menyebabkan rasa sakit leher biasa. Bagi setiap 15 darjah leher ke hadapan, ia meningkatkan beban kepada tulang belakang serviks anda:

  • 0°= 5.4 kg
  • 15°= 12.2 kg
  • 30°= 18.1 kg
  • 45°= 22.2 kg
  • 60°= 27.2 kg

Antara gejalanya ialah saraf cedera, sakit belakang, otot cedera, sakit kepala dan belakang, masalah tulang belakang, disc hernia dan disc compression.

Menurut pakar mata di Hospital Universiti Nasional Taiwan, Yang Changhao mengatakan bahawa anak-anak yang menghadap skrin telefon dalam tempoh masa yang lama boleh terdedah dengan cahaya biru. Ia merosakkan sel-sel retina dan menganggu kitaran tidur.

Presiden Persatuan Fisioterapi Malaysia, Yew Su Fen, apabila manusia sering membongkokkan badan dengan keadaan leher dipaksa ke hadapan dengan kecondongan 45 hingga 60 darjah dengan kerap dan lama, ia mengakibatkan keadaan tulang belakang cepat haus dan rapuh.

Kecederaan akibat tekanan berulang disertai kesakitan leher akibat menggunakan gajet berlebihan dikenali sebagai simptom Text Neck.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kesan lain akibat terlalu obses dengan gajet

credit to sources

Hasil kajian yang dijalankan oleh Akademi Pediatrik Amerika dan Persatuan Pediatrik Kanada, kanak-kanak yang berusia bawah dua tahun tidak sepatutnya didedahkan dengan penggunaan gajet.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Begitu juga dengan pakar terapi pediatrik, Cris Zone turut melarang penggunaan gajet ke atas kanak-kanak yang berusia 12 tahun kerana pada usia ini, si manja sentiasa mencari cara untuk mengembangkan kemampuan otak bagi mempelajari perkara baharu.

Penggunaan gajet dalam tempoh masa yang lama akan memberikan kesan buruk terhadap perkembangannya seperti:

#1. Masalah saraf

Penggunaan gajet yang berterusan memberikan kesan terhadap urat saraf kanak-kanak kerana terdedah kepada cahaya berterusan. Bukan itu sahaja, kerosakan saraf ini turut menganggu proses pembelajaran dan perubahan tingkah laku anak-anak.

#2. Mata menjadi juling, miopia

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

credit to sources

Seorang pakar mata, Dr. Azlindarita Aisyah mengatakan bahawa sekiranya ibu ayah membiarkan anak berusia bawah 7 tahun bermain gajet lebih 2 jam seminggu, mereka berisiko tinggi masalah rabun jauh.

Justeru, ajak anak-anak untuk bermain di bawah cahaya matahari untuk menggalakkan penghasilan dopamin dalam bebola mata. Jika menonton televisyen, pastikan jarak mereka sekurang-kurangnya dua meter jauh.

#3. Ketagihan melampau

Penggunaan skrin termasuklah telefon pintar, tablet atau televisyen yang berlebihan boleh mengakibatkan gejala hampir sama seperti dialami oleh individu ketagihan dadah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anak-anak mungkin jadi lebih agresif, pernafasan laju, kelenjar adrenalin dan dopamine menjadi meningkat. Kesannya adalah sama seperti ketagihan kokain.

Kajian National Institutes of Health, United State mendapati peningkatan penggunaan teknologi moden boleh menjejaskan hubungan keluarga, nilai moral, masalah tingkah laku serta kesejahteraan kanak-kanak.

Sumber: Public Health Malaysia, Gps Bestari

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

Anak Aktif Bercakap & Sering Emosi Antara Bukti Anda Adalah Ibu Bapa Yang Terbaik