TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Ibu, Ketahui Apa Posisi Janin Yang SELAMAT Untuk Anda Bersalin Secara Normal

4 min bacaan
Ibu, Ketahui Apa Posisi Janin Yang SELAMAT Untuk Anda Bersalin Secara Normal

Kandungan sudah memasuki 5 bulan? Jom kita ketahui dengan lanjut mengenai posisi janin yang dapat mempengaruhi proses kelahiran anda nanti!

Bagi golongan ibu yang mengandung, pastinya anda menginginkan perjalanan kehamilan yang baik dengan posisi janin berada pada kedudukan yang normal.

Meskipun pada awal kehamilan, sesetengah dari anda terpaksa berhadapan dengan beberapa alahan yang cukup berat seperti mual dan muntah, morning sickness, sakit perut, sakit payudara, kerap kencing, bintik-bintik darah, dan sebagainya.

Jangan bimbang, perubahan ini adalah sesuatu yang normal sewaktu awal kehamilan dan akan beransur hilang apabila usia kandungan makin bertambah.

Selain perubahan pada bentuk tubuh badan, janin dalam rahim juga akan berkembang membentuk lebih sempurna sehinggalah proses kelahiran.

Perkembangan saiz janin pada setiap bulan menjadi petanda bahawa keadaan janin sangat sihat dan normal sekiranya ia memenuhi ciri-ciri tertentu mengikut usia kehamilan.

Dalam hal ini, kedudukan kepala janin menjadi faktor utama yang perlu dititikberatkan bermula perkembangan janin dalam rahim ibu sehinggalah menghampiri tarikh bersalin.

Posisi kepala janin mesti berada pada kedudukan yang betul dan dapat dilihat melalui beberapa cara seperti pemeriksaan ultrasound.

Posisi kepala janin usia 5 bulan

Kedudukan janin

Sumber: Alodokter

Kepala janin pada awal kehamilan akan sentiasa berputar atau naik kerana ruang dalam kantung rahim masih luas.

Pada masa yang sama, janin dalam rahim mesti berada dalam kedudukan yang betul iaitu kedudukan anterior apabila memasuki usia kehamilan 30 minggu atau 6 bulan ke atas.

Posisi anterior adalah posisi kepala janin yang sepatutnya dalam rahim wanita hamil bagi mendapatkan proses melahirkan secara normal.

Pada usia kandungan memasuki  5 bulan, posisi kepala janin akan terus berubah memandangkan pada waktu ini kedudukan janin tidak tetap sehinggalah menghampiri proses bersalin.

Walaupun kedudukan kepala janin pada usia 5 bulan belum ditetapkan, tetapi kedudukan bayi yang ideal adalah pada kedudukan anterior, iaitu kepala janin berada di bawah pintu rahim dan wajahnya menghadap ke tulang belakang ibu.

Kedudukan kepala janin di dalam rahim

kedudukan bayi

Sumber: UPI

Kedudukan kepala janin di dalam rahim sangat penting dalam memberikan petanda proses bersalin seamin dekat.

Penerangan di bawah membolehkan anda lebih memahami kedudukan yang boleh berlaku pada bayi dalam rahim.

# 1. Kedudukan anterior

Kedudukan yang ideal dan normal terutamanya semakin mendekati tarikh bersalin.

Posisi anterior adalah posisi kepala bayi berada di bawah dan wajahnya menghadap tulang belakang wanita hamil agar kelahiran dapat berjalan dengan normal dan mudah.

# 2. Kedudukan posterior

Posisi kepala janin di dalam kandungan ini sebenarnya sama dengan posisi anterior, dimana kepala janin berada di bawah rahim ibu mendekati lubang rahim dan jalan keluar namun wajah bayi akan menghadap ke bahagian perut ibu.

Dengan posisi wajah yang menghadap ke bahagian perut akan menjadikan proses bersalin lebih rumit jika dibandingkan dengan posisi anterior walaupun kepala janin sudah berada di bawah.

# 3. Kedudukan melintang

Kedudukan melintang adalah kedudukan janin bayi yang tidak normal dan bermasalah. Hal ini berlaku apabila bayi berada dalam kedudukan menegak jalan keluar.

Kedudukan melintang ini turut menyebabkan kaki dan kepala bayi berada sebelah kanan perut ibu mengandung.

Stories Rakan Kongsi
Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda
Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda
Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
Tanda-Tanda Kencing Manis Ketika Hamil
Tanda-Tanda Kencing Manis Ketika Hamil
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya

Posisi bayi melintang boleh menjadi sukar untuk bersalin dan sekiranya kedudukan ini tidak berubah, anda perlu melahirkan bayi secara caesar.

# 4. Posisi songsang

 Kedudukan ini berlaku apabila kepala janin dalam kandungan menjauhi jalan keluar. Posisi songsang ini merupakan posisi janin yang salah dan akan merumitkan proses kehamilan serta memberikan rasa yang tidak selesa pada bahagian atas perut ibu mengandung.

Posisi songsang dapat dibaiki ke posisi yang ideal dengan cara-cara yang tertentu.

posisi janin selamat

Sumber: Portea

Penjelasan mengenai kedudukan kepala janin pada usia kandungan 5 bulan ini dinyatakan secara teori sahaja, kedudukan janin sememangnya akan sering berubah-ubah mengikut keluasan rahim ibu.

Kedudukan ideal dan yang paling selamat adalah di kedudukan anterior terutamanya kandungan yang bakal menghampiri tempoh bersalin secara normal.

 Kedudukan kepala bayi sangat penting dalam menentukan bagaimana proses bersalin kelak akan berjalan. Ibu, semoga anda dipermudahkan urusan sehingga bersalin!

Sumber: Hamil.co.id

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Ibu, Ketahui Apa Posisi Janin Yang SELAMAT Untuk Anda Bersalin Secara Normal

Baca juga:

https://my.theasianparent.comperkembangan-janin-minggu-ke-minggu

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Kehamilan
  • /
  • Ibu, Ketahui Apa Posisi Janin Yang SELAMAT Untuk Anda Bersalin Secara Normal
Kongsikan:
  • Salicylic Acid Untuk Ibu Hamil, Adakah Selamat Penggunaannya Untuk Ibu & Bayi?

    Salicylic Acid Untuk Ibu Hamil, Adakah Selamat Penggunaannya Untuk Ibu & Bayi?

  • Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda
    Stories Rakan Kongsi

    Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda

  • Himpunan Nama Bayi Lelaki Islam Dari Huruf A Hingga Z Yang Menarik, Miliki Maksud Baik

    Himpunan Nama Bayi Lelaki Islam Dari Huruf A Hingga Z Yang Menarik, Miliki Maksud Baik

  • Salicylic Acid Untuk Ibu Hamil, Adakah Selamat Penggunaannya Untuk Ibu & Bayi?

    Salicylic Acid Untuk Ibu Hamil, Adakah Selamat Penggunaannya Untuk Ibu & Bayi?

  • Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda
    Stories Rakan Kongsi

    Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda

  • Himpunan Nama Bayi Lelaki Islam Dari Huruf A Hingga Z Yang Menarik, Miliki Maksud Baik

    Himpunan Nama Bayi Lelaki Islam Dari Huruf A Hingga Z Yang Menarik, Miliki Maksud Baik

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham