Memilih posisi seks kegemaran wanita yang sesuai mampu meningkatkan kenikmatan bersama, lebih-lebih lagi jika ia merangsang kawasan sensitif seperti klitoris dan G-spot.
Jangan malu untuk berkongsi dengan pasangan kerana kadangkala suami lebih suka apabila kita jujur tentang apa yang kita inginkan.
8 Posisi Seks Kegemaran Wanita Ketika Bersama
1. Misionari (Missionary)
Posisi klasik yang sering dianggap membosankan, tapi sebenarnya ramai wanita menyukainya kerana ia membolehkan hubungan mata yang intim dan membangkitkan rasa kasih sayang.
- Isteri berbaring telentang di atas katil dengan lutut sedikit dibengkokkan.
- Suami berada di atas isteri, dengan wajah berhadapan untuk memudahkan hubungan mata.
- Pastikan rentak dan tempo pergerakan sesuai dengan keselesaan kedua-dua pasangan.
- Mulakan dengan perlahan dan sesuaikan mengikut kehendak isteri.
2. Kedudukan Berdiri
Posisi ini menjadi kegemaran ramai wanita kerana merangsang klitoris secara langsung. Ia sesuai dilakukan pada penghujung sesi kerana memerlukan tenaga yang banyak.
Cuba selama 30-60 saat sebelum mencapai klimaks.
Caranya:
- Isteri berdiri di tepi katil, suami melakukan penetrasi dari depan.
- Kaki isteri melilit pada badan suami, manakala suami memegang punggung untuk menyokong isteri.
- Jika suami tidak cukup kuat, isteri boleh berdiri di birai katil tanpa perlu diangkat.
3. The Standing Dragon
Bagi suami yang suka melihat lekukan punggung isteri, posisi Crouching Tiger adalah cara yang terbaik merangsang G-spot.
Anda boleh melakukannya dengan cara:
- Suami berdiri dan melakukan penetrasi dari belakang.
- Isteri dalam posisi merangkak di tepi katil dengan pinggang dan punggung sedikit terangkat.
- Gunakan kaki suami untuk mengapit kaki isteri yang tergantung. Ia akan menjadikan faraj lebih ketat dan kenikmatan berganda.
4. The Pillow Driver
The Pillow Driver adalah salah satu posisi seks kegemaran wanita dengan meletakkan bantal di bawah punggung untuk menaikkan pelvis.
- Sama seperti posisi missionary, tetapi dengan bantal tambahan di bawah punggung.
- Suami berada dalam kedudukan tekan tubi, mengekalkan hubungan mata dan badan untuk keintiman lebih.
- Suami boleh mencium leher atau dada isteri untuk meningkatkan keghairahan.
5. Wheelbarrow (Kereta Sorong)
Posisi ini dilakukan menolak kereta sorong. Sementara, lelaki dalam keadaan berdiri sambil memegang kaki isteri.
Ia sesuai dilakukan oleh pasangan yang ingin mendapatkan zuriat kerana membolehkan penetrasi yang lebih dalam.
Caranya:
- Isteri meniarap dan pelvisnya diangkat ke paras pinggang.
- Suami boleh meramas punggung dan pelvis isteri untuk mencapai klimaks.
6. The Spider (Labah-labah)
Kedua-dua pasangan duduk berhadapan dengan kaki bengkok seperti labah-labah. Tangan digunakan untuk menyokong badan.
- Isteri boleh menaikkan sedikit pinggul untuk memudahkan pergerakan.
- Suami boleh merangsang kelentit atau kawasan sensitif lain untuk menambah kenikmatan.
- Jika bahu berasa letih, tukar posisi kepada isteri di atas untuk lebih selesa.
- Mainkan kelentit atau kawasan sensitif lain untuk meningkatkan keseronokan.
7. Hot Seat
Posisi ini melibatkan suami duduk di tepi kerusi atau katil, manakala isteri membelakangi suami.
Ia memberi kawalan penuh kepada isteri untuk mencapai klimaks dengan lebih cepat.
Cara melakukannya:
- Isteri duduk di antara kaki suami dan menggerakkan pinggul ke atas-bawah atau depan-belakang.
- Jika sukar, lengkungkan sedikit punggung ke arah suami dan tekan lebih dalam.
- Suami boleh merangsang klitoris atau payudara untuk menambah sensasi.
8. Lotus
Posisi ini meningkatkan kemesraan kerana pasangan bersemuka. Cara ini sesuai untuk tempoh yang lebih lama kerana selesa dan banyak kawasan sensitif yang boleh diterokai seperti leher, dada dan payudara.
Isteri boleh menggerakkan pinggul ke atas, ke bawah, atau ke depan, ke belakang.
Untuk mencapai klimaks, minta suami membantu mengangkat punggung.
Mencuba pelbagai posisi ini dapat membantu mengenali apa yang terbaik untuk anda dan pasangan. Jawapan paling mudah untuk menjadikan hubungan seks lebih baik adalah dengan bertanya terus kepada pasangan apa yang dia suka.
Jika dia berasa selesa, dia pasti akan berkongsi keinginannya dan anda berdua boleh bersama-sama menikmati pengalaman yang lebih memuaskan.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: 6 Posisi Seks Terbaik Yang Buat Wanita Kelihatan Makin Seksi Dan Menarik
Baca juga: 99 Cara Bersetubuh ala Kamasutra Yang Wajib Dicuba Suami Isteri
Baca juga: 10 Posisi Missionary Yang Dijamin Buat Seks Lebih Ghairah, Nak Cuba?