Potong Kuku Hari Rabu Dalam Islam Mengikut Penjelasan Ustaz Azhar Idrus & Mufti WP

Potong kuku hari rabu adalah dibolehkan. Sebenarnya anda boleh potong kuku pada bila-bila masa kerana ia fitrah dianjurkan dalam Islam

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dalam Islam, kebersihan dan kesucian adalah asas utama dalam penjagaan diri. Memotong kuku adalah salah satu cara untuk mengekalkan kebersihan diri, menghindari kotoran dan kuman yang boleh terkumpul di bawah kuku. Namun bolehkah potong kuku hari Rabu?

Potong Kuku Hari Rabu Dalam Islam

Mengikut penerangan Ustaz Azhar Idrus, adalah sunat untuk kita potong kuku pada hari apa sahaja kerana ia termasuk dalam sunat fitrah manusia.

Cuma ada hadis yang lebih kuat mengatakan adalah sunat memotong kuku pada hari Jumaat. 

Adakah Terdapat Kelebihan Potong Kuku Pada Hari Tertentu?

Memetik dari laman Mufti Wilayah Persekutuan, tidak ada nas hadith sahih yang khas menyebut berkenaan memotong kuku pada hari tertentu dan kelebihan-kelebihannya yang khusus.

Adapun berkenaan hadith-hadith yang menetapkan hari-hari tertentu dan kelebihan-kelebihan yang diperolehi sekiranya memotong pada hari tersebut, ia sebenarnya adalah tidak sahih.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Imam al-Sakhawi menjelaskan:

“Tidak ada satu pun hadis yang sahih daripada Nabi SAW yang menerangkan tentang tatacara dan penetapan hari-hari tertentu untuk memotong kuku.” (Lihat al-Maqasid al-Hasanah, hlm. 489)

Digalakkan Memotong Kuku Hari Jumaat

Walaupun begitu, terdapat beberapa riwayat daripada para sahabat dan tabi’in yang menunjukkan mereka memiliki kebiasaan memotong kuku pada hari Jumaat. Antaranya:

Ibnu Umar R.Anhuma biasanya memotong kuku dan merapikan misai pada hari Jumaat. (Lihat al-Sunan Al-Kubra oleh al-Baihaqi, 3/244)

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Daripada Ibrahim bahawa beliau menceritakan, “Orang ramai memotong kuku mereka pada hari Jumaat.” (Lihat al-Musannaf oleh Ibn Abi Syaibah, 2/65)

Muhammad bin Ibrahim al-Taimi (salah seorang tabi’in) berkata, “Sesiapa yang memotong kukunya pada hari Jumaat dan memendekkan misainya maka dia telah menyempurnakan hari Jumaatnya.” (Lihat al-Musannaf oleh Abd al-Razzaq, 3/197)

Berdasarkan riwayat-riwayat di atas, para ulama fiqh dari kalangan Syafi’iyyah dan Hanabilah, menyebut galakan dan anjuran memotong kuku pada setiap hari Jumaat.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Imam Nawawi berkata: “Al-Syafi’e dan ashabnya dengan tegas (secara nas) menyebut anjuran memotong kuku pada hari Jumaat.” (Lihat al-Majmu’, 1/340)

Oleh itu, perbuatan memotong kuku sangat digalakkan untuk dilakukan pada hari Jumaat. Islam sangat menganjurkan umatnya supaya merapikan diri antaranya dengan memotong kuku kerana agama Islam sentiasa mengutamakan kebersihan.

Hari Jumaat Hari Berkumpul Di Masjid

Tambahan pula hari Jumaat merupakan hari bagi kaum muslimin berkumpul di masjid untuk mendengar khutbah. Disebabkan itulah, sebahagian sahabat Nabi SAW dan sebahagian tabi’in memotong kuku mereka pada hari Jumaat. (Lihat Fath al-Bari oleh Ibn Rajab, 8/104)

Namun, sekiranya tidak sempat, seseorang boleh melakukannya pada bila-bila masa yang dirasakan sesuai. Akan tetapi, ia hendaklah tidak dibiarkan sehingga melebihi 40 hari. Hal ini berdasarkan hadis daripada Anas bin Malik R.A, kata beliau:

وُقِّتَ لَنَا رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَصَّ الشَّارِبِ ، وَتَقْلِيمَ الأَظْفَارِ ، وَحَلْقَ الْعَانَةِ ، وَنَتْفَ الْإِبْطِ ، لاَ يُتْرَكُ أَكْثَرَ مِنْ أَرْبَعِينَ يَوْمًا

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Maksudnya: “Rasulullah SAW memberikan batasan waktu kepada kami untuk memotong misai, memotong kuku, mencabut bulu ketiak, dan mencukur bulu kemaluan, agar tidak dibiarkan lebih dari empat puluh hari.”

Riwayat Muslim (520), al-Tirmizi (2759) dan al-Nasa’ie (15)

Jangan Sampai Lebih 40 Hari

Imam al-Nawawi menyebut bahawa hadis ini memberi penjelasan berkenaan para sahabat tidak pernah melewatkan untuk melakukan perkara-perkara ini apabila sampai masanya, dan kalaupun melewatkannya, tidak pernah sampai melebihi 40 hari.

Ia juga bukan dengan maksud Nabi memberi keizinan untuk melewatkan sehingga 40 hari secara mutlak. (Lihat al-Majmu’, 1/287)

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Lafaz Cerai Ketika Marah, Suami Perlu Hati-Hati! Ini Jawapan Dari UAI Dan Mufti Wilayah Persekutuan

Baca juga: Poligami Duduk Satu Rumah: Hukum Mengumpulkan Isteri Tinggal Serumah/ Sebilik Mengikut UAI

Baca juga:  Hukum Suami Melebihkan Ibu Dari Isteri Menurut Mufti WP & UAI