Sunat Tidak Potong Kuku & Rambut Hingga Selesai Ibadah Korban, Bermula 1 Zulhijjah

Potong kuku korban perlu dielakkan bagi peserta yang menjalankan ibadah ini bermula 1 Zulhijjah sehinggalah hari sembelihan haiwan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Potong kuku korban adalah disunatkan untuk tidak dibuat sebelum seseorang itu menyelesaikan ibadah korban apabila masuknya 1 Zulhijjah. Selain memotong kuku, memotong rambut atau mana-mana bulu juga disarankan untuk tidak dibuat terlebih dahulu sehinggalah anda selesai menyembelih haiwan korban.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Kenapa umat Islam disunatkan untuk tidak memotong kuku dan membuang bulu?
  • Pandangan berlainan mengikut mazhab
  • Apa terjadi jika dilakukan secara tidak sengaja?

Potong kuku korban: Kenapa disunatkan untuk tidak berbuat sedemikian?

Untuk pengetahuan anda, anjuran tersebut adalah bertepatan dengan hadis yang diriwayatkan oleh Ummu Salamah RA. Beliau mendengar Rasulullah bersabda:

“Barang siapa yang mempunyai binatang korban untuk disembelih, maka apabila terlihatnya anak bulan Zulhijah, janganlah dia mengambil satu apa pun (yakni memotong) daripada rambutnya mahupun daripada kukunya sehingga dia selesai berkorban.” - Hadis Riwayat Muslim.

Tambahan pula, anjuran untuk tidak memotong kuku dan rambut bagi mereka yang ingin melakukan ibadah korban apabila tibanya 1 Zulhijjah ini sunat untuk dilakukan termasuklah tisak memotong rambut, bukan sahaja di bahagian kepala, tetapi pada badan dan wajah juga sehinggalah haiwan korban mereka disembelih.

Pandangan berlainan mengikut mazhab

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menurut Imam al-Nawawi yang tertulis di dalam kitabnya, al-Minhaj Syarh Sahih Muslim menjelaskan bahawa sebahagian ulama memahami hadis yang dinyatakan tadi dengan mengatakan adalah haram untuk memotong rambut, mencabut bulu-bulu yang ada pada badan dan memotong kuku.

Manakala, Imam al-Syafie dan ashabnya lain mengatakan bahawa larangan tersebut hanyalah makruh tanzih dan bukannya haram.

Ketahuilah bahawa antara hikmah yang disebutkan oleh Imam Nawawi dalam Syarahnya, anjuran tak memotong kuku dan menggunting rambut bagi golongan yang mengerjakan ibadah korban adalah supaya semua anggota yang terdapat pada badannya itu akan dibebaskan daripada api neraka.

Walau bagaimanapun, ada pula pendapat lemah yang menyatakan bahawa ia adalah untuk menyerupai orang yang berada dalam keadaan ihram yang mana dia diharamkan untuk bergunting, mencukur, memotong kuku dan beberapa larangan lain.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Potong kuku korban: Apa terjadi jika dilakukan secara tidak sengaja?

Jikalau anda terlepas melakukan perbuatan ini sebelum ibadan korban selesai, individu berkenaan boleh memohon keampunan kepada Allah SWT. Orang itu juga tidak dikenakan fidyah (tebusan atau denda) sepertimana yang disebutkan oleh Ibn Qudamah RA dalam kitab al-Mughni.

Semoga bermanfaat.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Bolehkah Niat Korban Dan Akikah Pada Seekor Haiwan Yang Sama? Ini Jawapan Ustaz

Baca juga: Rupanya selama ini kita SALAH simpan daging korban! Patutlah daging cepat busuk!

Baca juga: Cara Unik Mengawal Makanan Yang Disuap Kepada Anak Anda Di Hari Raya

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Murns A.