Resepi Minuman Probiotik Ala Vitagen Guna 2 Bahan Jer, Sedap & Sesuai Untuk Anak Kecil!

Tahukah anda bahawa probiotik untuk anak dapat mengekalkan kesihatan usus dan sistem penghadaman? Ibu ayah jom cuba resepi minuman kultur homemade ini!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Probiotik untuk anak adalah penting bagi meningkatkan daya ketahanan tubuh, mengaktifkan penghadaman produk makanan dan menyerap mikroelemen yang bermanfaat.

Dalam hal ini, ibu ayah hendaklah menitikberatkan kesihatan usus dan sistem imun anak seawal usia mereka lagi supaya dapat membesar sihat seperti kanak-kanak lain. Ia boleh dimulakan dengan menyediakan makanan kaya probiotik seperti minuman susu kultur, tempe, yogurt atau pulut tapai.

Resepi minuman probiotik untuk anak

Anak-anak kecil sememangnya suka minum minuman probiotik atau susu kultur. Kehadiran pelbagai jenama dan perisa yang dijual dalam pek kecil amat memudahkan si manja menikmatinya.

Meskipun ada pihak mengatakan ia sangat baik untuk sistem penghadaman, namun tular kisah baru-baru ini budak 4 tahun hidap diabetes setelah ketagihan minuman kultur.

Berdasarkan kajian terbaru oleh Public Health Malaysia, minuman probitik ini mengandungi kandungan gula yang tinggi dan mungkin lebih banyak berbanding air Coca Cola!

Bagi mengelakkan sebarang masalah, ibu ayah sebenarnya boleh mencuba resepi minuman probiotik ini di rumah menggunakan dua bahan segar sahaja.

Kesan baiknya, anak-anak memperoleh nutrisi yang baik dan selamat diminum kerana tiada kandungan gula. Rasa manisnya cuma daripada buah-buahan segar.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bahan-bahan

  • 1/4 cawan yogurt full fat
  • Beberapa biji buah anggur

Cara penyediaan

foto: wondersofelzehra

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  1. Mula-mula masukkan sedikit air ke dalam mesin pengisar dan blend anggur sehingga ia halus.
  2. Kemudian, anda perlu menapis hampas anggur supaya dapat tekstur yang smooth untuk anak senang minum.
  3. Seterusnya kisar semula dengan 1/4 cawan yogurt tadi. Biasa yang dijual dekat pasaraya ada banyak jenis. Kalau nak bagi dekat anak kecil, pastikan pilih full fat yogurt ya. Jenis low fat tidak sesuai sebab bayi perlukan lemak baik daripada yogurt.
  4. Kemudian dah siap. Ibu boleh tuangkannya ke dalam cawan kegemaran anak-anak dan sedia untuk diminum.

Macam saya, lebih suka gunakan food pouch begini sebab mudah nak simpan dan anak pegang. Kalau ada buat banyak sehingga ada lebih, anda boleh masukkan ke dalam peti sejuk bahagian chiller selama maksimum 3 hari.

Kadang-kadang kalau simpan, anda akan mendapati bahagian yogurtnya akan terkumpul di atas. Jadi pastikan goncangkan terlebih dahulu dan boleh diminum seperti biasa.

Menurut Atiqah, minuman ini sesuai untuk bayi berusia 10 bulan ke atas dan boleh ditukar kepada buah-buahan lain seperti blueberi, strawberi, kiwi, mangga ataupun pisang.

Benda boleh buat sendiri, buat apa habiskan duit beli yang dah siap. Lagipun ia bebas kandungan gula dan hanya menggunakan buah segar. Memang sesuai sangatlah untuk membantu proses perkembangan anak-anak.

Kebaikan probiotik bagi tumbesaran si manja

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#1. Mengurangkan masalah kembung perut

foto: sehatq

Berdasarkan penemuan oleh banyak kajian yang dibuat konsisten mendapati probiotik boleh mengurangkan masalah kembung perut atau usus si manja.

Ia berfungsi sebagai melegakan atau mengurangkan simptom bagi anak kecil mengalami masalah sakit abdomen atau sembelit.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#2. Mengekalkan keseimbangan bakteria

Probiotik merupakan sejenis bakteria ‘baik’ dan ia berfungsi untuk mengimbangi jumlah bakteria yang hadir dalam sistem penghadaman si manja.

Dalam hal ini, ia turut membantu si manja mengekalkan tahap keseimbangan antara bakteria baik dan tidak baik bagi membolehkan saluran penghadaman sentiasa sihat. Kesannya, ia dapat meningkatkan penghasilan ketahanan tubuh anak kecil anda.

#3. Mencegah masalah cirit-birit

Kumpulan probiotik terbesar dalam usus ialah lactobacillus. Ia boleh didapati secara semula jadi di dalam sistem penghadaman, urinari, genital serta makanan asli dan tambahan.

Lactobacillus berupaya mencegah cirit birit, selesema, penyakit kulit seperti eczema, jangkitan pernafasan pada kanak-kanak serta mengatasi masalah kesihatan lain.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Manakala kandungan probiotik di dalam yogurt dan keju dapat mengurangkan laktosa di dalam susu serta menjadi asid laktik. Spesies ini ialah Streptococcus thermophilus berperanan memperbaiki penghadaman, meningkatkan sistem imunisasi dan menjauhkan si manja dari sebarang jangkitan penyakit.

Sumber: Tqah Nasir, Harian Metro

Kredit foto: picuki

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.comsusu-kultur