Probiotik Untuk Apa? Ia Adalah Bakteria 'Baik' Untuk Kesihatan Usus & Boleh Tingkatkan Sistem Imun Anak Kecil!

Probiotik untuk apa sebenarnya? Ia adalah bakteria baik yang bantu tingkatkan sistem imun badan serta kesihatan sistem penghadaman bayi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Probiotik untuk apa sebenarnya? Tentu anda pernah dengar pepatah, tubuh yang sihat bermula dari usus yang sihat bukan?Ia adalah bakteria bagus untuk kesihatan manusia, di mana bakteria baik ini menyasarkan pada usus dan sistem pencernaan supaya sentiasa dalam keadaan sihat. 

Probiotik adalah mikroorganisma hidup yang terdapat di dalam yogurt serta makanan fermentasi. Ia juga dalam membantu mewujudkan keseimbangan mikrob di dalam tubuh manusia serta membantu meningkatkan kesihatan tubuh.

Untuk pengetahuan umum, ramai penyelidik membuat kajian tentang keberkesanan probiotik dalam mempengaruhi serta meningkatkan tahap kesihatan manusia.

Laporan Fakta Kesihatan pada tahun 2017 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyatakan bahawa penyakit sistem penghadaman adalah penyebab ke-4 kemasukan pesakit di hospital swasta. Manakala, penyebab ke-7 dalam kemasukan pesakit di hospital kerajaan. Ia juga menjadi penyebab ke-6 kematian di hospital kerajaan serta swasta.

Probiotik Untuk Apa?

Probiotik untuk apa? Mungkin ramai tidak tahu bahawa fungsi probiotik memainkan pelbagai peranan di dalam badan seseorang contohnya seperti membantu menghadam makanan yang tidak dapat diuraikan secara lengkap, meningkatkan metabolisme badan dengan cara mengekstrak lebih banyak tenaga daripada nutrien makanan.

Selain itu, ia juga akan menghasilkan vitamin B, menyingkirkan toksin dalam badan, serta membantu mengekalkan kesihatan usus seseorang. Sebab itulah probiotik ini digelar sebagai bakteria ‘baik’. Ini kerana probiotik sememangnya memberikan faedah kesihatan yang begitu positif jika diambil dalam jumlah yang mencukupi.

Malah, satu penyelidikan tempatan daripada Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) mendapati 1 daripada setiap 9 orang rakyat Malaysia mengalami masalah sindrom usus rengsa atau lebih dikenali sebagai ‘Irritable Bowel Syndrome, IBS’.

Pesakit IBS akan mengalami gangguan berkaitan penghadaman seperti:

Penyelidikan ini juga tertumpu kepada penggunaan probiotik iaitu Lactobacillus Acidophilus dan Lactobacillus Paracasei. Ia boleh memberikan faedah kepada subjek tempatan sihat dan yang mengalami IBS ini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tambahan pula, anda boleh mendapatkan probiotik melalui sumber makanan secara semula jadi iaitu dengan pengambilan:

  • Yogurt dan minuman yogurt asli.
  • Minuman susu berkultur.
  • Tempe.
  • Jeruk.
  • Bijirin kefir dan susu yang telah ditapai.
  • Kimchi.
  • Susu mentega.

Kuman secara umumnya akan merosakkan tubuh dan menyebabkan kegagalan pada sistem dalaman badan. Manakala “kuman baik” pula sebaliknya. Ia seolah-olah memberikan perlindungan pelalian untuk tubuh yang menjadikan sistem imun lebih kuat. 

Kebaikan Probiotik Untuk Anak Kecil

Ibu ayah perlu mengetahui bahawa kebaikan probiotik dapat membantu anak-anak anda untuk mengekalkan keseimbangan di antara bakteria berfaedah (bakteria baik) dengan bakteria berbahaya.

Ia demi menjamin saluran penghadaman di mana jika saluran penghadaman anak-anak sihat, sekaligus dapat membantu meningkatkan penghasilan antibodi utama seperti IgA dalam badan anak anda.

Persoalannya, probiotik untuk apa? Selamatkah jika probiotik diberikan untuk bayi? Apakah kebaikan probiotik untuk anak?

Kebanyakan kajian ke atas bayi dan probiotik menunjukkan ia selamat diberikan kepada bayi yang sihat.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Perlu diingatkan bahawa masih terdapat kekurangan penyelidikan tentang probiotik dan bayi. Anda harus berbincang tentang penggunaan probiotik keatas bayi anda dengan doktor sebelum memberikannya kepada anak.

Antara sebabnya adalah seperti berikut:

  1. Terdapat beberapa strain yang berfungsi dengan cara berbeza. Pentadbiran Makanan dan Dadah (FDA) menganggapnya sebagai makanan tambahan. Oleh itu, mereka tidak dikawal seperti dadah atau terbukti selamat.
  2. Tiada dos rasmi yang disyorkan untuk bayi pada masa ini. Sesetengah daripada mereka mempunyai kesan sampingan yang menyebabkan reaksi alahan, sakit perut, cirit-birit, dan gas dan kembung.
  3. Bayi memerlukan pemantauan yang teliti. Anda harus berbincang dengan doktor anda tentang sebarang jenis suplemen sebelum memberikannya kepada bayi anda. Doktor anda boleh membincangkan keperluan untuk menggunakan probiotik dan boleh mengesyorkannya atau rawatan lain yang paling sesuai untuk anak anda.

Secara umumnya, apabila seorang bayi dilahirkan, secara tidak langsung bakteria ‘baik’ yang berada pada saluran vagina akan masuk ke dalam tubuh bayi, namun kajian menunjukkan lebih 50% wanita mempunyai jangkitan pada saluran peranakan.

Disebabkan itu, pemberian probiotik dari kecil membantu bayi membina pelindung dalam saluran penghadaman mereka, meningkatkan sistem imun badan dan dapat mencegah jangkitan.

Probiotik Untuk Merawat Masalah Gastrik

Gastrik merupakan keadaan kesihatan yang menyebabkan kesakitan yang menimbulkan ketidakselesaan buat seseorang.

Kondisi ini mungkin berlaku apabila individu itu terlupa ataupun terlepas waktu makan, dan kesannya adalah perut akan berasa tidak selesa seolah-olah masuk angin.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dalam bahasa mudah, gastrik ini merupakan keradangan pada lapisan dalam perut ekoran daripada penurunan tahap perlindungan.

Sebelum itu, anda juga perlu mengetahui apakah faktor risiko lain yang boleh menjadi punca gastrik, iaitu:

  • Jangkitan daripada bakteria Helicobacter Pylori.
  • Tahap tekanan yang tinggi pada tubuh badan.
  • Pengambilan ubat tahan sakit dari jenis NSAIDs.
  • Pengambilan alkohol serta nikotin yang berlebihan.
  • ‘Skip’ waktu makan.

Disebabkan itu, ramai pakar menyarankan untuk mengambil probiotik untuk merawat masalah gastrik ini. Ia kerana probiotik dipercayai boleh menjadi salah satu daripada penawar alternatif kepada penyakit gastrik, selain pengambilan ubat-ubatan serta rawatan moden popular lain.

Kebaikan probiotik untuk gastik sememangnya tidak lagi dapat disangkal kerana ia boleh berfungsi dengan cara mengelak atau memulihkan keradangan pada sekitar kawasan perut manusia.

Dalam masa yang sama, probiotik juga dapat membantu tubuh badan untuk menyerap nutrisi dengan lebih baik selain memastikan sistem imun dapat menjalankan ‘tugas’ dengan lebih baik.

Dan memandangkan probiotik adalah komponen bakteria ‘baik, keberadaannya di dalam perut seseorang itu akan mampu untuk melawan serta menghapuskan bakteria jahat di tempat yang sama.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bakteria Lactobacillus dapat membantu untuk memastikan tubuh manusia senantiasa kekal kuat, manakala Bifidobacteria pula membantu untuk mewujudkan sistem pencernaan lebih sihat.

Pertemuan kedua-dua bakteria ini seumpama ‘bertemu buku dengan ruas’ di mana seringkali yang baik akan menang menentang yang jahat, kan?

Merawat Cirit Birit

Jika mengalami masalah kesihatan seperti sakit perut ataupun cirit birit pula, mungkin petua yang akan sering diamalkan adalah minum susu, minum teh, dan sebagainya. Tapi pernahkah anda mengambil yogurt ataupun probiotik untuk masalah cirit birit ini?

Untuk pengetahuan umum, probiotik yang mengandungi strain seperti Lactobacillus GG dan Saccharomyces boulardi didapati dapat membantu dalam rawatan cirit birit berair akut dalam kalangan kanak-kanak serta bayi.

Cirit birit boleh berlaku disebabkan oleh beberapa punca, antaranya:

  • Jangkitan bakteria.
  • Penyakit iritasi usus.
  • Masalah sembelit, serta beberapa keadaan lain yang menjejaskan perut.

Rawatan untuk masalah cirit birit ini kebiasaannya melibatkan pengambilan beberapa jenis ubat serta perubahan diet harian seseorang. Walau bagaimanapun, antara kaedah merawat cirit birit yang agak popular adalah pengambilan yogurt.

Sebab utama mengapa yogurt mejadi pilihan segelintir orang adalah kerana ia mengandungi probiotik ataupun mikroorganisme hidup di dalamnya.

Dan seperti yang diketahui seperti dinyatakan di atas, probiotik untuk usus dikenali sebagai bakteria ‘baik’. Disebabkan itu, probiotik untuk usus dapat membantu menyeimbangkan jumlah bakteria di dalam perut serta usus manusia.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apabila seseorang itu mengalami sakit perut atau cirit birit, kebiasaannya disebabkan oleh kewujudan bakteria jahat ataupun virus yang menjangkiti perut seseorang itu.

Probiotik akan membantu melawan bakteria jahat dan mengekalkan jumlah mikroorganisme sihat di dalam perut. Selain itu, ia juga membantu dalam proses pencernaan makanan serta menguraikan makanan yang dimakan.

Secara teori, pengambilan yogurt boleh membantu meningkatkan tahap kesihatan usus, selain memperbaiki sistem pencernaan secara keseluruhan.

Walau bagaimanapun, doktor masih tidak begitu pasti berkenaan keberkesanan pengambilan yogurt untuk tujuan merawat penyakit tertentu. Ini kerana kajian-kajian yang wujud telah menunjukkan keputusan yang pelbagai.

Namun, secara umumnya, pengambilan probiotik seperti yang terdapat di dalam yogurt boleh membantu melegakan masalah cirit birit serta sakit perut ringan (mild).

Semoga perkongsian ini bermanfaat.

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Selamat Tak Kalau Anak Minum Yakult (Minuman Probiotik) Seawal Usia 6 Bulan? Anak Asyik Minta!

Baca juga: Jom Tambah Ilmu Bersama BiO-LiFE® Mengenai Kepentingan & Fungsi Probiotik Untuk Terus Kekal Sihat!

Baca juga: Tak Sangka Budu & Tempe Kategori Makanan Probiotik Yang Bagus Untuk Kanak-Kanak

Penulis

Murns A.