X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Drypers
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beli-Belah

Probiotik Penting Untuk Kesihatan Usus, Ini Dia 7 Jenama Probiotik Untuk Bayi Yang Bagus

Pemberian probiotik untuk bayi dari awal dapat membantu sistem imun bayi dan penghadaman yang sihat. Ini 7 jenama yang terbaik!

Boleh kata majoriti diantara kita telah mendengar manfaat probiotik dan kepentingannya untuk kesihatan usus, namun begitu, selamatkah probiotik untuk bayi?

Terdapat dua jenis bakteria iaitu “bakteria baik" dan “bakteria tidak baik". Probiotik pula tergolong sebagai “bakteria baik" yang sangat diperlukan oleh tubuh, terutamanya bagi sistem penghadaman jika diambil dalam jumlah yang mencukupi.

Jika anda masih was-was untuk memberikan bayi anda probiotik, teruskan membaca kerana kami, di theAsianparent akan kongsikan satu persatu. 

Isi Kandungan

  • Ketahui Probiotik
  • Probiotik Untuk Bayi
  • 7 Probiotik Terbaik
  • Lacto GG
  • Biostime
  • Lacto-Fit
  • LoveBug
  • Helperjang
  • BioGaia
  • US Clinicals
  • Perbandingan Harga

Apa itu Probiotik?

probiotik untuk bayi

Tahukah anda probiotik tidak sama dengan prebiotik dan antibiotik? Mungkin sebutannya seakan sama tetapi mempunyai fungsi yang berbeza. Probiotik merupakan “bakteria baik" yang membantu meningkatkan sistem imun badan dan meningkatkan kesihatan sistem penghadaman bayi.

Probiotik adalah sejenis mikroorganisma hidup yang mana terdapat dalam usus manusia yang sihat sebanyak 400-500 jenis. “Bakteria baik" yang biasanya digunakan dalam produk antaranya adalah:

  • Lactobacillus
  • Bifidobacterium 
  • Enterococcus
  • Saccharomyces

Bukan itu sahaja, anda boleh mendapatkan probiotik melalui sumber makanan secara semulajadi iaitu:

  • Yogurt dan minuman yogurt asli
  • Minuman susu berkultur
  • Tempe
  • Jeruk
  • Bijirin kefir dan susu yang telah ditapai
  • Kimchi
  • Susu mentega

Kuman secara umumnya akan merosakkan tubuh dan menyebabkan kegagalan pada sistem dalaman badan, manakala “kuman baik" pula sebaliknya. Ia seolah-olah memberikan perlindungan pelalian untuk tubuh yang menjadikan sistem imun lebih kuat. 

Selamatkah Probiotik Untuk Bayi?

Probiotik Penting Untuk Kesihatan Usus, Ini Dia 7 Jenama Probiotik Untuk Bayi Yang Bagus

Kredit gambar: Verywell Family

Kebanyakan kajian ke atas bayi dan probiotik menunjukkan ia selamat diberikan pada bayi yang sihat. Perlu diingat bahawa masih terdapat kekurangan penyelidikan  tentang probiotik dan bayi. Anda harus berbincang tentang penggunaan probiotik keatas bayi anda dengan doktor sebelum memberikannya kepada anak. Antara sebabnya ialah:

  • Terdapat beberapa strain yang berfungsi dengan cara yang berbeza. Pentadbiran Makanan dan Dadah (FDA) menganggapnya sebagai makanan tambahan. Oleh itu, mereka tidak dikawal seperti dadah atau terbukti selamat.
  • Tiada dos rasmi yang disyorkan untuk bayi pada masa ini. Sesetengah daripada mereka mempunyai kesan sampingan yang menyebabkan reaksi alahan, sakit perut, cirit-birit, dan gas dan kembung.
  • Bayi memerlukan pemantauan yang teliti. Anda harus berbincang dengan doktor anda tentang sebarang jenis suplemen sebelum memberikannya kepada bayi anda. Doktor anda boleh membincangkan keperluan untuk menggunakan probiotik dan boleh mengesyorkannya atau rawatan lain yang paling sesuai untuk anak anda.

Secara umumnya, apabila seorang bayi dilahirkan secara tidak langsung “bakteria baik" yang berada pada saluran vagina akan masuk ke dalam tubuh bayi, namun kajian menunjukkan lebih 50% wanita mempunyai jangkitan pada saluran peranakan.

Jadi, pemberian probiotik dari kecil membantu bayi membina pelindung dalam saluran penghadaman mereka, meningkatkan sistem imun badan dan dapat mencegah jangkitan.

Antara gejala penyakit yang boleh dicegah dan dirawat pada peringkat awal termasuklah:

  • Sembelit
  • Cirit-birit
  • Kembung perut
  • Gastrik 

7 Jenama Probiotik Yang Bagus Untuk Bayi

Terdapat banyak lambakan produk probiotik di pasaran sehinggakan ibu ayah buntu memilih yang mana satu, disebabkan itulah kami kongsikan 7 jenama probiotik yang bagus untuk bayi anda di sini.

7 Jenama Probiotik Yang Bagus Untuk Bayi
product image
Lacto GG Probiotic
Probiotik Untuk Bayi Terbaik 100% Semulajadi
more info icon
View Details
Beli di Shopee
product image
Biostime Infant Probiotics
Probiotik Untuk Bayi Terbaik Dengan Vitamin D
more info icon
View Details
Beli di Shopee
product image
Lacto-Fit Probiotics
Probiotik Untuk Bayi Terbaik Dengan Formula Sinbiotik
more info icon
View Details
Beli di Shopee
product image
LoveBug Probiotics Tiny Tummies Daily Probiotic + Prebiotic 
Probiotik Untuk Bayi Terbaik Dengan Gabungan Prebiotik
more info icon
View Details
Beli di Shopee
product image
Helperjang Baby & Kids Probiotics
Probiotik Untuk Bayi Terbaik Dengan Perisa Susu
more info icon
View Details
Beli di Shopee
product image
Biogaia Probiotics Drops
Probiotik Untuk Bayi Terbaik Mengandungi Asid Laktik
more info icon
View Details
Beli di Shopee
product image
Strongbiotics Kids
Probiotik Untuk Bayi Terbaik Dengan 5 Strain Probiotik Berbeza
more info icon
View Details
Beli di Shopee

Lacto GG Probiotic

Probiotik Untuk Bayi Terbaik 100% Semulajadi

probiotik untuk bayi

LactoGG ialah strain probiotik untuk bayi terbukti secara saintifik dan menjalani 200 ujian klinikal yang menyokong kesannya terhadap kesihatan. LactoGG adalah singkatan kepada Lactobacillus rhamnosus strain GG (ATCC53103) yang dihasilkan oleh dua saintis Boston, Prof. Sherwood L. Gorbach dan Dr. Barry Goldin pada tahun 1985.

Ia adalah kapsul berasaskan tumbuhan yang mengandungi 20 bilion bakteria "GG" hidup dan inulin, serat tumbuhan yang bertindak sebagai makanan untuk bakteria hidup. Ia tidak mengandungi yis, natrium, pengawet, pewarna makanan tiruan, perasa tiruan, pemanis atau gula. Kandungannya semua 100% semulajadi.

Apa yang kami suka?

  • Terbukti secara saintifik
  • Sesuai untuk semua peringkat umur termasuk bayi
  • Mengurangkan risiko jangkitan
  • Mengurangkan risiko jangkitan pada bayi pramatang dan baru lahir

Lacto GG Probiotic

product imageBeli di Shopee

Biostime Infant Probiotics

Probiotik Untuk Bayi Terbaik Dengan Vitamin D

probiotik untuk bayi

Jenama probiotik yang bagus untuk bayi adalah Infant Probiotics keluaran Biostime. Ia merupakan suplemen probiotik kanak-kanak No. 1 dunia. Diformulasi khas dengan gabungan probiotik dan Vitamin D dapat membantu untuk menyokong sistem imun, menggalakkan pencernaan yang sihat dan membantu memulihkan mikro flora usus yang baik.

Ia terdapat dalam jenis uncang jadi anda tidak perlu susah payah untuk menyukat setiap bancuhan probiotik untuk bayi. Boleh diberikan kepada bayi berusia 3 bulan ke atas. 

Apa yang kami suka?

  • Mengandungi 3 probiotik iaitu strain Lactobacillus dan Bifidobacterium
  •  Mengandungi FOS, prebiotik semulajadi
  • Vitamin D untuk membantu menyokong kesihatan sistem imun pada bayi dan kanak-kanak yang sihat
  • 3 bilion CFU setiap sachet
  • Uncang pra-saiz yang mudah digunakan untuk kegunaan
  • Tidak perlu disejukkan
  • Tiada perasa, warna atau pemanis tiruan tambahan

Biostime Infant Probiotics

product imageBeli di Shopee

Lacto-Fit Probiotics

Probiotik Untuk Bayi Terbaik Dengan Formula Sinbiotik

LACTO-FIT Probiotics

Rangkaian produk jenama Lacto-fit ini mempunyai probiotik untuk bayi yang mengandungi lebih daripada 1 bilion Lactobacillus (CFU) dalam setiap pakej. Gabungan kesemua mikroorganisma yang baik di dalam satu formula Sinbiotik membantu mencukupkan jumlah pengambilan probiotik untuk sampai ke usus agar sistem penghadaman lebih sihat dan kuat.

Ia mudah larut dan mudah dibancuh kerana tersedia dalam sachet. 

Apa yang kami suka?

  • Formula Sinbiotik
  • Diperbuat dari probiotik berkualiti tinggi iaitu Lactobacillus acidophilus DDS®
  • Diikitraf oleh UAS Labs dan disahkan oleh GMP
  • Sesuai untuk bayi berusia 1-3 tahun yang mempunyai masalah usus sensitif
  • Mengandungi 2gx 60 sachet setiap satu

Lacto-Fit Probiotics

product imageBeli di Shopee

LoveBug Probiotics Tiny Tummies Daily Probiotic + Prebiotic

Probiotik Untuk Bayi Terbaik Dengan Gabungan Prebiotik

probiotik untuk bayi

LoveBug Probiotics Tiny Tummies Daily Probiotic + Prebiotic adalah probiotik keluaran Amerika Syarikat. Ia sesuai diambil sebagai makanan tambahan untuk bayi baru lahir sehingga mencapai usia 6 bulan. Pengambilan secara konsisten membantu menyokong sistem imun bayi dan meningkatkan kesihatan sistem penghadaman.

Ibu-ibu jangan bimbang kerana ia diformulasi tanpa gula dan tiada perisa. Serta bebas tenusu dan gluten. Sangat sesuai untuk bayi yang mempunyai alahan atau ekzema. Cara bancuhan mudah sahaja, hanya masukkan 1 sachet ke dalam susu ibu atau susu formula pada suhu bilik. Gaul sehingga larut. Sedia untuk diminum.

Apa yang kami suka?

  • Tiada gula dan tanpa perisa
  • Bebas tenusu dan gluten
  • Membantu sistem imun dan sistem pencernaan
  • Mudah dibancuh
  • Tiada GMD
  • Sesuai untuk bayi baru lahir

LoveBug Probiotics Tiny Tummies Daily Probiotic + Prebiotic 

product imageBeli di Shopee

Helperjang Baby & Kids Probiotics

Probiotik Untuk Bayi Terbaik Dengan Perisa Susu

probiotik untuk bayi

Jenama probiotik untuk bayi keluaran dari Korea ini mempunyai perisa susu yang lazat semanis gula. Terdapat lebih 500 juta CFU dan gabungan bakteria baik terdapat dalam serbuk ini.

Ia sesuai dijadikan sebagai makanan tambahan untuk bayi dan kanak-kanak yang mempunyai sistem imun yang rendah dan membantu memperbaiki keseluruhan sistem dalam badan secara efektif.

Apa yang kami suka?

  • Perisa susu yang enak
  • Boleh dimakan begitu sahaja atau dibancuh dengan susu formula
  • Terdapat 7 jenis “bakteria baik" yang berkualiti tinggi
  • Sesuai untuk bayi berusia 3 bulan ke atas
  • Mengandungi 2000mg x 30 sachet
  • Penggunaan tahan selama sebulan 

Helperjang Baby & Kids Probiotics

product imageBeli di Shopee

BioGaia Probiotics Drops

Probiotik Untuk Bayi Terbaik Mengandungi Asid Laktik

probiotik untuk bayi

Bio Gaia Probiotic berbeza dengan probiotik yang lain. Jenis ini terdapat dalam bentuk cecair yang mengandungi bakteria asid laktik. Ia dipatenkan sebagai Limosilactobacillus reuteri (dahulunya dikenali sebagai Lactobacillus reuteri) dan Protectis (L. reuteri DSM 17938).

Keduanya membantu mikroorganisma yang baik dengan mengekalkan keseimbangan semula jadi dalam usus. Setiap titisan mengandungi lebih 100 juta L. reuteri Protectis hidup dan selamat untuk kegunaan jangka masa panjang.

Cara pengambilan adalah goncang dengan sebati selama 10 saat sebelum mencampurkannya ke dalam minuman berkultur. Pengambilan adalah sebanyak 1 botol sehari. Elakkan tambah minuman panas kerana boleh merosakkan bakteria yang hidup.

Apa yang kami suka?

  • Mudah ditelan
  • Selamat dan dikaji secara klinikal pada bayi
  • Disyorkan oleh pakar pediatrik di seluruh dunia
  • Lebih 74 juta botol terjual

Biogaia Probiotics Drops

product imageBeli di Shopee

US Clinicals Strongbiotics Kids

Probiotik Untuk Bayi Terbaik Dengan 5 Strain Probiotik Berbeza

Strongbiotics Kids

Jenama probiotik untuk bayi yang terakhir ialah Strongbiotics Kids. StrongBiotics™ Kids ialah serbuk sinbiotik yang cepat cair diperkaya dengan Probiotik dan Prebiotik untuk membantu menguatkan sistem pencernaan dan imun anak anda.

Setiap sachet mengandungi 5 bilion CFU daripada 5 strain Probiotik berbeza, yang mampu bertahan melalui asid gastrik dan hempedu.

Penambahan Prebiotik berfungsi secara sinergi dengan Probiotik untuk mengekalkan keseimbangan dan kepelbagaian bakteria usus yang baik dalam usus anak anda!

Apa yang kami suka?

  • Menggalakkan kesihatan usus yang optimum
  • Mengekalkan keseimbangan mikroflora usus
  • Meningkatkan penyerapan nutrien
  • Mengurangkan kembung perut
  • Kurangkan cirit birit
  • Kanak-kanak di bawah 4 tahun, ambil 1 sachet setiap hari

Strongbiotics Kids

product imageBeli di Shopee

Perbandingan Harga Probiotik Untuk Bayi Terbaik

Jenama Harga
Lacto GG Probiotic RM112.50
Biostime Infant Probiotics RM90.00
Lacto-Fit Probiotics RM71.96
LoveBug Probiotics Tiny Tummies Daily Probiotic + Prebiotic  RM139.90
Helperjang Baby & Kids Probiotics RM37.89
Biogaia Probiotics Drops RM88.50
US Clinicals Strongbiotics Kids RM149.00

Justeru, pilihlah probiotik mengikut kesesuaian anak anda agar tubuh mendapat keperluan probiotik untuk badan yang secukupnya. Ia secara tidak langsung mengelakkan anak-anak mendapat jangkitan yang tidak diingini. 

Cubalah salah satu jenama probiotik yang bagus untuk bayi. Siapa tahu boleh membantu meringankan masalah kesihatan anak anda yang sebenarnya masih boleh dirawat pada peringkat awal. 

Semoga perkongsian ini bermanfaat.

Nota Editor: Setiap item dan harganya adalah terkini pada masa artikel ini dikeluarkan. Walau bagaimanapun, mana-mana item boleh jadi ketiadaan stok atau harganya berbeza pada masa akan datang.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Selamat Tak Kalau Anak Minum Yakult (Minuman Probiotik) Seawal Usia 6 Bulan? Anak Asyik Minta!

Baca juga: Jom Tambah Ilmu Bersama BiO-LiFE® Mengenai Kepentingan & Fungsi Probiotik Untuk Terus Kekal Sihat!

Baca juga: Tak Sangka Budu & Tempe Kategori Makanan Probiotik Yang Bagus Untuk Kanak-Kanak

Nota Editor: Pautan produk yang disediakan di sini bertujuan untuk membantu memudahkan carian produk untuk pembaca kami. Beli barang adalah mengikut budi bicara anda sendiri. Kami tidak bertanggungjawab atas sebarang pertikaian dan masalah transaksi. Sekiranya anda membeli item dari post ini, theAsianparent mungkin menerima potongan kecil. Setiap item dan harga adalah terkini pada masa pengeluaran; namun, item mungkin habis terjual atau harganya sedikit berbeza pada hari berikutnya.
img

Penulis

Noorhidayah

Kongsi artikel ini

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community diiOS danAndroid sekarang!

  • 6 Hot Water Bag Dan Heating Pad Terbaik Untuk Senggugut Dan Sakit Badan

    6 Hot Water Bag Dan Heating Pad Terbaik Untuk Senggugut Dan Sakit Badan

  • Buang Bulu Guna Kaedah Laser, Ini 5 Klinik Terbaik Untuk Rawatan Hair Removal Laser Malaysia

    Buang Bulu Guna Kaedah Laser, Ini 5 Klinik Terbaik Untuk Rawatan Hair Removal Laser Malaysia

  • Tingkat Tahap Kesihatan Mental Melalui Khidmat Kaunseling Di Salah Satu Pusat Swasta Ini!

    Tingkat Tahap Kesihatan Mental Melalui Khidmat Kaunseling Di Salah Satu Pusat Swasta Ini!

  • 6 Hot Water Bag Dan Heating Pad Terbaik Untuk Senggugut Dan Sakit Badan

    6 Hot Water Bag Dan Heating Pad Terbaik Untuk Senggugut Dan Sakit Badan

  • Buang Bulu Guna Kaedah Laser, Ini 5 Klinik Terbaik Untuk Rawatan Hair Removal Laser Malaysia

    Buang Bulu Guna Kaedah Laser, Ini 5 Klinik Terbaik Untuk Rawatan Hair Removal Laser Malaysia

  • Tingkat Tahap Kesihatan Mental Melalui Khidmat Kaunseling Di Salah Satu Pusat Swasta Ini!

    Tingkat Tahap Kesihatan Mental Melalui Khidmat Kaunseling Di Salah Satu Pusat Swasta Ini!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2022. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.