Ibu Ini Menyesal Tak Sudah Sering Beri Anak Makan Processed Food, Ikuti Perkongsiannya...

Akibat terlalu banyak makan processed food, kanak-kanak ini mengalami IBS, iaitu penyakit berkaitan usus menyebabkannya sakit perut selalu!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ibu mana yang mahu anak sakit. Lebih-lebih lagi bila tahu ia berpunca daripada kita sendiri yang tidak pentingkan pemakanan sihat untuk anak seperti terlalu kerap beri processed food. 

Kali ini kami kongsikan perkongsian SEORANG mengenai anaknya yang pernah menghidap Irritable Bowel Syndrom (IBS) iaitu penyakit berkaitan usus yang terjadi atas sebab terlalu banyak makan processed food. 

Terlalu banyak makan processed food, anak menderita IBS

Anak saya Zaim, sejak bulan Disember 2015 mengalami sakit perut yang agak kronik, yang macam diarhea, menyebabkan dia asyik ke toilet setiap kali lepas makan, dan tergolek2 kejang perut dan pedih di belah kanan. Saya rasa kami ni setiap 2 minggu akan ke klinik untuk minta ubat.

Bila teruk sangat, saya bawak ke ER, dan doctor pun buatlah test MRI dan sebagainya. Suspek utama, appendicitis, so buatlah surgery buang appendiks, walaupun masa doctor tunjukkan appendix yang kena buang tu nampak kosong je, macam takda apa2.

Takpa laa, dia doktor, mesti dia pandai. Dah anak saya takda appendix. Tapi tak habis kat situ, sekali sekala dia masih jugak sakit begitu, walapupun saya dah masak dirumah.

Baru2 ini, dalam bulan Ogos, anak bujang saya mengalami sakit perut yang macam diarrhea, yang mengakibatkan dia perlu ke tandas setiap 5 min, dan duduk dalam tu sampai setengah jam atau 45 min. Paling teruk ialah sampai 20 kali sehari, sampai saya tak jumpa muka dia sangat sebab asyik duduk dalam toilet.

Perut kejang, pedih sebelah kanan

Masa tu baru lepas birthday dia yang ke 14 tahun. Masa ni dia ok, macam biasa. Hari Sabtu tu, waktu kami singgah di Petronas, dia dan neneknya turun beli Milo dalam kotak dan kek coklat kecil brand Gardenia.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Diorang makan je la macam biasa, walaupun maknya ni membebel sebab kurang gemar dia makan benda2 macam tu. Malam tu dia sakit perut teruk.

Esok bawak pi klinik, doktor just bagi ubat diarhea dan tahan sakit tapi takda effect. So saya google sakit apa yang berkaitan dengan usus dan apa pakar yang patut saya bawak dia.

Hari Selasa saya bawak dia jumpa pakar Gastroenteritis, iaitu pakar usus dan gastritis. Immediately doctor schedule kan scope untuk dia, melalui mulut dan belah bawah pada keeseokan harinya. Doktor juga suggest buat blood test to rule out sebarang jangkitan kuman atau bakteria.

Getting ready for the scope procedure. Saya ni dah risau, sebab takutkan penyakit IBS seperti Crohn’s Disease atau Colitis, sejenis penyakit autoimmune system, yang tiada ubatnya.

Dinding usus bengkak, sehari 20 kali ke tandas buang air besar

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Semasa scope ini yang kita jumpa. Sepatutnya dinding usus kecil ni licin dan bersih macam belah atas, tapi usus kecil Zaim ni ada banyak dinding sel yang bengkak, dan ada yang dah agak teruk sampai warna gelap. Gambar ni dah dibesarkan beribu kali.

Inilah yang dipanggil Irritable Bowel Syndrom (IBS), yang sangat menyakitkan bagi yang terkena. Dan sebenarnya ramai yang kena tapi tak tau apa jenis penyakitnya. Baru2 ini ada rakan yang suaminya ada simptom yang sama, doktor suruh potong bahagian usus yang terkena.

Aduh sakitnya.

Saya yang masuk sekali tengok proses scope ni, Allah saja yang tahu hati saya. Sedih dan rasa bersalah yang amat sangat. Sedih sebab dia terpaksa go thru procedure yang menyakitkan ini, walaupun doktor biuskan dia, tapi kesian saya tengok dia.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Rasa bersalah sebab, mungkinkah saya sebagai Ibu telah gagal menjalankan tanggungjawab menjaga pemakanan anak sendiri.

Selesai procedure, kami pulang. Doktor beri 3 jenis antibiotik yang kuat dosagenya, dan pesan supaya saya elakkan beri Zaim makan, dairy produk, segala jenis daging, teh, kopi, dan semua minuman yang tinggi gula dan berproses, semua jenis makanan pedas, dan makanan ringan.

Semua tak boleh.

Perlu makan makanan anti radang, kunyit & bluberi paling berkesan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Malam tu saya menangis sedih seusai solat dan saya minta maaf pada Zaim kerana tidak betul-beyul menjaga makan minumnya. Saya insaf sangat, dan berazam untuk menggali lebih banyak ilmu tentang pemakanan yang betul.

Tindakan seterusnya, balik tu, selepas tenangkan diri, saya google lagi tentang kemungkinan penyakit yang berkenaan usus dan hubungi rakan saya, seorang pakar pemakanan.

Katanya, bertenang. Sekarang apa yang penting kita kena turunkan bengkak pada ususnya. You google apa jenis Anti Radang (Anti Inflamatory) food yang boleh you beri pada dia.

So saya google dan tengok apa yang ada dalam dapur saya. Yang paling cepat dapat ialah kunyit. Saya bancuh air kunyit letak brown sugar sikit dan suruh dia minum. Budak baik ni terus minum walaupun ada sikit hokhek.

Esoknya suruh dia makan kunyit hidup yang dihiris2 jadii ulam dengan nasi. Saya juga pergi cari Turmeric Pill kat farmasi untuk dia. Saya beli juga buah Blueberries yang masyaAllah lah masamnya untuk dia makan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Saya buat catatan kekerapan dia ke tandas semasa makan makanan ni.

Punca…terlalu banyak makan processed food

Alhamdulillah, 3 hari kemudian, dari 20 kali sehari ke tandas, turun ke 3-4 kali sehari. Bengkak dalam ususnya dah kurang.

Saya juga masak masakan jenis air, semuanya saya letak kunyit..hahaha..kesian orang lain yang takda kena mengena. Saya buat ikan masak singgang, sayur bayam masak air, letak kunyit, ikan saya gorengkan saja, no sambal belacan whatsoever.

Minggu depannya kami dapat result blood test dan scope Zaim. Syukur alhamdulilah, tiada autoimmune system disease whatsoever. No kuman no bakteria. doktor suspek too much processed food.

Too much fastfood, pizza la apa la, too much spicy food, him being anak orang Negeri Sembilan, too much of the junk food like roti2 dan sponge cake petronas yang high in processed sugar dan gluten dan food additives dan coloring, too much dairy food yang high in additives dan processed drinks.

Love,

Farida

Berikut perkongsian seorang ibu yang cukup menyesal memberikan anaknya terlalu banyak makanan ringan yang diproses. Moga kisah ini dapat jadi pengajaran untuk ibu bapa di luar sana yang kerap memberikan anak processed food dengan alasan sibuk kerja.

Ingat, kesihatan anak-anak bergantung kepada kesihatan usus mereka, jadi jagalah pemakanan, berikan probiotik dan sebagainya agar dapat menjamin kesihatan anak anda dengan sempurna.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Nak Elak Anak Jatuh Sakit, Ibu Ayah Kena Ajar Mereka Makan Makanan Sihat Sejak Kecil

Baca juga: Anak Sudah Bersedia Untuk Makan? Cuba Perkenalkan Si Manja Menu Makanan Bayi 6 Bulan Ini

Baca juga:  8 perkara ibu bapa harus fikir dulu sebelum sediakan makanan untuk anak

Penulis

Lala Annuar