Adakah anda sedang membuat carian Google nak cari menu makanan bayi 6 bulan untuk anak anda cuba nanti? Wah, seronoknya apabila bayi sudah boleh mula makan makanan pejal. Tapi, si ibu lah yang pening sebab tak tahu nak bagi makanan apa dekat bayi dan makanan jenis apakah yang sesuai dengan mereka.
Sebenarnya, pengenalan bagi makanan buat kali pertama tidak susah pun! Namun anda harus ingat, anak-anak di bawah 1 tahun ini masih mendapat nutrisi daripada minum susu. Jadi sekiranya mereka meludah atau mencampak makanan yang anda sediakan, usah bersedih ya ibu.
Malah, si manja tidak mencuba pelbagai jenis makanan, bagaimana nak tahu kalau anak anda tidak gemar atau alergi pada sesuatu? Sebelum itu, ini tips yang anda perlu ingat.
Tips untuk menu makanan kepada bayi 6 bulan
Kredit: Pexels
1# Beri makanan sedikit dahulu
Jangan terus bagi banyak! Terkejut pula perut si kecil ini. Beri anak anda dalam suapan yang kecil terlebih dahulu. Kemudian, kalau anak anda nak lagi, barulah beri banyak.
2# Beri makan 2 – 3 hidangan sehari
Cuba beri bayi anda beberapa hidangan sehari. Kemudian, anda boleh tambahkan jumlah hidangan mengikut keselesaan bayi.
3# Bayi akan kurang makan kerana mendapat susu
Pada masa ini, bayi anda masih lagi menyusu dan mendapat khasiat dan kalori daripada susu. Jadi, anda janganlah risau jika anak anda masih lagi belum dapat makan sepenuhnya. Ia perlukan masa.
4# Beri pada masa yang tepat
Kalau anak anda sudah berasa kenyang dengan susu, susah anda nak suruh anak anda makan. Beri sewaktu perutnya baru meminum susu sedikit sahaja.
5# Cuba pelbagai jenis makanan
Inilah masa untuk si ibu dan anak bereksperimen. Anda boleh berikan anak anda pelbagai jenis makanan untuk anak anda cuba. Tetapi, janganlah berikan makanan yang buat anak anda dapat alahan makan kekacang pula. Makanan seperti putih telur juga perlu dielakkan.
6# Beri makanan secara berperingkat
Kisar halus makanan pada minggu pertama, kemudian baru boleh beri makanan yang dipuri, dilecek atau berbentuk separa pepejal.
7# Beri makanan mengikut kemampuan bayi
Makanan mempunyai tekstur yang tersendiri. Ada yang memerlukan bayi untuk mengunyah dengan lebih lama. Permulaannya, anda perlu kisar halus dahulu dan seterusnya, selepas anda lihat anak anda boleh mengunyah, anda boleh perkenalkan makanan dengan tekstur berbeza.
8# Banyakkan bersabar
Akan ada masa yang anak anda tidak mahu makan apa yang anda masak. Sabar ya, para ibu! Perlahan-lahan ya cuba.
Mari kita baca dengan lebih lanjut mengenai menu makanan terbaik untuk bayi berusia 6 bulan yang anda boleh cuba hari ini! Anda boleh sajikan menu ini untuk waktu sarapan pagi, tengahari dan juga untuk makan malam.
Menu makanan untuk bayi 6 bulan
Kredit: Pexels
Makanan yang dicadangkan adalah makanan yang sesuai untuk peringkat umur bayi. Untuk bayi berusia 6 bulan dan lebih, makanan yang sesuai adalah dari jenis bijirin, puri, buah-buahan dan juga sumber protein seperti ayam. Jom kita semak.
1# Menu makanan bayi 6 bulan: Bijirin berasaskan beras, oat atau barli untuk bayi
Kredit: Freepik
Untuk memulakannya pilihlah bijirin penuh dan ibu boleh campurkan bijirin tersebut dengan susu formula. Ibu juga boleh memilih untuk mendapatkan bijirin bayi segera.
2# Menu makanan bayi 6 bulan: Puri buah-buahan atau sayur-sayuran
Kredit: Freepik
Cara buat puri mudah sahaja. Jika anda memilih untuk buat puri berasaskan buah-buahan, anda hanya perlu reneh buah-buahan tersebut yang telah dipotong dalam periuk sehingga lembut. Kemudian, anda boleh kisar sehingga sebati.
3# Menu makanan bayi 6 bulan: Yogurt
Kredit: Freepik
Anda boleh pilih full fat yogurt, natural yogurt atau Greek yogurt. Elak yogurt rendah lemak kerana anak anda masih memerlukan lemak yang dibekalkan oleh sajian ini. Malah, anda juga digalakkan memilih yogurt tanpa perisa kerana ia bebas gula. Jika anak anda sudah bersedia, anda boleh campurkan yogurt tersebut dengan melenyek-lenyek buah-buahan segar!
4# Menu makanan bayi 6 bulan: Bubur nasi
Kredit: Freepik
Ramai keluarga yang memilih bubur nasi untuk dijadikan hidangan utama. Untuk anda yang baru pertama kali mencuba, anda boleh beri anak anda makan bubur nasi kosong dahulu. Bila anak anda dah suka, bolehlah tambahkan makanan lain seperti buah-buahan dan brokoli. Sedapnya!
5# Menu makanan bayi 6 bulan: Sup ayam
Kredit: Freepik
Sup ayam? Sedap tau. Anda kena buat stok terlebih dahulu. Didihkan tulang ayam beserta ikan bilis yang telah dibersihkan. Buang segala kekotoran sehingga jernih. Kemudian, renehkan sup ayam selama 45 minit. Bila dah siap, anda boleh campurkan dengan bubur nasi.
Ingat, anak-anak yang berusia bawah 1 tahun digalakkan untuk jauhi daripada gula atau garam kerana buah pinggang mereka masih belum dapat memproses bahan-bahan ini dengan baik. Kami berharap artikel ini dapat menimbul idea anda untuk menu makanan bayi 6 bulan.
Semoga berjaya!
Sumber: Ayachalo
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca Juga: Cara Tetapkan Pemakanan Bayi 6 Bulan Hingga 1 Tahun, Ini Panduannya
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!