Produk Istimewa Dyson Sempena Musim Perayaan, Sesuai Juga Dijadikan Sebagai Hadiah!

Produk Dyson menawarkan barangan kegunaan harian dilengkapi teknologi terkini bermula dari penjagaan diri sehinggalah ke rumah anda

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Barangan kegunaan harian seperti vakuum, pengering rambut serta penapis udara menjadi suatu kemestian yang perlu ada di dalam rumah. Tahukah anda produk Dyson menawarkan teknologi terkini dan berkualiti?

Menjadi seorang suri rumah bukanlah perkara yang mudah. Bermula dari mengurus anak-anak, pasangan dan rumah, semuanya terletak pada bahu anda sendiri.

Produk Dyson istimewa sempena musim perayaan

Bersempena dengan cuti akhir tahun dan musim perayaan ini, Dyson membawa sesuatu yang cukup eksklusif dengan teknologi terkini untuk kegunaan anda dan seisi keluarga.

Berikut adalah senarai pilihan barangan Dyson yang boleh anda pertimbangkan bagi keperluan harian atau tujuan pemberian hadiah buat orang tersayang.

#1. Set penjagaan rambut Dyson Edisi Hadiah

Pengguna Dyson yang mengutamakan penampilan serta kecantikan kini boleh menikmati rangkaian penjagaan rambut berteknologi tinggi. Terdapat dua warna eksklusif yang boleh anda pilih iaitu Prussian Blue dan Rich Cooper.

Ia dicipta khas untuk kegunaan pelbagai jenis rambut. Set hadiah ini mengandungi pengering rambut Dyson Supersonic, penggaya Dyson Airwrap dan pelurus rambut Dyson Corrale.

Antara ciri-ciri keistimewaannya ialah:

  • Cepat dan efisien
  • Mesra pengguna
  • Alatan ini memudahkan kawalan suhu semasa anda melakukan penggayaan rambut
  • Meningkatkan keserian rambut
  • Melindungi rambut daripada kerosakan yang ekstrem

Manakala pengering rambut Dyson Supersonic dilengkapi dengan mesin pengering rambut, alatan lampiran, kotak persembahan, berus pedal Dyson dan sikat rambut antikusut.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penggayaan rambut Dyson Airwrap disertakan dengan kotak persembahan dan kantung percutian.

Pelurus rambut Dyson Corrale turut didatangkan bersama kotak persembahan. Ia adalah satu-satunya pelurus yang menggunakan plat lentur yang dicipta untuk mengumpul rambut, memiliki kawalan bagi membolehkan penggayaan dengan kurang haba dan kerosakan.

Set lengkap ini boleh didapati di Dyson Demo Store atau anda boleh terus layari www.dyson.my/products/hair-care/shop-allgifting dengan harga bermula RM1,899.

#2. Dyson V12™ Detect Slim

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dyson memahami setiap keperluan suri rumah pada masa kini yang inginkan tugas mengemas menjadi lebih mudah dengan masa singkat. Justeru Dyson V12 Detect Slim direka khas dengan kuasa sedutan tinggi dan tanpa wayar.

Dengan pancaran laser, alatan ini mampu mengesan habuk tersembunyi sekecil 10 mikron di celah-celah perabot atau ruang dalam kediaman anda.

Manakala penderia piezo akustik berfungsi untuk mengukur, merekodkan habuk dan serpihan yang telah disedut. Ia juga terbukti secara saintifik memudahkan kerja membersih rumah dengan tempoh lebih singkat.

Dyson V12 Detect Slim berharga dari RM2,999 dan boleh didapati di  www.dyson.my/products/vacuumcleaners/dyson-v-12-detect-slim/overview dan di Dyson Demo Stores.

#3. Pembersih udara Dyson Purifier Cool™

Yang terbaharu dalam rangkaian penulen Dyson, siri pembersih udara Dyson Purifier Cold™ menampilkan HEPA 13 yang tertutup sepenuhnya. Sistem penapisan standard dapat memastikan aliran udara lebih baik dengan penyingkiran 99.95 peratus zarah sekecil 0.1 mikron. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bukan itu sahaja, alatan ini adalah 20 peratus lebih senyap berbanding dengan pendahulunya.

Dilengkapi dengan teknologi pengesan formaldehid, ia bukan sahaja dapat menangkap habuk dan alergen halus, namun memusnahkan VOC yang berbahaya seperti baha pencemar gas tidak berwarna dan formaldehid2 yang biasa ditemui di dalam rumah. 

Sekiranya tidak dirawat, ia mampu memberikan kesan jangka panjang terhadap kesihatan anda seisi keluarga.

Dyson Purifier Cold™ berharga RM2,899 dan boleh didapati di www.dyson.my/products/airpurifiers/dyson-purifier-cool-formaldehyde/overview atau anda boleh terus mengunjungi Dyson Demo Stores yang berhampiran.

Edisi hadiah dengan warna eksklusif boleh didapati terus dari Dyson Demo Stores di seluruh negara, iaitu The Gardens Mall, Mid Valley Southkey, Queensbay Mall, Vivacity Megamall, serta www.dyson.my

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dengan pelbagai ciri keistimewaan yang ada pada setiap produk Dyson ini, anda tidak perlu ragu-ragu dan berfikir panjang lagi untuk memiliki atau menghadiahkannya buat insan tersayang.

Jurutera Dyson sering mempertingkatkan ciri-ciri dan kualiti pada produk keluarannya agar dapat memenuhi keperluan pengguna pada hari ini.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 4 Sebab Anda Perlu Memiliki Vakum Dyson Omni-glide, Mudahkan Kerja Ibu-Ibu Di Rumah!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan