X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Dyson Perkenal Alat Pengering Rambut Setanding Salon Dengan Teknologi Supersonic

4 min bacaan
Dyson Perkenal Alat Pengering Rambut Setanding Salon Dengan Teknologi Supersonic

Alat pengering rambut adalah satu keperluan bagi setiap wanita terutamanya yang bertudung. Hal ini adalah untuk mengelakkan rambut menjadi berbau dan rosak

Bagi setiap wanita, rambut adalah mahkota yang perlu dijaga rapi agar ia kelihatan sentiasa sihat dan cantik. Selain menggunakan produk penjagaan rambut yang sesuai, anda juga disaran memiliki alat pengering rambut bagi memudahkan anda menguruskannya selepas mandi.

Bukan itu sahaja ia menjadi sesuatu yang perlu dimiliki supaya anda dapat meluruskan rambut, mengelakkan rambut dari menggerbang atau mengerintingkannya. Rambut yang terurus mampu membina keyakinan yang tinggi dalam diri wanita.

Alat pengering rambut Dyson Flyaway Attachment dengan kualiti seperti di salon

alat penggaya rambut

Memahami keperluan wanita masa kini, syarikat pengeluar perkakas rumah, Dyson telah memperkenalkan alat pengering rambut Flyaway Attachment untuk kemasan halus dengan standard seperti salon.

Ia dibangunkan dengan teknologi Dyson Supersonic dengan memanfaatkan kesan Coanda bagi mengelakkan rambut kembang tanpa penggunaan suhu panas yang melampau.

Di samping itu, ia merupakan fenomena kali pertama rekaan untuk gaya dalam styler Dyson Airwrap bagi menarik dan mengangkat rambut lebih panjang ke hadapan, lebih terurus dan lembut.

Alat pengering rambut keluaran Dyson ini turut meningkatkan kilauan yang semula jadi pada mahkota anda. Menurut Pengarah Rangkaian Penjagaan Rambut Dyson, Emma Sheldon, jurutera Dysonterdorong memikirkan semula potensi Coanda setelah memerhatikan bagaimana penggaya rambut menggunakan teknik ‘brush and blow dryer’ bagi mengawal rambut menjadi kembang.

Secara tradisionalnya teknik ini memerlukan penggaya menggunakan pusingan sikat bagi menguruskan rambut, sambil mengarahkan aliran udara dari pengering untuk mengelakkan rambut menjadi rosak dan menggerbang.

‘’Di Dyson, kami sentiasa mencari kaedah untuk menginovasikan teknologi baharu bagi memudahkan pengguna menjaga dan menguruskan rambut mereka setiap hari.’’ Katanya.

Dyson Flyaway Attachment baharu memanfaatkan fenomena Coanda untuk mengawal rambut menjadi kembang, tanpa merosakkan rambut dengan pendedahan suhu yang esktrem.

Alat pengering rambut Dyson menjamin kepuasan pelanggan

alat pengering rambut dyson

Jurutera Dyson turut mengumpul lebih daripada 1.14 bilion data dari penggaya secara individu, melibatkan hampir 10,000 jam penggaya professional, melakukan pemerhatian lebih 420 orang penata gaya di 80 buah salun seluruh dunia.

Meskipun mereka dilihat menggunakan sikat bulat dan pengering untuk melicinkan setiap helaian rambut, penggaya ini cenderung menggunakan pelurus dan mendedahkan rambut kepada suhu panas. Ini sekaligus boleh meningkatkan kerosakan rambut, akar rambut menjadi semakin lemah dan mudah patah.

‘’Setiap pelanggan pastinya akan berasa cukup kecewa apabila mendapatkan perkhidmatan penggaya rambut seperti ini. Disebabkan itulah kami sentiasa ingin pastikan para pelanggan kami dapat menikmati kemasan rambut berkilat yang sama di rumah,’’ kata Duta Penggaya Dyson Global, Jet Atkin

Ciptaan alat terbaharu Dyson berupaya memberikan kepuasan kepada pelanggan yang menginginkan kemasan rambut sangat halus, bukan hanya dari salun sahaja.

Kelebihan alat pengering rambut rekaan Dyson

Antara kelebihan lainnya ialah:

#1. Memiliki bentuk yang unik

Dyson Supersonic Flyaway Attachment dibangunkan dengan bentuk yang unik. Dyson mempunyai warisan mengubah bentuk konvensi, mencipta semula alat untuk memberikan spektrum gaya pelbagai jenis rambut tanpa kepanasan melampau.

#2. Motor diaktifkan dan dicipta sesuai untuk pelbagai jenis rambut

pengering rambut dyson supersonic

Pengering rambut Dyson Supersonic dikuasakan oleh motor digital Dyson V9 yang kecil, namun cukup kuat untuk berputar sehingga 110,000rpm- iaitu 6 kali lebih pantas berbanding motor pengering rambut jenama lain.

Jurutera telah meletakkannya di bahagian pemegang bagi memberikan keseimbangan apabila dipegang.

#3. Kawalan suhu yang pintar

Alat pengering rambut Dyson ini memudahkan pengguna mengawal suhu bagi mengelakkan kerosakkan, membantu melindungi kesihatan rambut. Teknologi Air Multiplier menguatkan udara sebanyak tiga kali bagi menghasilkan jet tekanan tinggi, pengawalan udara untuk pengeringan cepat dan gaya tepat.

#4. Ciri istimewa yang mesra pengguna

Setelah melakukan ujian dengan teliti terhadap pelbagai jenis rambut di makmal, Dyson telah membuat tambahan berbeza untuk pengering rambut Dyson Supersonic untuk menggayakan pelbagai jenis rambut.

Lekapan rekayasa Dyson termasuklah Smoothing Noozle, Styling Concentrator dan Gentle Air Attachment.

Model pengering rambut ini akan tersedia di dalam kotak mesin rambut Dyson Supersonic baharu yang boleh dibeli bermula 2 Ogos 2021 dan harganya RM1, 899. Untuk membeli, dapatkan maklumat lanjut di www.dyson.my atau kunjungi cawangan Dyson Demo Store berhampiran anda.

Stories Rakan Kongsi
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia
Mulakan Simpanan Pendidikan & Masa Depan Anak Seawal Mungkin, Pilihlah Cara Terbaik Untuk Tabungan Konsisten
Mulakan Simpanan Pendidikan & Masa Depan Anak Seawal Mungkin, Pilihlah Cara Terbaik Untuk Tabungan Konsisten
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 4 Sebab Anda Perlu Miliki Vakum Dyson Omni-glide, Mudahkan Kerja Ibu-Ibu Di Rumah!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Gaya Hidup
  • /
  • Dyson Perkenal Alat Pengering Rambut Setanding Salon Dengan Teknologi Supersonic
Kongsikan:
  • Deodorant Terbaik Untuk Wanita Hamil, Bebas Bahan Kimia & Selamat Digunakan

    Deodorant Terbaik Untuk Wanita Hamil, Bebas Bahan Kimia & Selamat Digunakan

  • Makanan Dalam Tin Sesuai Ke Untuk Wanita Hamil? Ini Ibu Kena Tahu Dulu

    Makanan Dalam Tin Sesuai Ke Untuk Wanita Hamil? Ini Ibu Kena Tahu Dulu

  • Cekap Ketika Di Dapur, Anak Dara Aliff Syukri, Qadejah El Zahra Dipuji Rajin & Pandai Memasak

    Cekap Ketika Di Dapur, Anak Dara Aliff Syukri, Qadejah El Zahra Dipuji Rajin & Pandai Memasak

  • Deodorant Terbaik Untuk Wanita Hamil, Bebas Bahan Kimia & Selamat Digunakan

    Deodorant Terbaik Untuk Wanita Hamil, Bebas Bahan Kimia & Selamat Digunakan

  • Makanan Dalam Tin Sesuai Ke Untuk Wanita Hamil? Ini Ibu Kena Tahu Dulu

    Makanan Dalam Tin Sesuai Ke Untuk Wanita Hamil? Ini Ibu Kena Tahu Dulu

  • Cekap Ketika Di Dapur, Anak Dara Aliff Syukri, Qadejah El Zahra Dipuji Rajin & Pandai Memasak

    Cekap Ketika Di Dapur, Anak Dara Aliff Syukri, Qadejah El Zahra Dipuji Rajin & Pandai Memasak

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.