Pelbagai produk untuk bayi yang dijual dalam pasaran pastinya membuatkan anda sebagai ibu ayah baharu berasa keliru dalam memilih yang terbaik buat si manja. Bermula dari hujung rambut hingga ke kaki, kandungan dalam produk perlulah selamat dan tidak mendatangkan kesan sampingan.
Tidak dinafikan kulit bayi adalah sangat sensitif. Penjagaan rapi diperlukan bagi memastikannya kekal lembap dan sihat sepanjang masa.
Produk untuk bayi yang terbaik dan selamat
Memahami akan keperluan para ibu masa kini, jenama produk untuk bayi semula jadi dan berasaskan vegan Malaysia, calmelon menampilkan dua penjagaan kulit yang terbaik buat si manja anda.
Calmelon menjanjikan tekstur yang menyenangkan agar bayi berasa selesa sepanjang masa. Ia mengambil inspirasi daripada salah satu buah-buahan paling lazat dinikmati dalam cuaca tropika kita iaitu tembikai!
Menurut pengasas calmelon, ia memilih buah tembikai adalah kerana ia memiliki khasiat yang luar biasa bermula dari kulit sehinggalah ke bijinya.
Buah berkenaan mengandung 92 peratus dan kaya dengan vitamin C, karotenoid dan flavonoid. Bukan itu sahaja ia turut memiliki antioksidan bagi memerangi radikal bebas daripada cahaya matahari dan bahan pencemar.
Vitamin C di dalamnya membantu badan menghasilkan kolagen yang menjadikan kulit menjadi lembap, terlindung dari sinaran UV dan menggalakkan penyembuhan luka.
Dalam produk untuk bayi calmelon ini menampilkan 10 ramuan yang sempurna untuk menyihatkan kulit iaitu:
- Ekstrak centella asiatica
- Teh hijau
- Bunga chamomile
- Licorice
- Rosemary
- Skullcap
- Knotweed Jepun
- Oat
- Shea butter
- MultiEx
Diformulasi di Korea dan melalui ujian dermatologi
Setiap produk yang dihasilkan oleh calmelon adalah selamat untuk kulit sensitif dan ia melalui ujian pakar dermatologi terlebih dahulu sebelum dipasarkan.
Bukan itu sahaja, ibu-ibu tidak perlu risau ketika ingin menggunakan calmelon kepada bayi anda kerana ia bebas paraben, Sodium Lauryl Sulfate (SLS), minyak mineral, pewarna dan pewangi tiruan, alkohol dan silikon.
Pada Oktober 2021 yang lalu, calmelon secara rasmi telah mencatatkan kejayaan besar dalam pelancaran besar-besaran rangkaian produk pertamanya.
Sebagai permulaan, calmelon mengeluarkan dua produk penjagaan bayi yang baru lahir dari usia 0 hingga 4 tahun.
#1. Calmelon Natural Baby Shampoo & Bath, RM38.99 (280ml)
Syampuan dan mandian ini direka untuk kulit sensitif dan diuji oleh pakar dermatologi.
Tenangkan kulit bayi anda ketika waktu mandi dengan haruman oren yang menyegarkan. Gel berbuih ini dirumus di Korea dengan pelbagai ekstrak tumbuhan berkhasiat.
Bagi memastikan kulit si manja anda sentiasa lembut dan terhidrat selepas mandi, calmelon telah menambah ekstrak tembikai, oatmeal dan protein gandum.
Rangkaian produk untuk bayi asli calmelon ini adalah vegan dan ia tidak diuji ke atas haiwan. Dijamin selamat pada kulit bayi yang halus, ia juga sesuai semua jenis kulit khususnya kulit sensitif.
#2. Calmelon Natural Baby Daily Lotion, RM51.99 (280ml)
Kekalkan kulit bayi anda sentiasa selesa sepanjang hari dengan losen harian yang lembut serta tidak melekit ini. Ia dirumus khas di Korea dengan beberapa bahan aktif bersama esktrak tumbuhan berkhasiat.
Paling istimewa, ia dipertingkatkan dengan ekstrak tembikai yang membekalkan vitamin seperti A, B6, C dan penuh antioksidan agar kulit si manja anda sihat.
Bukan itu sahaja, tekstur losyen yang cepat menyerap ini mampu memberikan perlindungan kulit secara berterusan. Ekstrak shea butter dan avena satiba (oatmeal) mampu menyihatkan kulit bayi dan sekaligus mengelakkan kekeringan.
Kandungan buah oren memberikan bau yang sangat menyegarkan. Pastinya ia menjadikan waktu mandi dan bersiap anak kecil anda sungguh menyeronokkan!
Untuk tempoh yang terhad, anda boleh mendapatkan pek permulaan mandian saiz 280ml dan losyen semulajadi calmelon 280ml yang didatangkan bersama beg tote PVS.
Selain itu, dapatkan diskaun percuma apabila anda mengikuti kedai calmelon. Klik pada pautan (linktr.ee/calmelon) untuk memilih sama ada kedai Shopee atau Lazada.
Calmelon juga boleh didapati di motherhood.com.my dan tlmbabyonline.com. Untuk maklumat lanjut, anda boleh menghantar e-mel kepada kami di hello@calmelon.com.
Anda juga boleh layari media sosial calmelon di Facebook dan Instagram. Kongsi tanda pagar anda dengan #calmelon #calmelonofficial #calmelonMY #calmelonbaby #calmelonbabyskin .
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Begini Rutin Penjagaan Bayi Baru Lahir Yang Betul, Barulah Si Manja Tidak Kerap Merengek!