TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Program AIA Healthiest Schools Kembali Untuk Tahun Kedua!

3 min bacaan
Program AIA Healthiest Schools Kembali Untuk  Tahun Kedua!

Program AIA Healthiest Schools (Sekolah Tersihat AIA) kembali untuk tahun kedua, mengalu-alukan penyertaan sekolah-sekolah di seluruh Malaysia untuk menjadi sebahagian daripada inisiatif unik yang memberi tumpuan kepada pemupukan kesejahteraan dan kesihatan dalam kalangan komuniti sekolah.

Kuala Lumpur, 21 November 2024 – Disokong oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, program AIA Healthiest Schools (AHS) direka untuk menggalakkan tabiat hidup sihat dalam kalangan pelajar berusia lima hingga 16 tahun.

Program yang terbuka kepada semua sekolah kerajaan, swasta dan antarabangsa diperingkat rendah dan menengah, menyediakan bahan pengajaran yang boleh dimuat turun secara percuma (tersedia dalam Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu dan Mandarin) bagi memperkasa tenaga pengajar untuk memperkenalkan konsep kesihatan dan kesejahteraan secara berkesan kepada para pelajar.

Bagi menggalakkan sekolah-sekolah yang mengambil bahagian untuk berkongsi impak serta pencapaian mereka dalam meningkatkan tahap kesihatan pelajar, program AHS juga menampilkan pertandingan yang menawarkan hadiah wang tunai bernilai sehingga AS$100,000.

Pada tahun pertama program AHS, lebih 35 penyertaan diterima dari sekolah-sekolah di Malaysia, yang mana 18 sekolah telah diberi penghormatan atas usaha luar biasa mereka dalam mempromosikan kesihatan dan kesejahteraan melalui projek-projek inovatif dan berkesan.

SK Putrajaya Presint 11(1) dan SMK Convent Butterworth masing-masing muncul sebagai pemenang bagi kategori sekolah rendah dan menengah.

SK Putrajaya Presint 11(1) juga telah mengharumkan nama negara apabila merangkul gelaran juara keseluruhan Pertandingan AIA Healthiest Schools peringkat serantau – mengalahkan sekolah-sekolah dari lima pasaran AIA yang lain dan telah menerima AS$100,000.

Projek mereka menampilkan aplikasi mudah alih kesihatan ‘HELPIE’ yang membantu meningkatkan kesedaran tentang kesihatan mental melalui alatan, permainan dan kempen interaktif disamping memperkasakan pelajar untuk memahami dan menguruskan tekanan.

Bagi membantu tenaga pengajar menyepadukan dan menyesuaikan program AHS dengan lancar ke dalam rancangan pengajaran sedia ada, rakan pendidikan AIA Malaysia – LeapEd mengendalikan bengkel praktikal sebagai sokongan tambahan.

Merangkumi topik amalan kesedaran ke dalam rutin harian kepada memupuk tabiat pemakanan yang sihat, bengkel-bengkel interaktif ini menawarkan langkah yang boleh diambil dalam mewujudkan persekitaran sekolah yang lebih sihat.

Hasilnya, guru dilengkapi teknik praktikal dan mudah dilaksanakan serta mempelajari strategi untuk memupuk daya tahan dan menggalakkan kesihatan mental yang positif dalam kalangan pelajar.

Siri bengkel AHS tahun ini dianjurkan di Lembah Klang dan Perlis. Fasa pertama bengkel yang berlangsung pada bulan Oktober direka untuk membantu tenaga pengajar meneroka bahan pengajaran percuma termasuk rancangan pengajaran berstruktur, aktiviti menarik, permainan interaktif dan filem pendek.

Fasa kedua yang dijadualkan pada bulan Disember akan membimbing dan mempersiapkan guru dan tenaga pengajar untuk menghasilkan penyertaan yang menarik untuk pertandingan AHS.

Program AHS dilancarkan oleh AIA Group pada tahun 2022 sebagai sebahagian daripada strategi Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) syarikat insurans berkenaan dengan tujuan membawa impak positif dalam meningkatkan kesihatan kanak-kanak di seluruh rantau Asia.

Edisi pertama program AHS diperkenalkan di empat daripada 18 pasaran AIA iaitu Australia, Hong Kong, Thailand dan Vietnam dan kemudiannya telah dilancarkan di Malaysia dan Indonesia bagi edisi kedua pada tahun 2023.

Sekolah rendah dan menengah yang berminat boleh mendaftar dan mendapatkan maklumat lanjut tentang program AHS di https://ahs.aia.com/my/en di mana bahan pengajaran jugaboleh dimuat turun secara percuma. Penyertaan untuk pertandingan AHS dibuka sehingga 8 Mac 2025.

Stories Rakan Kongsi
Anak Susah Minum Susu? Ini Tips Daripada Pakar Untuk Pujuk Anak Minum Susu & Kepentingannya Pada Tumbesaran Mereka!
Anak Susah Minum Susu? Ini Tips Daripada Pakar Untuk Pujuk Anak Minum Susu & Kepentingannya Pada Tumbesaran Mereka!
Real Mum Review: Skinature By Drypers
Real Mum Review: Skinature By Drypers
Anak Tidak Mahu Makan? Ini Cara Untuk Pastikan Anak Membesar Dengan Sihat
Anak Tidak Mahu Makan? Ini Cara Untuk Pastikan Anak Membesar Dengan Sihat
Tips to harness the power of your parenting style to raise resilient children
Tips to harness the power of your parenting style to raise resilient children

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

theAsianparent

  • halaman rumah
  • /
  • Siaran Media
  • /
  • Program AIA Healthiest Schools Kembali Untuk Tahun Kedua!
Kongsikan:
  • Kempen Swish & Snap Listerine® Rai 5,000 Senyuman Sihat Bersama Watsons

    Kempen Swish & Snap Listerine® Rai 5,000 Senyuman Sihat Bersama Watsons

  • Karnival Katarak Perdana Kementerian Kesihatan & Hospital Mata Nasional Tun Hussein Onn Memberi Harapan Kepada Rakyat Malaysia Yang Terpinggir

    Karnival Katarak Perdana Kementerian Kesihatan & Hospital Mata Nasional Tun Hussein Onn Memberi Harapan Kepada Rakyat Malaysia Yang Terpinggir

  • TUULYN Menghidupkan Semula Pengalaman Membeli-belah Runcit – Elegan ala Eropah, Mesra ala Malaysia

    TUULYN Menghidupkan Semula Pengalaman Membeli-belah Runcit – Elegan ala Eropah, Mesra ala Malaysia

  • Kempen Swish & Snap Listerine® Rai 5,000 Senyuman Sihat Bersama Watsons

    Kempen Swish & Snap Listerine® Rai 5,000 Senyuman Sihat Bersama Watsons

  • Karnival Katarak Perdana Kementerian Kesihatan & Hospital Mata Nasional Tun Hussein Onn Memberi Harapan Kepada Rakyat Malaysia Yang Terpinggir

    Karnival Katarak Perdana Kementerian Kesihatan & Hospital Mata Nasional Tun Hussein Onn Memberi Harapan Kepada Rakyat Malaysia Yang Terpinggir

  • TUULYN Menghidupkan Semula Pengalaman Membeli-belah Runcit – Elegan ala Eropah, Mesra ala Malaysia

    TUULYN Menghidupkan Semula Pengalaman Membeli-belah Runcit – Elegan ala Eropah, Mesra ala Malaysia

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham