TGV Cinema dan Susu Goodday mengadakan program kanak-kanak khususnya yang cintakan muzik bagi sepanjang edisi 2019.
Ini merupakan program pertama kali dilancarkan supaya dapat membawa pengalaman baru buat seisi keluarga dengan barisan muzikal filem yang sesuai untuk semua.
Program kanak-kanak Sing-Along anjuran TGV Cinema dan Goodday
Pihak terbabit meneroka bagaimanakah cara menyampaikan hari istimewa kepada pencipta muzikal filem yang boleh disemai bermula dari umur kanak-kanak hingga golongan dewasa supaya menjadi detik dan kenangan yang tidak dapat dilupakan.
Oleh yang demikian, TGV dan Goodday bekerjasama dalam kempen Sing-Along yang dapat memberikan pengalaman berbeza kepada setiap penonton.
Sebagai permulaan, mereka membawa kembali filem klasik berjudul Beauty and The Beast Sing-Along dan setiap penonton turut berpeluang menikmati sesi hi-tea, aktiviti menarik dan berpeluang memenangi hadiah.
Apa yang lebih menarik, setiap penonton yang datang bersama keluarga dan anak-anak berpeluang menyanyi bersama-sama yang tentunya memberi pengalaman yang tidak akan dilupakan.
Biasanya, penonton hanya menonton wayang tanpa sebarang kejutan, namun dalam program kanak-kanak ini, mereka akan dapat beberapa kejutan sama ada sebelum, semasa dan selepas tayangan.
Sementara itu, filem Beauty and The Beast dipilih terlebih dahulu kerana ia mempunyai sentimental value kepada penonton dengan sketsa dan jalan cerita yang menarik.
Tiket kempen Sing-Along ini boleh diperolehi dengan harga RM35 bagi orang dewasa dan RM25 untuk kanak-kanak.
*************************************
5 Filem romantik yang patut anda tonton semula
Sebenarnya banyak manfaat yang boleh diperolehi sekiranya anda menonton filem genre romantik ini kerana ia mengandungi pengajaran antara perhubungan lelaki dan wanita.
Bahkan, filem genre romantik ini memang sering kali dikaitkan dengan kaum wanita kerena mereka mudah tersentuh hatinya.
Untuk itu, apa kata anda tonton semula 5 buah filem romantik ini bersama pasangan seterusnya dapat mengeratkan lagi ikatan cinta kalian.
#1. Beauty and the Beast
Filem ini mendidik kita bahawa rupa paras bukanlah alasan untuk seseorang jatuh cinta. Dalam filema ini, Belle menggantikan ayahnya yang ditangkap oleh Beast. Sepanjang berada di istana Beast, pelbagai cara dilakukan supaya dapat memikat hati Belle hingga sumpahan yang dikenakan ke atasnya terhapus. Sebab itu, Beast sanggup melakukan apa saja sebagai balasan Belle memberikan perasaan cinta yang tidak berbelah bahagi.
#2. Titanic
Meskipun filem ini ditayangkan pada tahun 1997 namun ia masih menjadi filem romantik paling disukai ramai.
Walaupun, diakhir cerita kisah cinta mereka berubah menjadi kisah sedih namun ia masih mengandungi pengajaran yang tidak dapat dilupakan.
Jack seorang lelaki miskin membantu Rose gadis kaya yang terperangkap dalam status keluarga. Jack mengajarnya tentang erti hidup yang sebenar dan berdikari.
#3. Twilight
Filem ini mengisarkan tentang kisah percintaan antara vampire dan manusia yang menjadi trend setelah ia ditayangkan di pawagam.
Ramai wanita yang meminati kisah percintaan yang ditonjolkan menerusi watak Isabella Swan dan Edward Cullen.
Bella adalah manusia biasa yang jatuh cinta dengan Edward yang merupakan vampire kacak yang pada mulanya tertarik dengan bau darah Bella dan si gadis akhirnya sanggup korbankan apa saja semata-mata untuk hidup bersama si jejaka itu.
#4. The Fault In Our Stars
Filem ini berdasarkan sebuah buku yang tulis oleh John Green. Dalam filem ini mengisahkan tentang kisah cinta antara Gus dan Hazel di mana memberi pengajaran kepada penonton untuk menghargai masa yang ada dengan orang tersayang dan tidak mensia-siakan waktu tersebut.
#5. Romeo and Juliet
Kisah cinta yang paling ikonik ditulis oleh William Shakespeare. Filem ini dibintangi oleh Leonardo Di Caprio yang ditayangkan pada tahun 1996.
Ia berkisarkan tentang cinta Romeo dan Juliet yang terhalang dek kerana permusuhan keluarga yang akhirnya membawa kepada kematian pasangan itu.
Jangan lupa follow theAsianparent Malaysia untuk info menarik yang lain.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: Herinspirasi
Baca juga
https://my.theasianparent.comdumbo-2019
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!