TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

MAGGI® Dengan Usaha Sama KPWKM & Syarikat Teknologi Menyeru Peningkatan Penyertaan Wanita Dalam Ekonomi Digital 

3 min bacaan
MAGGI® Dengan Usaha Sama KPWKM & Syarikat Teknologi Menyeru Peningkatan Penyertaan Wanita Dalam Ekonomi Digital 

MAGGI® membawa impak kepada lebih 3,500 peserta menerusi Program Pemerkasaan Wanita

MAGGI® mengukuhkan komitmen syarikat untuk memperkasakan wanita dan pemilik perniagaan kecil menerusi Program Mentor Wanita Cukup Berani MAGGI® (‘PMWCBM’). Sempena Hari Wanita Antarabangsa 2023, MAGGI® mengumumkan edisi ketiga PMWCBM dengan usaha sama tiga buah syarikat gergasi teknologi – Google, Meta dan TikTok untuk menawarkan bengkel peningkatan kemahiran dan Masterclass dengan tumpuan terhadap penghasilan kandungan untuk media sosial, perkembangan peribadi dan strategi untuk mengembangkan perniagaan makanan.

Sejak mula dilancarkan pada tahun 2020, program ini telah berjaya memberi impak kepada lebih 3,500 orang wanita di seluruh negara.

Program Mentor Wanita Cukup Berani

Ketika bercakap di majlis pelancaran, YB Dato’ Sri Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), berkata, “Tema Hari Wanita Antarabangsa pada tahun ini, #EmbraceEquity, adalah selaras dengan matlamat Kementerian untuk menggalakkan penyertaan wanita secara aktif sebagai tenaga kerja. Usaha untuk meningkatkan kemahiran wanita dan masyarakat terpinggir dengan kemahiran digital akan memberikan peluang pendapatan yang baharu, seterusnya merapatkan jurang kesaksamaan gender. Kesaksamaan gender memerlukan penglibatan, kerjasama dan sokongan daripada pelbagai pihak yang berkepentingan. Kami berbesar hati menjadi sebahagian daripada usaha sama antara sektor awam dan swasta ini. MAGGI® akan berkolaborasi dengan Kementerian dalam usaha capaian komuniti di peringkat akar umbi dengan tumpuan terhadap kumpulan B40. Program ini akan menyediakan bengkel peningkatan kemahiran dan inisiatif untuk membantu mereka memanfaatkan ekonomi digital.” 

Nestlé meraikan Hari Wanita Antarabangsa setiap tahun untuk menandakan pencapaian dan kejayaan wanita di seluruh dunia.

Program Mentor Wanita Cukup Berani

Juan Aranols, Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé (Malaysia) Berhad berkata “Kami menyedari akan kemajuan yang dicapai oleh wanita setakat ini disamping memperbaharui komitmen untuk terus membawa perubahan yang positif ke arah membina kepelbagaian, kesaksamaan dan keterangkuman untuk seluruh komuniti di Malaysia. Dengan ketibaan era pendigitalan, Nestlé menerusi MAGGI®, menggalakkan kesaksamaan gender dengan meningkatkan kemahiran dan memperkasakan wanita dalam dunia digital. Kami berusaha untuk membantu wanita membina keyakinan diri dan menyumbang kepada kedudukan kewangan yang lebih baik untuk mereka.” 

Berikutan peningkatan pengaruh media sosial dan pertumbuhan landskap digital, para pempengaruh media sosial dan pencipta kandungan memainkan peranan penting dalam capaian jenama.

Terdapat peluang yang besar menanti wanita Malaysia untuk menjana pendapatan yang mampan daripada kandungan berasaskan makanan dan memajukan perniagaan makanan mereka dengan kemahiran dan keupayaan digital.

MAGGI® mengambil langkah yang seterusnya untuk menambahbaik Program Mentor Wanita Cukup Berani MAGGI® menerusi usaha sama dengan peneraju digital terkemuka dunia seperti Google, Meta dan TikTok. 

Program Mentor Wanita Cukup Berani

Bengkel Online Wanita Cukup Berani MAGGI® tahun ini memperkenalkan sebuah modul dalam talian yang baharu untuk para peserta yang mahu memulakan perjalanan mereka sebagai pencipta kandungan berasaskan makanan, sama ada sebagai individu atau pemilik perniagaan.

Peserta juga diberi peluang untuk menyertai Masterclass: Pempengaruh Makanan dan Pencipta Kandungan bersama MAGGI®. Para pakar dari Google, Meta and TikTok berkongsi panduan, nasihat dan amalan terbaik tentang penghasilan kandungan, manakala pempengaruh yang sudah berjaya pula berkongsi kisah mereka untuk memberi inspirasi kepada para peserta.

Selepas proses pemilihan yang ketat, seramai 21 orang pemenang akan dipilih untuk menerima kontrak daripada MAGGI® untuk menyertai program bimbingan eksklusif bagi menjadi pencipta kandungan media sosial berasaskan makanan.

Geetha Balakrishna, Pegawai Eksekutif Perniagaan MAGGI® di Nestlé (Malaysia) Berhad berkata, “Ketika kita semakin maju ke hadapan bagi menyokong wanita dalam usaha untuk meningkatkan kemahiran, kita perlu sentiasa berusaha untuk menjadi lebih baik dan membuat perubahan, tidak kira sekecil mana usaha kita. Kita perlu sentiasa bertanya kepada diri sendiri, ‘Apa perubahan anda hari ini?’. Kami yakin bahawa menerusi Program Mentor Wanita Cukup Berani MAGGI®, kami akan dapat meneruskan usaha dalam menggalakkan wanita untuk melakukan perubahan positif, sejajar dengan semangat ‘Tak Kenal, Tak Cinta’ MAGGI® CukupRasa.”

Stories Rakan Kongsi
Jangan Abaikan Tumbesaran Anak Yang Lebih Besar, Mereka Juga Perlukan Nutrisi Yang Cukup!
Jangan Abaikan Tumbesaran Anak Yang Lebih Besar, Mereka Juga Perlukan Nutrisi Yang Cukup!
8 awesome ideas to keep your child busy
8 awesome ideas to keep your child busy
The moment I realised that my son is not breathing right and what I did afterwards changed his life
The moment I realised that my son is not breathing right and what I did afterwards changed his life
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Program Mentor Wanita Cukup Berani MAGGI® 2023, sila layari https://www.maggi.my/en/maggi-happenings/maggi-cukup-rasa/

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

theAsianparent

  • halaman rumah
  • /
  • Siaran Media
  • /
  • MAGGI® Dengan Usaha Sama KPWKM & Syarikat Teknologi Menyeru Peningkatan Penyertaan Wanita Dalam Ekonomi Digital 
Kongsikan:
  • Kempen Swish & Snap Listerine® Rai 5,000 Senyuman Sihat Bersama Watsons

    Kempen Swish & Snap Listerine® Rai 5,000 Senyuman Sihat Bersama Watsons

  • Karnival Katarak Perdana Kementerian Kesihatan & Hospital Mata Nasional Tun Hussein Onn Memberi Harapan Kepada Rakyat Malaysia Yang Terpinggir

    Karnival Katarak Perdana Kementerian Kesihatan & Hospital Mata Nasional Tun Hussein Onn Memberi Harapan Kepada Rakyat Malaysia Yang Terpinggir

  • TUULYN Menghidupkan Semula Pengalaman Membeli-belah Runcit – Elegan ala Eropah, Mesra ala Malaysia

    TUULYN Menghidupkan Semula Pengalaman Membeli-belah Runcit – Elegan ala Eropah, Mesra ala Malaysia

  • Kempen Swish & Snap Listerine® Rai 5,000 Senyuman Sihat Bersama Watsons

    Kempen Swish & Snap Listerine® Rai 5,000 Senyuman Sihat Bersama Watsons

  • Karnival Katarak Perdana Kementerian Kesihatan & Hospital Mata Nasional Tun Hussein Onn Memberi Harapan Kepada Rakyat Malaysia Yang Terpinggir

    Karnival Katarak Perdana Kementerian Kesihatan & Hospital Mata Nasional Tun Hussein Onn Memberi Harapan Kepada Rakyat Malaysia Yang Terpinggir

  • TUULYN Menghidupkan Semula Pengalaman Membeli-belah Runcit – Elegan ala Eropah, Mesra ala Malaysia

    TUULYN Menghidupkan Semula Pengalaman Membeli-belah Runcit – Elegan ala Eropah, Mesra ala Malaysia

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham