X
TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

12 Produk Ibu & Bayi Terbaik dengan Diskaun Hebat Pada 12.12 Ini!

Promosi 12.12 produk ibu dan anak di Shopee, jangan ketinggalan! Diskaun yang ibu-ibu nantikan selama ini untuk barangan keperluan!

Jualan akhir tahun promosi 12.12 kini kembali lagi! Masanya sudah tiba untuk para ibu semua membeli dan mula menambah stok barangan keperluan semasa hamil, menyusukan anak bahkan barangan bayi sendiri. Bagi memudahkan ibu semua, kami telah sediakan rujukan barangan yang ibu boleh dapatkan pada promosi 12.12 nanti! Pelbagai barangan hebat dari jenama cukup popular yang ditawarkan pada harga yang berbaloi dan menjimatkan. 

 3 Produk Keperluan Ibu Baru yang Terbaik Promosi 12.12

Bergelar seorang ibu adalah salah satu perkara yang sangat mengujakan. Apatah lagi ini merupakan pengalaman pertama. Pelbagai persediaan perlu dilakukan bagi memastikan segala keperluan ada apabila diperlukan. Ibu tidak perlu bimbang lagi jika ada barang keperluan hamil atau menyusu yang ibu terlepas pandang. Ini dia 3 set penjagaan ibu yang wajib anda dapatkan pada promosi 12.12 nanti!

#1. Mama's Choice Pregnancy Care Kit

Istimewa Promosi 12.12 hanya RM72.90

promosi 12.12

Set produk yang terbaik dan dapat memenuhi keperluan penjagaan diri ibu hamil dan juga menyusu. Kesemua produk di dalam set ini telah diuji secara klinikal di makmal Singapura, bagi memastikan kandungannya bebas daripada toksin dan bahan kimia berbahaya seperti paraben, SLS, alkohol dan lain-lain menjadikannya sesuai untuk kulit sensitif! Paling penting, formulasinya adalah semulajadi & 100% halal. 

 Antara produk di dalam Mama's Choice Pregnancy Care Kit adalah seperti (i) Stretch Mark Cream yang membantu mengurangkan kesan regangan (stretch mark) dan dapat melegakan rasa kegatalan kulit semasa hamil! (ii) Non-Fluoride Toothpaste yang direka khas untuk ibu hamil yang sering mengalami masalah loya (morning sickness), gigi sensitif dan ianya diperbuat daripada ekstrak kayu sugi!

 (iii) Natural & Fluoride-Free Mouthwash yang mampu mencegah radang gusi, menyegarkan nafas dan mencegah masalah halitosis (nafas berbau) ketika di peringkat awal kehamilan. Paling ‘best’ sekali, saiz botolnya yang kompak memudahkan anda membawanya ke mana sahaja! (iv) Relaxing Massage Oil pula sangat membantu memberi ketenangan dan keselesaan semasa hamil! Ia diperbuat daripada pati minyak semulajadi oren, lavender dan limau gedang menjadikannya sesuai untuk digunakan di dalam ‘aroma diffuser’

Mama's Choice Pregnancy Care Kit

product imageBeli di Shopee

#2. Mama’s Choice Face Care Bundle

Istimewa Jualan 12.12 hanya RM49.90 

promosi 12.12

Lebih 40% wanita mengalami masalah wajah kusam dan berjerawat semasa hamil oleh kerana perubahan hormon, vaskular dan metabolik yang mendadak. Oleh itu, ibu hamil haruslah sentiasa bersedia dengan memilih ‘skincare’ yang tidak mempunyai kandungan berbahaya, semulajadi dan halal.

Dengan Mama’s Choice Face Care Bundle yang didatangkan bersama pencuci muka (Gentle Face Wash) dan krim pelembap muka (Daily Protection Face Moisturizer) yang diformulasi daripada ekstrak beras dan asid hyaluronik, anda tidak perlu bimbang lagi! Ia dapat mencerahkan kulit anda secara sihat dan semulajadi serta melindungi kulit daripada sinaran UV kerana adanya SPF20! 

Formulanya yang sangat lembut menjadikannya sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif! Ini kerana produk Mama’s Choice tidak mempunyai paraben, bebas sulfat, hipoalergenik dan telah diuji secara dermatologi. Paling baik sekali, anda tidak perlu was-was kerana ianya diyakini halal!

Mama’s Choice Face Care Bundle

product imageBeli di Shopee

#3. Mama’s Choice Hair Loss Bundle

Istimewa Jualan 12.12 hanya RM79.90

Tahukah ibu, ternyata lebih 50% wanita mengalami masalah keguguran rambut selepas bersalin atau menyusu oleh kerana perubahan tahap hormon estrogen yang berkurangan. Tetapi, jangan risau ibu kerana ianya masih boleh diatasi! 

Set penjagaan rambut Mama’s Choice ini khas direka untuk mengatasi masalah rambut gugur selepas bersalin. Formulasi yang digunakan adalah selamat untuk wanita hamil dan selepas bersalin kerana ianya bebas paraben, pewarna tiruan, SLS/SLES dan silikon. Antara produk penjagaan rambut di dalam set ini adalah (i) Treatment Shampoo dan (ii) Treatment Conditioner yang diperbuat daripada bahan semulajadi seperti buah kiwi, kemiri (candlenut) dan kacang hijau yang dikenali dapat mengurangkan rambut gugur dan meningkatkan kekuatan akar rambut. 

(iii) Strengthening Hair Serum ini pula diyakini dapat mengurangkan keguguran rambut sehingga 71% selain daripada merangsang pertumbuhan rambut baru dan menyihatkan kulit kepala. Apa yang kami suka ialah tekstur serumnya yang tidak melekit dan mudah meresap menjadikan ia sesuai buat ibu yang sibuk! Jangan risau ibu, ianya sesuai untuk semua jenis rambut dan 100% halal!

Mama’s Choice Hair Loss Bundle

product imageshop now

2 Jenama Lampin Pakai Buang Bayi yang Terbaik

Tidak dinafikan lampin pakai buang (diaper) memang sangat diperlukan oleh ibu dan bayi itu sendiri. Dengan pemilihan lampin pakai buang yang terbaik, ia dapat membantu bayi mendapat tidur yang berkualiti, aktiviti hariannya tidak terganggu dan sentiasa berada di dalam keadaan selesa serta ceria.

 Di pasaran hari ini terdapat banyak jenama lampin pakai buang yang boleh dipilih. Namun, dua jenama disenaraikan ini adalah antara yang sentiasa menjadi pilihan kami dan ramai ibu! 

 #1. MamyPoko Extra Dry

 Istimewa Jualan 12.12 hanya RM111.60 untuk 4 pek

promosi 12.12

Lampin bayi MamyPoko Extra Dry ini direka khas untuk kulit halus bayi yang baru lahir hinggalah kanak-kanak. Anda tidak perlu rasa bimbang kerana ianya direka untuk mengurangkan kegatalan kulit bayi anda dengan teknologi Speed Air Wave. Bukan itu sahaja, lampin jenama ini memberikan penyerapan air kencing yang cepat dan pengudaraan yang baik untuk mengurangkan kekerapan lampin penuh! 

Apa yang paling kami suka ialah ia menjanjikan kekeringan sehingga 12 jam dan mempunyai petunjuk basah untuk membantu memberitahu bila bayi anda memerlukan pertukaran lampin! 

Sempena jualan 12.12 ini, kami mengesyorkan ibu untuk membeli set 4 pek mereka sekaligus kerana ianya lebih jimat berbanding membeli 1 pek sahaja!

MamyPoko Extra Dry 1

product imageBeli di Shopee

#2. Drypers Wee Wee Dry

Istimewa Jualan 12.12 hanya RM89.56 untuk 3 pek

Drypers Drypantz direka untuk setiap perkembangan dan pertumbuhan bayi anda sambil membenarkan si comel anda bebas bermain dan bergerak dengan selesa! Ia dilengkapi dengan pita pinggang yang sempurna dan pelindung kebocoran yang memeluk lembut pinggang dan peha bayi dengan sempurna bagi mengelakkan kebocoran.

Dengan teknologi Cushion Absorb+™, lampin pakai buang Drypers Drypantz ini mampu memastikan kulit bayi kekal kering dan selesa sehingga 10 jam! Bukan itu sahaja, teknologi Self-Cool Cover™ mampu membebaskan haba dan kelembapan semulajadi melalui liang-liang mikro. Lapisan berliang udara 100% ini membantu pengudaraan agar kulit bayi anda kekal kering walaupun berada dalam cuaca yang panas.

Untuk penjimatan yang lebih hebat, ibu boleh memilih set 3 pek Drypers Drypantz ini semasa jualan 12.12 nanti, ya!

Drypers Wee Wee Dry 1

product imageBeli di Shopee

2 Produk Keperluan Bayi Baru Lahir yang Ibu Wajib Ada

Jangan lupa juga barangan keperluan bayi yang kita boleh dapatkan pada harga cukup berbaloi bersempena dengan jualan 12.12 ini! 

#1. Mama’s Choice Flat Head Prevention Pillow

Istimewa Jualan 12.12 hanya RM59.89

Untuk pengetahuan ibu, Sindrom Kepala Rata atau lebih dikenali sebagai Flat Head Syndrome boleh mudah terjadi kepada bayi baru lahir oleh kerana tengkorak dan ubun-ubun kepala yang masih lembut serta posisi tidur yang terlentang dengan kerap. Sebab itulah, Mama’s Choice menghasilkan Flat Head Prevention Pillow ini!

Dengan rekaan kontur cekung ini, ia mampu mengekalkan bentuk kepala bayi anda dengan baik serta mengurangkan tekanan pada leher bayi menjadikan mereka tidur dengan lebih selesa dan nyenyak. Paling baik sekali, bantal ini diperbuat daripada 100% ‘memory foam’ organik jadi, ianya mempunyai pengudaraan yang baik buat bayi anda!

Apa yang paling kami suka ialah dengan material bantal ini yang lembut dan organik, ia meminimumkan risiko alergi bayi kepada debu dan pepijat jadi, ibu tidak perlu risau jika kulit bayi anda sensitif! Anda boleh mendapatkannya dalam 3 warna yang menarik iaitu biru, merah jambu dan kuning.

Mama’s Choice Flat Head Prevention Pillow

product imageBeli di Shopee

#2. Mama’s Choice Baby Hair & Body Wash

Istimewa Jualan 12.12 hanya RM26.90

promosi 12.12

Diformulasi daripada gabungan bahan semulajadi yang mampu membersihkan tanpa membahayakan kulit sensitif si manja anda, sabun badan dan syampu bayi 2 dalam 1 Mama’s Choice ini adalah pilihan terbaik buat semua ibu! 

Gabungan bahan seperti ekstrak Chamomile yang dapat menyuburkan dan melindungi kulit bayi anda daripada kerengsaan serta menyingkirkan sel-sel kulit mati. Begitu juga dengan haruman Lavender yang dapat memberi rasa tenang dan kesegaran memudahkan bayi anda untuk tidur dengan lebih nyenyak. Akhir sekali, ianya dilengkapi dengan ekstrak Sugar Maple yang membantu melembapkan serta mengekalkan keanjalan kulit. 

Ibu tidak perlu bimbang dengan kandungan lain sabun mandi ini kerana ianya bebas paraben, SLS dan ianya ‘tear-free’! Seperti produk-produk lain Mama’s Choice, sabun badan bayi ini diyakini halal.

Mama’s Choice Baby Hair & Body Wash

product imageBeli di Shopee
 

2 Jenama Susu Formula Terbaik untuk Bayi 

Stok susu formula antara produk yang boleh dibeli semasa jualan 12.12. Ini kerana terdapat banyak penjimatan ditawarkan daripada jenama popular susu formula yang sedia ada di pasaran. Antaranya seperti:- 

#1. Nestle Nan HA Stage 1 Hypoallergenic

Istimewa Jualan 12.12 hanya RM104.99

promosi 12.12

Susu formula Nan HA ini disyorkan untuk bayi yang mempunyai risiko alergi (contohnya, jika ada ahli keluarga lain yang mempunyai alergi). Ia merupakan susu formula premium dari Switzerland dan direka cukup bernutrisi buat bayi berusia 0 hingga 12 bulan.

Antara kelebihan susu ini, ia mengandungi sebahagian campuran protein yang dihidrolisiskan di mana protein susu lembu dipecahkan kepada serpihan kecil untuk penyerapan yang lebih mudah oleh bayi anda. Ia juga mempunyai probiotik untuk memperbaiki mikroflora usus yang membantu mengurangkan masalah cirit-birit.

Nestle Nan HA Stage 1 Hypoallergenic

product imageBeli di Shopee
 

#2. Friso Gold Step 3  

Istimewa Jualan 12.12 hanya RM68.00

promosi 12.12

Friso Gold kini dengan NOVAS Milk Signature berkualiti tinggi yang diformulasikan di Belanda. Ianya mempunyai molekul yang kecil dan struktur yang lembut tanpa sukrosa atau perasa tambahan menjadikannya mudah dicerna oleh si comel anda!

Apa yang kami suka tentang susu ini ialah susunya yang diambil daripada lembu premium yang mempunyai diet tertentu dan dijaga dengan baik! 

Susu formula Friso Gold ini direka untuk kanak-kanak berusia 1-3 tahun.

Friso Gold Step 3

product imageBeli di Shopee

3 Pakaian Hamil dan Selepas Bersalin yang Terbaik 

 #1. Mama’s Choice Maternity Casual Button Dress

Istimewa Promosi 12.12 hanya RM59.90

promosi 12.12

Bagi ibu yang sedang mencari ‘dress’ yang sesuai dan selesa digayakan sewaktu hamil, Mama’s Choice Maternity Casual Button Dress ini adalah pilihan terbaik anda! Ianya boleh digayakan bersama legging kegemaran anda ataupun pakai begitu sahaja. 

Dengan rekaan fabrik yang menggalakkan pengudaraan yang baik dan pemilihan material yang sejuk dan mudah menyerap peluh, anda boleh bebas bergerak ke mana sahaja dengan keadaan selesa sepanjang masa!

Apa yang paling kami suka ialah ‘dress’ ini didatangkan secara eksklusif dengan pelitup muka yang sedondon dengan warna baju menjadikan ia lebih bergaya! Lebih praktikal lagi, ibu bukan sahaja boleh memakainya sewaktu hamil, bahkan sesuai untuk menyusukan anak oleh keran rekaan butang di hadapan.

Mama’s Choice Maternity Casual Button Dress

dari Mama's Choice

product imageBeli di Shopee
product imageBeli di Lazada
product imageBeli di Mama's Choice

 #2. Mama’s Choice Activewear Maternity Leggings  

Istimewa Jualan 12.12 hanya RM39.90

promosi 12.12

Seluar yang boleh membuatkan anda tampil bergaya dan pada masa yang sama dapat memberikan keselesaan untuk kandungan yang semakin membesar.

Material fabriknya sangat lembut dan didatangkan bersama tali di bahagian pinggang yang boleh dilaras mengikut kesesuaian serta tahap keselesaan anda. Direka untuk menyokong perut wanita hamil yang membesar sambil memberikan keselesaan optimum ketika melakukan aktiviti harian!

Paling menarik sekali, Mama’s Choice Activewear Maternity Leggings ini juga mampu mengurangkan sakit belakang semasa hamil tau!

Mama’s Choice Activewear Maternity Leggings 1

product imageBeli di Shopee

#3. Mama’s Choice Postpartum Adjustable Corset

Istimewa Promosi 12.12 hanya RM59.74

Kembalikan bentuk badan ramping dan cantik anda selepas bersalin dengan Mama’s Choice Postpartum Adjustable Corset ini! Dihasilkan daripada fabrik yang lembut dan pengudaraan yang baik, anda tidak perlu risau jika kulit anda akan melecet jika dipakai pada jangka masa yang lama.

Pemakaian korset ini dengan secara konsisten mampu mengempiskan perut, mengecilkan pinggang serta mengecutkan rahim anda ke saiz sebelum anda melahirkan! 

Buat ibu yang mengalami masalah sakit belakang, jangan risau kerana korset ini mampu mengurangkan masalah sakit belakang dan memperbetulkan postur badan anda. Menarik bukan?

Mama’s Choice Postpartum Adjustable Corset 1

product imageBeli di Shopee

Jadi ibu-ibu semua, jangan lepaskan peluang anda untuk dapatkan 12 produk di atas pada promosi 12.12 nanti, ya! 

Pssttt… Anda boleh nikmati penjimatan sehingga 95% dan penghantaran percuma untuk produk jenama Mama’s Choice pada promosi 12.12 ini. Mereka juga turut memberi ekstra diskaun RM50 buat 10 pelanggan pertama, tau! 

Semoga perkongsian ini bermanfaat, selamat ber-shopping! 

Nota Editor: Pautan produk yang disediakan di sini bertujuan untuk membantu memudahkan carian produk untuk pembaca kami. Beli barang adalah mengikut budi bicara anda sendiri. Kami tidak bertanggungjawab atas sebarang pertikaian dan masalah transaksi. Sekiranya anda membeli item dari post ini, theAsianparent mungkin menerima potongan kecil. Setiap item dan harga adalah terkini pada masa pengeluaran; namun, item mungkin habis terjual atau harganya sedikit berbeza pada hari berikutnya.
img

Penulis

theAsianparent

Kongsi artikel ini

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community diiOS danAndroid sekarang!

  • Senarai Barang MyKasih Yang Boleh Anda Tebus Guna Mykad Di Kedai Runcit/ Pasaraya Seluruh Malaysia

    Senarai Barang MyKasih Yang Boleh Anda Tebus Guna Mykad Di Kedai Runcit/ Pasaraya Seluruh Malaysia

  • Keputihan Banyak Tanda Hamil? Ini Cara Yang Tepat Untuk Tahu Anda Hamil Atau Tidak

    Keputihan Banyak Tanda Hamil? Ini Cara Yang Tepat Untuk Tahu Anda Hamil Atau Tidak

  • Keputihan Kuning & Miss V Berbau, Apakah Penyebab Dan Cara Mengatasinya?

    Keputihan Kuning & Miss V Berbau, Apakah Penyebab Dan Cara Mengatasinya?

  • Senarai Barang MyKasih Yang Boleh Anda Tebus Guna Mykad Di Kedai Runcit/ Pasaraya Seluruh Malaysia

    Senarai Barang MyKasih Yang Boleh Anda Tebus Guna Mykad Di Kedai Runcit/ Pasaraya Seluruh Malaysia

  • Keputihan Banyak Tanda Hamil? Ini Cara Yang Tepat Untuk Tahu Anda Hamil Atau Tidak

    Keputihan Banyak Tanda Hamil? Ini Cara Yang Tepat Untuk Tahu Anda Hamil Atau Tidak

  • Keputihan Kuning & Miss V Berbau, Apakah Penyebab Dan Cara Mengatasinya?

    Keputihan Kuning & Miss V Berbau, Apakah Penyebab Dan Cara Mengatasinya?

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham