Setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga tidak akan terlepas berdepan pelbagai ujian. Paling menyedihkan apabila belum direzekikan cahaya mata meskipun sudah bertahun kahwin. Justeru ada yang membuat keputusan melakukan proses IVF walaupun kosnya agak tinggi.
Tidak semua orang diberikan rezeki anak dengan mudah. Namun apa yang pasti, teruskan berusaha ikhtiar hamil dan bermohonlah pada Yang Maha Esa agar dipermudahkan hajat anda.
Suami isteri sepakat buat proses IVF, selepas 22 tahun menantikan zuriat
Baru-baru ini, perkongsian oleh seorang pakar kesuburan, Dr Tee telah mengukir senyuman ramai pengguna media sosial. Rata-ratanya tumpang gembira dengan kisah dilalui oleh pesakit wanitanya yang dikenali sebagai NMS.
Penantian TTC* Paling Lama dan berjaya (22 tahun) “Paling lama Menunggu dan Berjaya”
Pesakit NMS sangat gembira miliki sebuah keluarga, akhirnya selepas menunggu 22 tahun. Pasangan ini memulakan TTCnya tidak lama selepas berkahwin 22 tahun yang lalu.
10 tahun mencuba & masih menunggu untuk dapatkan cahaya mata. Kemudian dia melakukan 3 kitaran IVF/FET. Namun tidak berjaya. Kemudian sabar menunggu sehingga 8 tahun lagi.
Kemudian membuat keputusan untuk TTC semula & mula mencari pusat dengan kadar kejayaan yang tinggi.
Kitaran pertamanya di Metro mencapai kehamilan tetapi gagal. Kitaran ke-2 beliau juga mencapai kehamilan dan menjadikan NMS, wanita TTC Malaysia yang paling lama berjaya memiliki keluarga selepas 22 tahun & pada usia 43.
Minggu lepas, NMS membawa keluarganya ke Metro untuk berkongsi kegembiraan.
Dia kata “Bolehkah saya cuba hamil lagi?”
Saya kata: “Sudah tentu, awak masih mempunyai embrio beku bersama kami”
Tahniah kepada NMS & suaminya (penyayang & menyokong)
Pengalaman TTC penuh dengan harapan dan kebimbangan
Kepada pesakit kami NMS, keibubapaan adalah perjalanan yang paling ajaib dalam hidupnya. Selepas perkahwinan selama 22 tahun, dia akhirnya mempunyai bayi sendiri (lihat gambar)😄
Perjalanan TTC* NMS dipenuhi dengan harapan, impian & kebimbangan. Dia telah mencuba pelbagai rawatan selama 10 tahun sebelum dia meneruskan dan melakukan 3 kitaran proses IVF di pusat lain.
Kemudian dia mendengar tentang Metro dan datang untuk mendapatkan nasihat. Rizab Ovariannya rendah & proses IVF dia diterima dengan serta-merta.
Kitaran pertamanya positif Bhcg & beg preggy tetapi malangnya berakhir dengan keguguran. Harapan & impiannya masih hidup dan walaupun pada usia 42 tahun. Dia membuat perubahan gaya hidup & Akupuntur Kesuburan sebelum kitaran keduanya.
Paling menggembirakan adalah apabila kami mendapat tahu bahawa kitaran kedua beliau berjaya.
Walau bagaimanapun ketika kandungan 28 minggu, dia mengalami masalah ketidakcekapan serviks & cerclage serviks telah dimasukkan untuk membantu kehamilannya mencapai tempoh matang.
NMS akhirnya melahirkan bayi yang sihat seberat 2.9kg. Hadiah ajaib dan tidak disangka-sangka pada usianya yang ke-43 tahun.
Tips penting ketika ikhtiar hamil
Bagi anda yang sedang ikhtiar hamil atau TTC, perlu mengetahui antara punca susah ‘lekat’ adalah kerana hormon yang tidak stabil, period tidak teratur, masalah berat badan atau PCOS (Polycystic Ovarian Syndrome).
Berikut beberapa tips penting sekiranya anda ingin berusaha dapatkan cahaya mata:
#1. Ambil tahu bilakah waktu subur. Ia adalah tempoh untuk telur wanita disenyawakan dengan sperma. Setiap wanita mempunyai kitaran ovulasi berlainan.
#2. Amalkan asid folik lebih awal. Tidak hanya isteri, suami pun boleh mengambil asid folik ini. Fungsinya bukanlah menambah kesuburan, akan tetapi ia menjadi persediaan sebelum mengandung bagi mengelakkan risiko bayi lahir cacat.
#3. Jaga pemakanan dan kurangkan kafein. Pastinya anda dan suami mengambil makanan berkhasiat, untuk beberapa bulan sebelum TTC, elakkan makanan proses atau segera. Kurangkan pengambilan kafein seperti teh, kopi dan milo kerana ia boleh mengurangkan tahap kesuburan.
Semoga bermanfaat!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Hukum Bayi Tabung Uji @ Rawatan IVF Boleh Jadi HARAM Jika Anda Buat Perkara Ini
Baca juga: 8 Tahun Tunggu Nak Buat IVF, Akhirnya Doktor Bagi Jawapan Wanita Ini Kena Buang Rahim
Baca juga: Adakah Bayi Yang Terhasil Dari Rawatan IVF Sihat Seperti Bayi Normal? Ini Jawapan Pakar