Prudential Malaysia Perkenal PRUAII Care Bagi Menambah Perlindungan Penyakit Kritikal

Prudential Malaysia merupakan syarikat insurans yang menawarkan pelan perlindungan untuk seisi keluarga. Jom ketahui mengenai pelan PRUAII

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Setiap ahli keluarga amat digalakkan memiliki perlindungan atau insurans diri bagi mengelakkan berlakunya sebarang perkara tidak diingini. Tahukah anda Prudential Malaysia kini menawarkan pelan perlindungan komprehensif untuk Penyakit Kritikal?

Sebenarnya masih ramai tidak menyedari akan kepentingan perlindungan, sehinggalah berlaku sesuatu yang buruk kepada diri sendiri atau ahli keluarga. Pepatah ada mengatakan 'Sediakan payung sebelum hujan' kerana tiada siapa yang tahu apa yang akan berlaku pada hari esok.

Prudential Malaysia perkenal pelan perlindungan komprehensif

Bagi meningkatkan perlindungan kepada para pelanggan, Prudential Malaysia Assurance Berhad (PAMB) telah memperkenalkan pelan perlindungan komprehensif pertama seumpamanya iaitu PRUAII Care.

Ia memanjangkan perlindungan meliputi Penyakit Kritikal dengan adanya perlindungan selepas pembedahan pemulihan, diagnosis kesihatan mental dan sokongan rawatan rapi.

Menurut Ketua Pelanggan dan Pegawai Pemasaran PAMB, Eric Wong berkata, Prudential Malaysia sentiasa berusaha memberikan ketenangan hati kepada para pelanggan apabila mereka berhadapan dengan Penyakit Kritikal.

Justeru kami telah menambah pelan insurans perubatan yang meliputi kemasukan ke hospital dan perubatan kos rawatan. PRUAII Care turut menyediakan perlindungan bagi membantu meringankan tekanan kewangan yang dihadapi oleh para pelanggan ketika melalui tempoh pemulihan.

Dengan pelan ini, anda boleh menggunakan bayaran sekaligus sebagai gantian pendapatan untuk menampung segala perbelanjaan sara hidup asas dan kos pemulihan seperti peralatan perubatan tambahan, penjagaan kejururawatan, elaun perjalanan, ubat-ubatan tambahan dan sebagainya.

Perlindungan yang lebih luas apabila dilanda Penyakit Kritikal

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apa yang menjadikan PRUAII Care ini unik ialah pendekatan inovatif mereka meluaskan perlindungan di luar daripada senarai Penyakit Kritikal yang meliputi penyakit memerlukan pembedahan major dengan kemasukan hospital dan keperluan untuk rawatan rapi.

Prudential menyedari bahawa keadaan ini dikenali sebagai 'Penyakit Serius' boleh memberi gangguan kewangan yang cukup besar dan anda mungkin memerlukan tempoh pemulihan yang agak panjang.

Tambah Eric, penyakit serius tidak hanya menjejaskan kesihatan fizikal sahaja. Malah memberi kesan terhadap emosi setiap pesakit untuk bangkit semula.

''Kami juga memahami akan kepentingan kesihatan mental dan kesannya terhadap kesejahteraan seseorang secara keseluruhan. PRUAII Care menyediakan perlindungan kesihatan mental seperti Severe Major Depressive, Skizofrenia, Gangguan Bipolar, Gangguan Obsesif-Kompulsif, Gangguan Spektrum Austisme (ASD), Sindrom Tourette (TS) dan Gangguan Hiperaktif Defisit (ADHD).

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pelanggan yang disahkan dengan mana-mana penyakit berkaitan mental daripada senarai ini berupaya menerima sehingga 20 peratus daripada jumlah perlindungan secara sekaligus pembayaran.

Baru-baru ini pihak Prudential Malaysia sempat menemu bual rakyat Malaysiia berusia antara 20 hingga 40 tahun. Hasil yang diperoleh mendapati bahawa mereka sedar sepenuhnya akan kepentingan penjagaan pemulihan selepas disahkan mengalami penyakit serius.

Keadaan ini sekaligus membuatkan mereka mendapatkan sokongan kewangan sepanjang tempoh pemulihan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pelaburan untuk perlindungan kesihatan yang amat berbaloi

Bersempena dengan pelancaran PRUAII Care, Prudential menyediakan Peti Penjagaan Kesihatan Watsons yang disusun khas bernilai lebih RM100 kepada pelanggan yang mendaftar hari ini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Selain itu, anda juga boleh menikmati pulangan tunai premium sebulan pada apabila melanggan PRUAII Care bersama PRUWith You atau PRUWealth Plus. Untuk maklumat lanjut, anda boleh terus melayari website PAMB.

Prudential Assurance Malaysia Berhad (PAMB) ialah syarikat insurans yang terkemuka dan inovatif. Ia memenuhi keperluan simpanan, perlindungan dan pelaburan rakyat Malaysia dengan menawarkan rangkaian penuh penyelesaian kewangan melalui cawangannya, pasukan agensi atau rakan kongsi di seluruh negara.

Tujuannya adalah untuk membantu orang ramai memanfaatkan kehidupan mereka dengan menjadikan penjagaan kesihatan mampu milik, boleh diakses, melindungi kekayaan dan mengembangkan aset mereka.

Justeru perlindungan atau insurans memberi manfaat kepada orang yang menyertai bukannya perunding. Perlindungan ini bukan untuk mengkayakan perunding atau peserta, tetapi ia lebih daripada itu. 

Oleh hal demikian, ambillah pelan perlindungan ketika anda masih muda dan sihat. Ia memberikan pulangan yang tinggi apabila mencapai tempoh matang. Pada zaman kini, terdapat banyak pakej yang boleh anda nikmati sebagai pemilik isnurans seperti bantuan perubatan, kecemasan, simpanan hari tua, pendidikan dan sebagainya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 5 Insurans Simpanan Terbaik Di Malaysia Yang Boleh Anda Pilih!