Cuba Tanya 47 Soalan 'Korek Rahsia' Ini Kepada Anak-Anak Anda, Dan Lihat Respon Mereka!

Kajian menunjukkan kanak-kanak akan bertanya lebih 300 soalan sehari, dan sementara ia mungkin sedikit sebanyak menganggu anda, dengan menjawab setiap persoalan anak anda akan membantu mereka membuka minda dan psikologi kanak-kanak. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Antara perkembangan psikologi kanak-kanak adalah mereka suka bertanya. Pantang ada sesuatu yang dipandangnya akan terus dia bertanya.

Kajian menunjukkan kanak-kanak akan bertanya lebih 300 soalan sehari, dan sementara ia mungkin sedikit sebanyak menganggu anda, dengan menjawab setiap persoalan anak anda akan membantu mereka membuka minda dan psikologi kanak-kanak. 

Menurut kajian dari University of Michigan, anak suka bertanya bukan sebab nak ganggu ibu bapanya tetapi mereka memang perlukan penjelasan yang khusus dari persoalan itu.

Pendek kata, mereka nak jawapan betul, bukan main-main. Berdasarkan kajian itu lagi, anak suka bertanya akan berhenti menyoal ‘kenapa’ sekiranya jawapan yang diberikan memuaskan hati dan ia berkaitan dengan psikologi kanak-kanak, di mana, apabila soalan dijawab maka mereka akan berhenti bertanya.

Namun jika mereka masih tidak berpuas hati mungkin kerana anda jawab acuh tak acuh, mereka akan berterusan bertanya kenapa dan kenapa. 

Namun kali ini cuba anda mengambil tempat mereka dan tanyakan 63 soalan ini kepada anak anda! Ia boleh memberi efek kepada perkembangan psikologi kanak-kanak, baik dari segi kognitif, emosi dan juga sosial! Dengan cara ini juga anda boleh mengenali mereka dengan lebih rapat dan seronok juga mendengar jawapan mereka ini!

47 soalan menarik untuk bertanya kepada anak

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

credit to sources

Soalan untuk kanak tiga tahun ke prasekolah

  1. Kalau anak patung awak boleh bercakap, apa yang mereka akan cakap?
  2. Apa yang awak rasa bila ibu peluk awak?
  3. Kalau awak boleh melukis apa saja sekarang ini, apa yang awak nak lukis?
  4. Awak rasa nak mimpi apa malam ni?
  5. Bunyi apa yang awak suka?
  6. Kalau awak boleh bermain di luar sepanjang hari, apa yang awak nak buat?
  7. Awak rasa macam mana haiwan bercakap?
  8. Cuba ceritakan hari yang seronok bagi awak macam mana? Apa yang boleh buat ia istimewa?
  9. Haiwan apa yang awak rasa pandai memandu?
  10. Awak suka tak berkongsi? Mainan ke makanan ke? Kenapa?
  11. Dalam banyak-banyak cerita awak tengok, yang mana karakter kesukaan awak?
  12. Apa yang awak nak lakukan sendiri? Tanpa pertolongan ibu dan ayah?
  13. Kalau awak boleh beri nama baru pada seluruh keluarga kita, apa awak nak namakan mereka?
  14. Apa yang membuatkan awak happy?
  15. Kalau awak boleh buat apa saja sekarang, apa yang awak akan lakukan?
  16. Kalau awak ada haiwan peliharaan, awak nak namakan dia apa?
  17. Apa yang awak akan lakukan bersama dengan haiwan peliharaan awak?

Soalan untuk anak yang sudah masuk tadika

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

credit to sources

  1. Kalau awak boleh bawa satu benda yang awak suka ke sekolah, apa dia?
  2. Apa yang boleh buat awak ketawa?
  3. Kalau awak boleh buka kedai, awak nak jual apa?
  4. Kalau awak boleh jadi superhero, awak nak jadi apa? Dan apa nama awak nak?
  5. Kalau boleh tanam apa-apa dekat laman kita, awak nak tanam apa?
  6. Apa yang awak suka beri kepada kawan-kawan?
  7. Awak senyum dan ketawa tak hari ini?
  8. Bayangkan awak seorang tukang masak, awak nak masak apa untuk ibu hari ini?
  9. Kalau awak boleh travel ke mana saja, awak nak pergi mana? Dan nak naik apa?
  10. Kalau awak boleh tanya seekor haiwan liar, apa yang awak nak tanya?
  11. Apa yang awak suka tentang alam sekitar?
  12. Awak hari ini ada tugasan untuk ambil gambar, apa yang awak nak tangkap?
  13. Kalau awak boleh jadi serangga, nak jadi apa?
  14. Awak nak tak belajar bahasa lain?
  15. Kalau awak boleh reka satu hari cuti, awak nak namakan dia apa?
  16. Apa makanan yang paling tak sedap awak pernah makan?
  17. Kalau awak boleh reka satu peraturan untuk rumah ini, apa dia?
  18. Apa yang membuatkan seseorang itu pandai?

Soalan untuk kanak-kanak yang lebih besar

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

  1. Apa yang awak impikan sekarang?
  2. Beritahu ibu satu benda tentang awak yang ibu tak tahu?
  3. Apa yang awak dan rakan-rakan awak plan untuk esok?
  4. Memori apa yang buatkan awak happy?
  5. Apa yang buat awak tak sabar untuk lakukan apabila bangun pagi?
  6. Awak di pantai, apa benda pertama yang anda mahu lakukan?
  7. Apa yang membuat awak berani?
  8. Apa yang buat awak rasa disayangi?
  9. Kalau awak boleh menulis buku, awak nak tulis buku apa?
  10. Apa yang awak suka tentang kawan-kawan awak?
  11. Apa yang suka tentang kakak/adik/abang awak?
  12. Kalau awak ada duit RM100 awak nak beli apa?

Jangan risau kalau anak-anak anda menjawab seperti acuh tak acuh, mereka sebenarnya sedang berfikir dan mengambil serius dengan soalan-soalan anda. Ada kemungkinan juga mereka takut untuk memberi jawapan yang salah, sedangkan tiada jawapan yang salah kepada soalan-soalan berikut. Ibu ayah bolehlah cuba dan tengok respon anak, malah bentuk soalan ini dapat memberi inspirasi kepada mereka membentuk soalan yang bagus dari segi perbualan sosial mereka kelak!

Sumber: Parents

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Anak Tak Duduk Diam, Suka Berlari & Melompat Sebenarnya Miliki Kecerdasan Kinestetik Yang Tinggi

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan