Hukum Puasa Pada 1 Syawal Mengikut Mufti

Hukum puasa 1 Syawal ialah haram. Ini kerana hari itu adalah hari kemenangan yang harus dirayakan dengan penuh kegembiraan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Hukum puasa 1 Syawal ialah haram. Ini kerana hari itu adalah hari kemenangan yang harus dirayakan dengan penuh kegembiraan.

Puasa 1 Syawal Haram

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Puasa itu adalah hari kalian berpuasa dan Aidilfitri adalah hari kalian berbuka…” (Hadis riwayat at-Tirmidzi dan Abu Dawud)

Hadis itu menjelaskan, pada 1 Syawal umat Islam dilarang berpuasa kerana itu masa untuk menunjukkan Ramadan sudah berlalu dan tuntutan Ramadan sudah berakhir.

Puasa 1 Syawal Dilarang Dalam Islam

Kredit: Deenamik

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Puasa sunat enam Syawal paling awal boleh dimulakan pada 2 Syawal. Ini kerana tarikh 1 Syawal adalah hari Aidilfitri dan umat Islam dilarang daripada berpuasa pada hari tersebut. 

Abu Hurairah ra berkata: “Nabi SAW melarang puasa pada hari (Aidil) Fitri dan (Aidil) Adha.” (Bukhari no: 1991).

Tempoh Haram Berpuasa

Tempoh haram puasa adalah tempoh masa orang Islam dilarang berpuasa. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  1. Puasa pada Hari Raya Aidilfitri (1 Syawal)
  2. Puasa pada Hari Raya Aidiladha (10 Zulhijjah)
  3. Puasa pada hari-hari Tasyrik (11, 12, dan 13 Zulhijjah)

Puasa Diharamkan Sementara Bagi Golongan Ini

Terdapat juga tempoh apabila puasa diharamkan sementara atas sebab tertentu:

  1. Puasa Hari Syak iaitu hari ke-30 Sya’ban (puasa kerana tidak pasti Ramadan sudah masuk atau belum)
  2. Puasa wanita yang mendapat haid dan nifas
  3. Puasa sunat seorang wanita tanpa izin suaminya
  4. Puasa bagi orang sakit yang bimbang berlakunya mudarat ke atas dirinya
  5. Puasa untuk orang lain dan yang ghaib serta tidak diniatkan kepada Allah SWT

Makruh Berpuasa

Ada juga tempoh di mana puasa bersifat makruh, seperti puasa sunat hari Jumaat tanpa diiringi puasa pada hari Khamis atau Sabtu atau apabila diajak ke walimatulurus.

mstar

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Jangan Gopoh Ajar Anak Puasa, Ikuti 8 Tips Melatih Anak Berpuasa Dengan Rela Hati

Baca juga: Doa Malam Lailatul Qadar & Amalan 10 Malam Terakhir Ramadan

Baca juga: 10 Amalan Sunat Hari Raya Aidilfitri Mengikut Sunnah Nabi

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Lala Annuar