Jangan Ikut Diet Water Fasting! BAHAYA Untuk Kesihatan, Boleh Buat Otak Bengkak & Koma!

Tular di laman sosial baru-baru ini mengenai puasa air atau water fasting untuk turun berat badan dengan cepat sedangkan ia bahaya!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jika diri mula rasa tidak selesa dengan badan sendiri akibat kenaikan berat badan, pelbagai cara akan dilakukan untuk menurunkan berat badan. Kini timbul kembali pengaruh water fasting atau puasa air di laman sosial baru-baru ini.

Dikatakan ada yang berat dari 56 kilogram kepada 49 kilogram dalam masa 5 hari! Wanita itu dikatakan tidak makan nasi lima hari dan berjaya turun 7 kilogram dalam masa 5 hari selepas lakukan water fasting. 

Bagi yang baru dengar pasti teruja. Yelah siapa yang tidak mahu turun berat secepat itu, tetapi jangan lupa banyak risikonya.

Water fasting, puasa air bahaya untuk badan

Menurut Dr Irma Izzati, puasa air ini banyak risikonya kepada sistem badan seseorang. Katanya, bagi sesiapa yang berniat untuk buat puasa seperti ini, dinasihatkan batalkan saja niat itu.

Pasti ada juga ibu baru lepas bersalin yang nak buatkan? Nak cepat turun berat badan. Sila fikirkan kembali sebelum anda teruskan tindakan itu ya. 

Menurut Dr Irma, anda boleh keracunan air, koma dan otak bengkak kerana terlalu banyak minum air. Badan kita perlukan gizi, jika hanya minum air saja, daripada anda akan dapat khasiat makanan?

Buat suku-suku separuh lebih baik

Ada cara yang lebih baik untuk anda turunkan berat badan secara sihat iaitu suku-suku separuh. Suku karbohidrat, suku protein dan separuh sayur dan buah-buahan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Yang penting cukup semuanya dan tidak perlu lah menyeksa diri. Pastikan makanan yang diambil cukup khasiat untuk badan anda berfungsi dengan sebaiknya.

Amalkan gaya hidup sihat

Selain itu, anda juga boleh amalkan gaya hidup sihat dengan bersenam. Apa salahnya letak kenderaan jauh sikit apabila ke pejabat. Lupakan lif, naik saja tangga.

Itu anda senaman secara tidak langsung yang anda boleh buat untuk memastikan anda sentiasa aktif. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Cara turunkan berat lepas bersalin dengan berkesan

Lepas bersalin ramai yang mengadu mengalami kenaikan berat badan dan sukar untuk turunkannya. Kali ini kami kongsikan cara anda turunkan berat badan lepas bersalin dengan berkesan. 

#1. Amalkan pemakanan sihat sejak hamil

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sejak mengandung lagi, seelok-eloknya tabiat pemakanan dikawal. Mungkin ada hari-hari tertentu yang anda teringin untuk makan sesuatu, makan sajalah. Cuma jangan jadikan alasan mengandung sebagai alasan untuk anda 'makan untuk dua orang'.

Konsep salah ini yang menyebabkan berlakunya peningkatan berat badan mendadak semasa hamil adalah tidak sihat dan boleh mengundang risiko terhadap kehamilan.

Selepas bersalin juga, rutin pemakanan yang sihat semasa berpantang sangat membantu untuk mencepatkan pemulihan luka bersalin, memberi tenaga dan membantu menurunkan berat badan. Tukarkan diet harian kepada pemakanan yang lebih sihat supaya bayi mendapat nutrisi yang mencukupi.

#2. Aktif bergerak

Bagaimanapun hati-hatilah. Seminggu dua selepas bersalin janganlah pula anda buat aktiviti terlalu lasak, laju berjalan ke sana ke mari. Beri masa untuk badan anda sembuh terlebih dulu.

Berjalan-jalan dalam rumah atau perkarangan luar rumah untuk mengambil angin luar.  Pergerakan ini dapat membantu otot-otot kembali kuat dan mengekalkan paras jisim tulang yang sihat.

#3. Guna bengkung

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pemakaian bengkung secara konsisten dikatakan dapat menjaga bentuk badan. Dengan pemakaian bengkung yang sesuai, badan secara automatik akan rasa cepat kenyang. Ia juga berfungsi untuk membakar lemak dan membuang lebihan angin dalam badan.

Bagi yang bersalin secara pembedahan adalah disyorkan untuk memakai bengkung moden tanpa perlu mengikat. Jika takut terlanggar bekas luka jahitan, lapikkan dengan tuala wanita bersih sebelum memakai.

Walaupun tempoh berpantang sudah habis, anda masih boleh terus memakai bengkung supaya bentuk badan yang langsing dapat dikekalkan.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Selamatkah Diet Atkins Buat Ibu Menyusu Badan? Sila Ambil Tahu Perkara Ini Dahulu!

Baca juga:Cadangan Makanan Diet Malam Ibu Menyusu, Berat Tak Naik, Susu Tetap Meriah!

Baca juga: 9 Menu Diet Sihat Untuk Ibu Lepas BERSALIN, Susu Badan Pun Melimpah Ruah!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Lala Annuar