Tak Sempat Ganti Puasa Tahun Lepas, Ini Kadar Bayaran Fidyah Ikut Negeri Tahun 2023

Puasa ganti adalah kewajiban bagi ibu yang tidak berpuasa pada Ramadhan kerana uzur syarie. Namun bagaimana jika tidak sempat qada puasa ini?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Mungkin ada ibu yang mempunyai niat untuk puasa ganti sebaik sahaja melahirkan bayi. Namun beberapa halangan mungkin membuatkan anda tak sempat ganti puasa tahun lepas. Sedar-sedar bakal memasuki bulan Ramadhan lagi.

Rukun Islam yang ketiga adalah umat Islam diwajibkan berpuasa selama sebulan di bulan Ramadhan. Sekiranya tidak dapat menunaikannya, maka anda perlu ganti puasa atau qada pada hari yang lain.

Tak sempat puasa ganti tahun lepas

Setiap kali tibanya bulan Ramadhan, ramai yang akan cuba untuk ganti puasa yang ditinggalkan pada tahun lepas. Namun ada juga sesetengah tidak dapat melakukannya disebabkan alasan tersendiri seperti datang bulan ataupun keuzuran.

Justeru antara perkara wajib anda perlu laksana adalah membayar denda atau fidyah (jika ibadah qada tidak sempat dilakukan sebelum tibanya bulan Ramadan tahun ini).

Walaupun perkara ini kerap kali dibicarakan setiap kali menghampiri bulan Ramadhan, namun masih terdapat segelintir pihak yang masih keliru sama ada mereka hanya perlu mengqada puasa, membayar fidyah ataupun melakukan kedua-duanya sekali.

Ketua Jabatan Dakwah dan Perundingan, Divisyen Syariah dan Dakwah, Lembaga Zakat Selangor, Hamizul Abdul Hamid  telah memberi contoh situasi yang mana seorang perempuan mengalami datang bulan bagi tempoh tujuh hari pada 2020.

Perempuan tersebut sepatutnya perlu qada puasa setelah tamat bulan Ramadan pada tahun yang sama sebelum masuk bulan Ramadan pada tahun 2021.

Jika tak sempat ganti puasa pada tahun sama, dia perlu bayar fidyah bersamaan tujuh cupak beras.

"Walaupun dia dah qada tujuh hari, tetapi dia qada lambat. Kalau ganti puasa pada 2020 sebelum masuk (Ramadan) 2021, maka dia hanya kena qada sahaja.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

"Jika dah masuk Ramadan tahun yang baru, dia kena melakukan dua-dua iaitu kena qada dan fidyah," katanya ketika menjadi tetamu undangan dalam segmen Salam Bros di radio Zayan pada Rabu.

Bila fidyah perlu dibayar

Fidyah ialah denda ke atas seseorang Islam yang telah baligh kerana melakukan sesuatu perkara yang melibatkan pelanggaran terhadap hukum puasa, haji dan yang berkaitan.

Jika ia melibatkan hukum mengenai ibadah puasa, fidyah dikenakan kerana meninggalkan puasa wajib atas sebab-sebab tertentu atau pun sengaja melewatkan puasa ganti (qada) bulan Ramadhan.

Bagi anda yang tertanya bila fidyah perlu dibayar, ulama bersepakat menyatakan waktu bayar fidyah bermula sebaik sahaja ibadah berkenaan tidak dapat disempurnakan.

Namun waktunya tidak terhad pada satu tempoh yang tertentu. Justeru digalakkan untuk disegerakan bagi mengelakkan ia tertangguh.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Syarat bayar fidyah: golongan yang wajib puasa ganti & bayar fidyah

  1. Perempuan hamil yang bimbangkan keselamatan kandungan jika berpuasa Ramadan
  2. Bagi kes wanita tidak puasa kerana bimbang keselamatan dirinya ketika hamil dan yang menyusukan anak, juga kerana haid atau pemusafir dan orang yang sakit kemudiannya sembuh, jika mereka tidak segera mengqada puasanya hingga masuk Ramadan tahun hadapan.
  3. Perempuan yang menyusukan anak dan bimbangkan keselamatan bayinya jika berpuasa Ramadan.
  4. Perempuan yang haid sehingga menghalangi puasa Ramadan dan tidak menggantikan puasanya sebelum tahun berikutnya.

Golongan yang wajib bayar fidyah sahaja

  • Orang tua yang sangat uzur dan tidak mampu berpuasa Ramadan.
  • Orang yang sakit dan tiada harapan sembuh

Cara kira fidyah puasa

Harga bayaran fidyah dikira berdasarkan harga beras semasa iaitu secupak. Ia berubah mengikut harga semasa yang ditetapkan oleh pemerintah di sesuatu tempat.

Beras hasil bayaran fidyah pula perlu disalurkan kepada fakir miskin. Bagi mengira fidyah yang perlu dibayar, kiraan adalah seperti formula di bawah;

Bilangan hari tidak berpuasa X kadar fidyah = Fidyah yang perlu dibayar.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apa itu gandaan fidyah puasa?

Sekiranya puasa ditinggalkan sehingga beberapa tahun, ada sesetengah negeri yang menetapkan fidyah perlu didarab dengan bilangan tahun yang ditinggalkan.

Sebagai contoh, jika puasa ditinggalkan pada tahun 2016 (1437 H), bilangan tahun perlu dikira bermula tahun 2017 (1438 H) sehingga 2022 (1443 H).

Maka, kiraan bagi negeri yang perlu digandakan adalah seperti berikut:

Tahun pertama 1437 H hingga 1438 H tidak perlu dikira kerana ia masih di dalam tempoh boleh qadha puasa dan belum masuk Ramadan berikutnya.

Bilangan hari tidak berpuasa X kadar fidyah X Bilangan tahun yang ditinggalkan = Fidyah yang perlu dibayar

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kadar bayaran fidyah mengikut negeri tahun 2023

Kedah: RM1.80
Gandaan : Pilihan atas kemampuan
Kalkulator online & Bayaran online: www.maik.gov.my/

Perlis: RM5.00
Gandaan : Tidak dikenakan
Bayaran online : www.maips.gov.my/ (Bayaran bank melalui bank transfer)

Pulau Pinang: RM1.75
Gandaan : Ya
Kalkulator online : zakatpenang.com/zpp/ppzakat/fidyah.php

Perak: RM1.90
Gandaan : Ya
Kalkulator Online : fidyah.maiamp.gov.my/

Selangor: RM2.00 (*RM2.00 / RM4.00 / RM6.00 ikut jenis beras dimakan)
Gandaan : Ya
Kalkulator online : www.zakatselangor.com.my/info-zakat/zakat-kewajipan-berzakat/fidyah/

Wilayah Persekutuan: RM4.00
Gandaan : Pilihan Ikut Kemampuan
Kalkulator Online : www.zakat2u.com.my/kalkulator/fidyah

Negeri Sembilan: RM1.75
Gandaan : Ya
Kalkulator online : www.mains.gov.my/fidyah/fidyah.php

Melaka: RM1.80
Gandaan: Ya
Kalkulator Online : fidyah.maim.gov.my/

Johor: RM1.75 (*Kadar RM1.75 / RM3.25 ikut jenis beras dimakan)
Gandaan : Ya
Laman web: www.maij.gov.my/baitulmal/kadar-fidyah

Pahang: RM1.75
Gandaan : Ya
Kalkulator Online : zakatpahang.my/fidyah/

Terengganu: RM1.75
Gandaan : Ya
Kalkulator Online : app2.maidam.gov.my/sistemfidyah/index.php

Kelantan: RM1.75
Gandaan : Ya
Kalkulator online : zakat.e-maik.my/v8/kalkulator/kira_fidyah.php

Sarawak: RM1.75
Gandaan : Ya

Sabah: RM1.75
Gandaan : Ya
Kalkulator Online : baitulmal.sabah.gov.my/kalfid.php

Dengan kemudahan teknologi masa kini, anda boleh terus bayar fidyah online menggunakan telefon pintar. Jadi, tiada alasan untuk melengahkan fidyah puasa ini kerana di mana-mana sahaja anda boleh membayarnya.

Semoga bermanfaat!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Tips Persediaan Menu Ramadhan Untuk Ibu-Ibu Yang Sibuk, Masak Awal Lebih Senang!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Baca juga: Pakar Laktasi Kongsi Tips Puasa Penuh Ibu Menyusu Badan, Tidak Perlu Qada Tahun Depan!

Baca juga: Cara Buat Pati Kurma Segar Untuk Sahur, Energy Booster Ibu Mengandung & Menyusu