Umat Islam dijadual berpuasa pada 12 Mac ini. Bagi yang ingin menggantikan puasa pasti ramai yang mahu tahu adalah dibolehkan puasa sehari sebelum Ramadhan dalam Islam?
Puasa Sehari Sebelum Ramadhan, Adakah Dibolehkan?
Berdasarkan hadith Muttafaqun ‘alaih secara umumnya melarang seseorang itu untuk berpuasa pada sehari atau dua hari sebelum masuknya bulan Ramadan.
Namun, diberikan pengecualian bagi seseorang yang sudah melazimi puasa sunat, kemudian hari kebiasaan dia berpuasa jatuh pada hari larangan tersebut.
Puasa Sehari Sebelum Ramadhan Atau Dua Hari Sebelum
Jika anda ingin puasa ganti sehari sebelum Ramadhan anda perlu pastikan anda tidak tergolongan dalam golongan ini. Yang mana larangan berpuasa sehari dan dua hari sebelum Ramadhan adalah kepada sesiapa yang tidak menjadi kebiasaannya berpuasa pada hari-hari yang lain.
Tambahan pula, 30 atau 29 Sya’ban adalah termasuk di dalam hari Syak (يوم الشك) maka para fuqaha’ mengharamkan berpuasa pada hari tersebut.
Hadith Muttafaqun ‘alaih Mengenai Puasa Sehari Sebelum Ramadhan
Berdasarkan hadith Muttafaqun ‘alaih (متفق عليه) iaitu disepakati akan kesahihannya oleh Imam al-Bukhari dan Imam Muslim. Ini merupakan tahap hadith sahih yang paling tinggi kerana ia disepakati oleh dua Imam yang besar dalam bidang hadith.
Hadith itu bermaksud:
Tidak dibolehkan melainkan jika seseorang itu sentiasa melakukan puasa dan secara kebetulan hari yang biasanya dia berpuasa itu bersamaan dengan hari akhir dalam bulan Sya’ban (iaitu sebelum Ramadhan).
Contohnya seperti berpuasa hari Isnin pada setiap minggu dan hari isnin jatuh pada hari terakhir dalam bulan Sya’ban. Maka dalam masalah ini, dibolehkan untuk berpuasa samada sehari atau dua hari sebelum Ramadhan berdasarkan kebiasaan yang dilakukan. [Lihat: Syarah Bulughul al-Maram, 151]
Mengapa Ada Larangan Ganti Puasa Sehari Sebelum Ramadhan?
Jadi mengapa ada hukum puasa sehari sebelum Ramadhan?
- Jika berpuasa satu atau dua hari sebelum Ramadhan adalah dalam rangka berhati-hati, maka hal ini dilarang agar tidak menambah hari berpuasa dalam bulan Ramadhan.
- Agar dapat dibezakan antara puasa wajib dan puasa sunat. Ini kerana, memisahkan antara amalan yang wajib dan sunat adalah sesuatu yang disyariatkan, berdasarkan arahan Nabi SAW melarang seseorang itu menyambung solat yang wajib dengan solat sunat tanpa diselangi dengan salam atau zikir terlebih dahulu.
Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Ibu Mengandung Puasa, Jika Alami 7 Tanda Ini Doktor Minta Anda Segerakan Berbuka
Baca juga: Jangan Gopoh Ajar Anak Puasa, Ikuti 8 Tips Melatih Anak Berpuasa Dengan Rela Hati
Baca juga: Tip Untuk Para Ibu yang Berpuasa Ketika Mengandung