Puding Karamel Jagung, Bagus Untuk Pertumbuhan Tulang & Sistem Pencernaan Bayi Anda!

Boleh cuba resepi puding karamel jagung yang kami kongsikan ini kerana ia sesuai untuk bayi berusia 9-12 bulan. Ia baik untuk pencernaan!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Mesti anda tidak terfikirkan untuk beri puding karamel pada bayi? Sebenarnya anda perlu kreatif dalam mengolah menu pemakanan bayi anda supaya ia berkhasiat dan penuh nutrisi untuk mereka.

Puding karamel tidak semestinya hanya untuk orang dewasa, kanak-kanak juga boleh menikmatinya dengan syarat ibu boleh olah sedikit resepinya.

Puding karamel kaya khasiat kerana ia diperbuat daripada telur yang sangat baik dan diperlukan dalam tumbesaran kanak-kanak. Jadi kami kongsikan resepi yang ibu boleh cuba di rumah ini!

Baca juga: Resepi DIY Makanan Pejal Bayi Yang Pasti Menjimatkan Masa Ibu

Puding karamel jagung berkhasiat untuk bayi!

Kredit: rokna.net

Makanan ini sesuai untuk diberikan kepada bayi berusia 9-12 bulan. Ia memiliki khasiat untuk daya tahan tubuh badan, baik untuk pertumbuhan tulang dan otak, kesihatan sistem pencernaans serta baik untuk hati dan mata.

Bahan-bahan:

  • 50 gram jagung manis, parut
  • 50 gram gula pasir
  • 2 biji telur
  • 200 ml susu ibu atau susu segar

Cara-cara:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  1. Pukul telur dan tambahkan 25 gram gula dan susu. Kacau rata adunan
  2. Masukkan jagung manis yang sudah diparut dan adun rata. Ketepi dulu
  3. Panaskan baku gula hingga jadi karamel
  4. Letakkan karamel di bahagian dasar bekas dan tuang adunan jagung tadi
  5. Letakkan dalam loyang dan bakar dalam ketuhar. Keluarkan dari ke ketuhar dan sejukkan dalam peti ais sebelum dimakan. 

Manfaat jagung untuk bayi

kredit: websosanh.vn

Jagung merupakan antara makanan yang digemari rakyat Malaysia. Selain direbus atau dibakar, jagung juga boleh dipelbagaikan hidangannya termasuklah dicampurkan dalam masakan mahu pun dibuat bubur.

Jagung manis terutamanya mempunyai pelbagai khasiat seperti serat, beta karoten, vitamin A, vitamin B, vitamin C, vitamin E, vitamin K, folat, mineral seperti mangan, magnesium, zat besi dan banyak lagi.

Kandungan lain yang terdapat di dalam jagung manis juga adalah seperti protein, karbohidrat, kalsium, kalium, sodium dan beberapa jenis elektrolit lainnya. Kesemua khasiat ini sangat berguna dan bermanfaat untuk tubuh badan kita.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jadi ia juga baik untuk bayi!

#1. Sumber kalori

Kredit: babyfoodtips.ru

Jagung merupakan makanan yang kaya dengan sumber kalori. Kandungan kalori jagung adalah 342 kalori per 100 gram. Ia merupakan salah satu jenis sereal yang tinggi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#2. Baik untuk sistem pencernaan

Jagung memiliki kandungan serat yang cukup tinggi. Justeru, ia dapat membantu mencegah sembelit atau buasir. Ini kerana serat yang tinggi akan membantu pembuangan air besar dengan lancar.

Bagaimanapun, untuk bayi jangan diberikan berlebihan kerana ia boleh juga menganggu sistem pencernaan mereka. Harus berpada-pada.

#3. Kaya mineral

Mineral penting untuk tubuh badan seperti fosforus, magnesium, mangan, seng, zat besi dan tembaga juga didapati terkandung di dalam jagung. Fosforus sangat penting untuk mengatur pertumbuhan, kesihatan tulang dan fungsi ginjal.

Ginjal yang sihat akan menjamin kesihatan semua organ tubuh. Ini kerana ginjal merupakan organ untuk menyaring darah yang akan disalurkan ke seluruh tubuh.

Dengan ginjal yang sihat, proses penyaringan dapat bekerja dengan baik sehingga darah hasil penyaringan menjadi baik untuk disalurkan ke seluruh tubuh. Jagung juga mengandungi mineral seperti selenium yang sukar ditemui dalam bahan makanan lain.

#4. Antioksidan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menurut kajian yang dilakukan di Cornell University, jagung merupakan sumber yang kaya antioksidan yang melawan radikal bebas penyebab kanser.

Manfaat antioksidan sememangnya terbukti mengurangi kanser di dalam tubuh. Justeru, jagung yang mengandungi antioksidan ini sememangnya baik untuk badan. 

#5. Melindungi jantung

Menurut kajian, minyak jagung telah terbukti memiliki kesan anti-aterogenik pada tingkat kolesterol sehingga mampu mengurangkan risiko berbagai penyakit kardiovaskular atau jantung.

Minyak jagung adalah cara terbaik untuk meningkatkan kesihatan jantung selain membantu menstabilkan degupan jantung supaya ia sentiasa normal. Dengan demikian, kesihatan jantung lebih terjaga dan kita juga dapat mengurangkan risiko terkena serangan jantung bagi orang dewasa.

#6. Membekalkan pelbagai jenis vitamin

Jagung kaya dengan pelbagai vitamin. Warna kuning pada jagung merupakan sumber yang kaya beta karoten, untuk membentuk vitamin A dalam tubuh dan sangat penting untuk memelihara mata, kulit serta lendir membran.

Vitamin B yang terdapat dalam jagung pula boleh meningkatkan daya ingatan dan mencegah terjadinya penyakit alzheimer.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Selain manfaat vitamin A dan vitamin B, vitamin C yang terkandung di dalam jagung juga memiliki manfaatnya. Vitamin C dibantu dengan protein yang juga terkandung di dalam jagung dapat membantu meningkatkan sistem kekebalan tubuh, sehingga tidak mudah terdedah kepada sakit.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Sumber: watleksmedia, resepicikguaini

Baca juga: 15 Minit Siap! 5 Resepi Makanan Bayi 6-8 Bulan Yang Ibu Boleh Cuba!

Penulis

Lala Annuar