Pukul anak terbukti membunuh perkembangan minda dan tubuhnya!

Peribahasa 'sayang anak, tangan-tangan kan' adakah tidak relevan lagi kini? Atau mungkin pukul anak boleh mendatangkan kemudaratan pada tingkah laku anak itu sendiri di kemudian hari?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pukul anak merupakan salah satu cara disiplin yang biasa dilakukan oleh ibu bapa di Asia. Malah, sebenarnya, ibu bapa yang pukul anak hanya mahu menunjukkan rasa kasih ibu bapa terhadap anak-anaknya.  

Namun begitu, pakar dalam perkembangan kanak-kanak dan psikologi berharap agar ibu bapa tidak mengambil hukuman tubuh atau pukul anak sebagai satu bentuk disiplin kerana ia boleh membawa kesan buruk di kemudian hari.

Adakah pukul anak merupakan bentuk hukuman yang berkesan? 

Kebiasaannya, ramai ibu bapa memberikan hukuman badan seperti merotan dan pukul anak di anggota badannya.

Buat pengetahuan umum, negara di seluruh dunia (bukan hanya di Asia) contohnya di United Kingdom (UK) di bawah Akta Kanak-Kanak 2004 membenarkan ibu bapa dan penjaga untuk pukul anak secara ringan selagi ia dianggap hukuman yang munasabah.

Akan tetapi, pakar berkata pihaknya tidak menafikan hukuman tubuh yang dilakukan pada kanak-kanak boleh menjejaskan mental dan fizikal mereka.

Menurut ahli psikologi seluruh dunia, hukuman fizikal ini boleh menyebabkan kesan jangka panjang yang negatif terhadap perkembangan kanak-kanak

Seharusnya, kanak-kanak tersebut dibesarkan tanpa sebarang bentuk kekerasan supaya ia seiring dengan perkembangan mereka. 

Kesan buruk pukul anak di bahagian badan 

Pukul anak memberi kesan buruk terhadap kesihatan mental dan fizikal mereka. Ini beberapa kesan negatif yang mungkin boleh terjadi:

  • Boleh menyebabkan kanak-kanak jadi anti-sosial
  • Menyebabkan anak berasa lemah kerana terlalu takutkan hukuman, bukannya untuk cuba memahami mengapa mereka harus patuh pada arahan atau peraturan.
  • Meninggalkan tanda penyakit mental seperti kemurungan, gangguan keperibadian dan ketidakupayaan intelektual.
  • Anak-anak akan rasa takut dan curiga dengan orang sekeliling apabila dewasa.
  • Anak akan merasakan memukul orang lain adalah perkara yang baik. Ini paling BAHAYA.

Apabila mereka terlalu kerap dipukul, ia akan berbalik semula kepada tingkah laku terhadap orang sekelilingnya. Paling dekat adalah rakan-rakannya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Mereka akan berkelakuan ganas pada orang lain
  • Kesukaran untuk kawal diri apabila mereka merasakan tiada apa yang boleh diselesaikan.

Benar, ibu bapa sering melepaskan rasa marah terhadap anak-anak dengan cara memukul. Namun, kaedah ini tidak berkesan untuk mendisiplinkan mereka.

Malah, memukul anak dengan niat untuk mengajar mereka itu juga tetap salah. Malah keadaan akan bertambah teruk.

Jalan penyelesaian yang boleh dibuat selain pukul anak

Kredit: Suara TV

Ada perbezaan antara hukuman dan disiplin. Ibu bapa harus tahu beberapa teknik yang boleh digunakan apabila anda merasakan tiada jalan keluar untuk menyelesaikannya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Antaranya seperti:

  • Lakukan strategi positif untuk menguruskan tingkah laku anak.
  • Sebarang hukuman yang terbaik boleh dilakukan ketika umur anak tiga tahun. Hal ini kerana, kanak-kanak tidak nampak hubungan antara tindakan dan akibatnya lagi sebelum usia ini.
  • Anak perlu sentiasa diingatkan tentang peraturan, arahan dan sebagainya.
  • Elakkan mereka melakukan tingkah laku yang mencabar dengan merancang lebih awal. Contohnya jika mereka tidak duduk diam ketika berada di pasar raya, anda boleh meminta anak masuk ke dalam troli atau memberi sesuatu yang menarik perhatian mereka.
  • Menguruskan tekanan dan kemarahan anda dengan sebaiknya seperti menarik nafas panjang dan kira hingga 10 sebelum melakukan sebarang tindak balas.
  • Melakukan aktiviti yang dapat mengurangkan rasa marah seperti memasak, mengemas rumah atau mengambil angin petang.

Kesimpulannya, pukul anak adalah tindakan yang kurang bijak sekaligus memburukkan lagi keadaan.

Jadi sebaiknya, anda harus lebih tenang berhadapan dengan situasi yang boleh mencabar kewarasan akal  dalam tangani tingkah laku anak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

 

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Penulis asal Jia Ling. Artikel ini mendapat keizinan daripada theAsianparent Singapore untuk diterjemahkan. 

Baca juga

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan