Gadis 17 Tahun Pukul Bayi Sampai Mati, Lalu Dibawa Ke Karoake Selama 3 Jam!

Kes pukul anak sampai mati di Taiwan baru-baru ini amat menggemparkan. Ketahui tanda-tanda penderaan yang boleh membantu anda melaporkan kejadian sebegini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sampai hati ibu ini pukul anak sampai mati!

Seorang bayi perempuan berusia 18 bulan dilaporkan mati dibunuh oleh ibunya yang berusia 17 tahun hanya kerana dia enggan minum susu dan bermain dengan barang mekap ibunya. Kejadian yang menyedihkan ini berlaku di Taiwan pada 15 Januari lalu.

Ibu Pukul Anak Sampai Mati, Tidak Sedar Anak Telah Meninggal Dunia

Pada malam kejadian, ibu itu telah memukul bayinya dengan kejam menggunakan alat urut belakang kerana bayi itu tidak minum susu dan menumpahkan barang mekapnya.

Lebih mengejutkan,  ibu bayi tersebut juga membenarkan 3 adik-beradiknya yang lain untuk bergilir-gilir memukul anaknya walaupun bayi itu terus menangis!

Tidak lama kemudian, si kecil tidak sedarkan diri dan ibu durjana tersebut membawanya ke sesi karaoke selama 3 jam dan menyangka anaknya sedang tidur.

Bertambah sadis lagi, semasa mata bayi tersebut terbuka sedikit, wanita tersebut telah memukul kepala bayi yang telah meninggal dunia itu. 

Selepas sesi menyanyi, wanita tersebut menyedari ada sesuatu tidak kena dan bergegas ke hospital tetapi semuanya sudah terlambat.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Para doktor yang cuba menyelamatkan bayi itu menemui banyak lebam di seluruh tubuhnya dan terdapat beberapa luka yang disebabkan oleh kuku tajam.

Bedah siasat mendedahkan bayi tersebut mengalami pendarahan di dalam tengkoraknya, atau dikenali sebagai pendarahan intrakranial. Polis percaya seseorang telah menghantukkan kepala bayi ke dinding atau jatuh di permukaan lantai!

Penderaan Bayi: Wanita Pukul Anak Sampai Mati Mengaku Bersalah, Akui Pukul Bayi Setiap Kali Menangis

Selepas dilaporkan oleh pihak hospital, wanita tersebut dan adik-beradiknya telah ditahan polis. Walau bagaimanapun, mereka mempertahankan diri dengan mengatakan bayi itu "dirasuk" oleh roh-roh jahat dan terpaksa dipukul untuk membuatkan bayi itu mendengar kata.

Rupa-rupanya, pemukulan telah semakin berlaku sejak Januari 2019 dan mereka akan memukulnya setiap kali dia menangis!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Serbuan di rumah wanita itu juga menjumpai alat mengurut, tongkat, dan tiub plastik, yang dipercayai digunakan dalam penderaan bayi tersebut.

Bapa dan nenek kandung bayi itu berasa sangat sedih apabila mendengar berita itu.

"Ayah akan memastikan awak mendapat keadilan.  Ayah menyesal kerana tidak menjaga awak dan membiarkan awak melalui penderitaan ini. Ayah minta maaf,semoga kita bertemu di kelahiran yang lain. Ayah sayangkan awak, " katanya di Facebook.

Tanda-Tanda Yang Terdapat Pada Kanak-Kanak Yang Disyaki Didera

Terdapat beberapa tanda yang menunjukkan bayi atau kanak-kanak merupakan mangsa penderaan. Semak tanda-tanda ini untuk lebih peka dengan keselamatan mana-mana bayi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jangan ingat tiada ibu atau ayah yang sanggup mendera anak-anak mereka ya.

  1. Menangis/meronta ketika bertemu pengasuh: Jika anak kelihatan ketakutan dan menangis dengan teruk ketika bertemu pengasuh atau orang luar sekalipun, semak aktiviti individu tersebut ketika berada bersama anak anda.
  2. Luka/lebam pada badan bayi: Sekiranya anda menjumpai kesan lebam yang puncanya agak meragukan, bawa kanak-kanak tersebut berjumpa doktor.
  3. Patah tulang: Kanak-kanak tidak boleh mencederakan diri sendiri, kes sebegini mungkin akibat penderaan atau kecuaian pihak yang menjaganya.
  4. Mengalami mimpi/mengigau: Anak yang trauma dengan kejadian buruk biasanya tidak mendapat tidur yang lena dan sering mengigau semasa tidur!
  5. Kelihatan sakit/pendarahan pada kemaluan: Dia mungkin tidak mampu beritahu anda, tapi anda perlu peka terhadap tanda ini!
  6. Berubah sikap: Kanak-kanak mungkin lebih kerap menangis, resah atau menjadi pendiam.
  7. Regresif atau kembali kepada tabiat lama: Daripada seorang yang aktif menjadi pasif atau regresif kepada tabiat ketika kecil contohnya menghisap jari, kencing malam dan lain-lain.
  8. Muntah/gelisah: terutamanya apabila perubahan ini secara mendadak.
  9. Ikut kata hati: Jika anda merasakan ada sesuatu yang tidak kena, siasat dengan lebih lanjut.

Kes ini sangat menyedihkan dan sukar untuk dikongsi buat pembaca theAsianparent Malaysia. Walau bagaimanapun, kita  Kami sangat berharap ibu bayi dan mereka yang terlibat mendapat balasan yang setimpal. Tidur dengan lena ya sayang.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Beto Rahman