Semua ibu bapa sudah tentu nak anak kita berjaya dalam akademik. Tapi, hakikatnya, ada beberapa ibu bapa yang meletakkan harapan terlalu tinggi pada anak mereka.
Video ibu pukul anak ini pasti akan mengejutkan anda. Seorang wanita dipercayai ibu kepada budak ini dirakam sedang memukul anak remajanya kerana mendapat keputusan akademik yang diharapkan.
Ibu pukul anak kerana keputusan akademik “teruk”
Apabila video bermula, seorang wanita dilihat memegang besi besar dalam tangannya apabila dia masuk ke dalam bilik.
Kemudian, dia dilihat memukul anaknya yang sedang duduk memeluk kaki tanpa belas kasihan.
Wanita ini kemudiannya menarik anaknya yang sedang dalam ketakutan dan kesakitan dari katil ke lantai untuk memukul dengan lebih kuat.
Wanita ini dipercayai ibu kenapa remaja perempuan ini dan dilaporkan memukul remaja ini kerana mendapat keputusan peperiksaan yang rendah.
Menurut laporan, cikgu sekolah memberitahu keputusan akademik remaja ini kepada ibunya, ia menyebabkan ibu ini kecewa dan marah.
Kerana kemarahannya dan ingin “mengajar” anaknya, wanita ini membuat keputusan untuk bertindak ganas.
Ibu pukul anak atau warden pukul pelajar?
Walaupun banyak laporan yang mengatakan bahawa ini adalah video ibu pukul anak, ada beberapa teori yang mempercayai video ini diambil di dalam hostel.
Remaja yang dipukul dan budak lelaki yang duduk bertentangan dilihat memakai jaket yang sama. Wanita yang memukul juga dilihat memakai warna yang sama.
Walau bagaimana pun, video “ibu pukul anak” ini telah tular dan ramai ibu bapa yang mengkritik perbuatan yang kejam ini.
Jika anda terlepas dari menonton video tersebut, ini adalah rakaman singkat video tersebut:
Pukul anak: Adakah keganasan satu-satunya cara didik anak?
Sudah tentu tidak.
Video “ibu pukul anak” ini adalah satu dari banyak video lain yang mengejutkan di internet. Sesiapa pun yang memukul remaja perempuan ini tak penting, apa yang penting adalah keganasan bukan satu-satunya cara untuk disiplinkan anak.
Malah, Michele Knox, Profesor Psikiatri di Universiti Toledo, AS, berkata, “…memukul biasanya langkah pertama dalam kitaran penderaan anak.”
Dia menambah, biasanya ibu bapa bukannya jahat dan mungkin ada niat yang baik untuk mendisiplinkan anak.
Tapi biasanya mereka rasa mereka didorong untuk berbuat sedemikian dan tak sedar dengan cara lain untuk disiplinkan anak. Cara ini juga membuatkan psikologi anak anda berkembang secara negatif.
Walaupun hukuman seperti ini memberikan keputusan yang cepat untuk ibu bapa, ia memberukan kesan jangka panjang kepada kesihatan mental anak.
Pukul anak beri kesan pada mental anak
Keganasan dan memukul anak boleh menyebabkan anak mengalami masalah:
- Anti sosial
- Masalah kesihatan mental
- Kurang keyakinan diri
- Hubungan ibu bapa dan anak yang negatif
- Kemampuan kognitif terjejas
- Masalah tingkah laku secara luaran dan dalaman
- Kurang kesedaran moral
Cara disiplinkan anak tanpa pukul anak
2. Konsisten
Pastikan anda ikut peraturan anda dan pastikan yang kesan dari mereka melanggar peraturan kekal sama.
3. Komunikasi
Pastikan anda mempunyai komunikasi dua hala. Libatkan anak anda semasa menetapkan peraturan supaya mereka tahu yang peraturan anda tak berat sebelah.
4. Ambil berat
Pastikan anak anda tahu yang anda hanya kritik tingkahlaku mereka dan bukan diri mereka. Perbuatan mereka tak tentukan diri mereka tapi mereka perlu berubah.
5. Bertanggungjawab
Melalui proses mendisiplinkan anak, pastikan anda mementingkan perasaan bertanggungjawab dengan menunjukkan contoh yang baik.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia