Letih Juga Kalau Tiap Tahun Bergaduh Nak Balik Beraya Mana, Ini 3 Faktor Yang Boleh Diutamakan

Pulang di Hari Raya tahun ini di sebelah mana, kampung suami atau isteri? Tapi dengan tiga faktor ini, mungkin memudahkan keputusan dibuat.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Setiap kali masuk ke hujung Ramadhan, kebiasaannya pasangan suami isteri akan membuat keputusan untuk memilih kampung mana yang akan mereka pulang di Hari Raya Aidilfitri. 

Perkara yang dibincangkan adalah sama ada pulang di Hari Raya rumah ibu bapa sendiri atau rumah mertua. 

Bagi mereka yang sudah lama berkahwin, mungkin perkara ini tidak menjadi masalah kerana adanya giliran, tapi bagi pasangan yang baru berkahwin, anda mungkin terpaksa membincangnya terlebih dahulu dan memberi prioriti terhadap beberapa faktor. 

Berikut adalah panduan yang boleh memudahkan anda buat keputusan sama ada pulang di Hari Raya rumah mertua atau rumah sendiri. 

Pulang di Hari Raya, Nak Balik Kampung Mana Dulu? 

Kredit: Lipstiq

Kadang-kadang, nak buat keputusan balik kampung ini boleh membuatkan pasangan suami isteri bergaduh, bermasam muka dan tak bertegur sapa.

Ini kerana masing-masing mahu pulang beraya di rumah sendiri tanpa melihat faktor utama yang menjadi penentu untuk beraya di mana. 

Bila dah tak bertegur sapa, mulalah buat decision yang bukan-bukan contohnya hang balik rumah hang, aku balik rumah aku.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Senang dan mudah kata mereka, tapi sebenarnya ia tak patut berlaku kerana dalam Islam sendiri kita tidak boleh membezakan kedudukan antara ibu bapa kandung dengan mertua. 

Kedua-dua memiliki hak yang sama di mana kita perlu melayan mereka sama adil dengan sopan santun, berlembut, menghormati dan melayang mereka dengan penuh beradab. 

Namun, situasi ini tidak akan berlaku jika anda dan pasangan menganggap keluarga mertua bagaikan keluarga sendiri.

Jadi tidaklah tiap-tiap tahun nak bergaduh untuk pulang di hari raya. 

3 faktor yang perlu dilihat untuk pulang di hari raya sama ada sebelah kampung suami atau rumah keluarga isteri? 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kredit: Blog Traveloka

#1. Jarak kampung 

Perkara pertama yang boleh dipertimbangkan adalah jarak jauh antara kediaman anda dengan kampung tersebut. 

Hal ini kerana, apabila kampung kita atau suami jauh, sudah tentu kita hanya pulang sesekali sahaja bagi menziarahi kedua-dua ibu bapa. 

Jadi apabila tibanya hari raya inilah masanya untuk anda menziarahi atau meluangkan masa dengan mereka terlebih dahulu. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#2. Kesihatan ibu bapa 

Semasa membuat keputusan balik kampung, mungkin faktor kesihatan ibu bapa perlu diambil kira kerana dengan kehadiran anak menantu dan cucu pulang di hari raya dapat menggembirakan perasaan mereka sekaligus mengurangkan rasa sakit. 

#3. Berbincang dengan adik beradik 

Perbincangan adik beradik juga perlu dilakukan dengan bertanyakan sama ada mereka beraya di rumah keluarga anda atau di rumah mertua mereka. 

Jika rata-ratanya beraya di rumah mertua terlebih dahulu mungkin anda boleh beraya dahulu di rumah ibu bapa anda. 

Sekurang-kurangnya tidaklah ibu bapa anda rasa sunyi tanpa kehadiran anak, menantu dan cucu di pagi raya kerana masing-masing telah berumah tangga. 

Justeru, buat keputusan pulang beraya ini dengan bertolak ansur dan persefahaman supaya tiada persengketaan antara anda dan juga suami. 

Seterusnya menerima dengan redha setiap keputusan yang dibuat tanpa melakukan sebang bantahan dan protes. 

Jangan bimbang anda juga boleh pulang beraya di rumah keluarga sendiri lepas habis raya di rumah mertua sebab rayakan sebulan jadi tak perlu bersedih lagi. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Semoga perkongsian artikel ini bermanfaat dalam membantu anda membuat keputusan yang lebih bijak dan rasional. 

Selamat Hari Raya! 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: CatsFM

Baca juga:

https://my.theasianparent.combalik-raya-ketika-mengandung/

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan