Resepi Pulut Dakap Padat & Lemak Manis Ikut Cara Orang Tua Dulu-Dulu Buat

Pulut dakap merupakan kuih tradisional Melayu kegemaran orang utara, selalunya dijadikan menu minum petang. Resepinya juga mudah untuk dicuba

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kalau sebut sahaja pulut dakap, pasti ramai yang terbayangkan gelang emas sedangkan namanya diambil daripada sejenis kuih tradisional Melayu kerana memiliki reka bentuk yang sama. Namanya unik dan pelik mungkin disebabkan pulut yang dibalut dengan daun pisang diikat dengan tali rafia. 

Cara pembuatannya pun tidaklah sesusah mana kerana hanya menggunakan beberapa bahan yang mudah. Jika anda belum merasai, tetapi ingin mencubanya bolehlah tiru resepi pulut dakap ikut cara orang tua dulu-dulu yang dikongsikan oleh Puan Azura Yusoff menerusi posting di laman Facebook miliknya.

Resepi pulut dakap 

Bahan-bahan:

  • Beras pulut 1kg
  • Santan pekat 500gm
  • Air 1 gelas
  • Gula 2 cawan
  • Garam halus 3 sudu kecil
  • Daun pisang yang berwarna hijau
  • Pisang tanduk/Pisang kebatu/Pisang nipah/Pisang kelat siam atau kelat lega (pilih salah satu)
  • Tali ropia atau tali getah

Buat pulut dakap menggunakan tali rafia sebab ikut cara orang tua dulu-dulu

 
Cara penyediaan:
  1. Basuh beras pulut rendam dalam air selama 3 jam.
  2. Kemudian, kukus pulut sampai naik wap
  3. Masak santan, gula, garam sampai mendidih. Tutup api dan angkat periuk santan. Letak di bawah.
  4. Seterusnya, ambil pulut yang telah dikukus tadi. Letakkan ke dalam periuk santan. Kacau sampai sebati.
  5. Panaskan atas api semula. Kacau sampai nampak keluar minyak sikit-sikit.
  6. Ambil daun pisang untuk letakkan pulut dan pisang didalamnya.
  7. Tutup balutan pisang dan pulut sebelum diikat dengan tali ropia atau pun tali getah.
  8. Bila dah siap, boleh dikukus atau rebus.

Pulut dakap direbus sehingga air kering supaya kuih tidak cepat basi.

Selamat mencuba!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Resepi Pulut Kuning Lembut, Sedap Dan Mudah, Boleh Cuba!

Baca juga: Resepi Kuih Badak Berendam, Cukup Rasa Lemak Berkuah, Pemanis Mulut Paling Simple Untuk Minum Petang

Baca juga: Resepi Kuih Kaswi Gedik Viral Perisa Jagung Lemak Manis Ikut Sukatan Cawan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Noorhidayah