Suami Isteri Sering Bergaduh, Malah Ini Punca Sebenar Keretakan Rumah Tangga Tanpa Sedari

Bila bergaduh dengan pasangan, mulalah semua nak ungkit dan salah menyalahkan antara satu sama lain. Hentikan semua ini sebelum penceraian berlaku!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pasangan curang, tiada persefahaman dan ketidakadilan merupakan antara sebab berlakunya kes penceraian. Namun, salah satu punca keretakan rumah tangga yang kelihatan mudah namun memberi kesan jangka panjang adalah komunikasi toksik di antara suami isteri.

Apakah itu komunikasi toksik? Menjerit, merajuk, mendiamkan diri.

Sekiranya ketiga-tiga ini wujud dalam perbalahan suami isteri, ini menunjukkan ada kelemahan komunikasi dalam perkahwinan anda. Ini kerana kesemua perbuatan ini menyebabkan ketidakpuasan hati dalam perkahwinan, merosakkan keintiman dan berasaskan amarah serta manipulasi!

3 Jenis Komunikasi Toksik Yang Menjadi Punca Keretakan Rumah Tangga

Komunikasi yang baik adalah penting dalam menjamin kebahagian rumah tangga, serta memelihara perhubungan jangka panjang suami isteri. Berikut merupakan 3 tindakan yang boleh memburukkan hubungan dalam perkahwinan yang mungkin tidak disedari:

#1 Menjerit

Kredit: NBC News

Menjerit adalah bentuk komunikasi yang marah dan agresif, malah merupakan penderaan secara lisan. Jeritan juga merupakan satu tindak balas apabila merasa terancam, dianiaya dan suatu bentuk perlindungan diri.

Ya, mungkin dengan menaikkan suara dan menjerit boleh menakutkan orang lain, tetapi adakah anda mahu menakutkan pasangan anda? Bagaimanakah menjerit boleh menjejaskan pasangan?

  • Berteriak mendorong ketakutan.
  • Pasangan mungkin memilih tindak balas “melawan” dengan menjerit semula dan memburukkan keadaan.
  • Dalam jangka masa panjang, pasangan mungkin akan terbiasa dengan jeritan dan tawar hati untuk meneruskan perhubungan.

#2 Merajuk

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kredit: Pixabay

Merajuk merupakan kekecewaan yang diluahkan melalui berdiam diri melalui bahasa badan. Ia adalah bentuk tindakbalas agresif pasif dan lebih kepada penderaan emosional yang manipulatif untuk mengelakkan konflik.

Bagaimanakah merajuk boleh menjejaskan pasangan?

  • Menjadi keliru dan tertekan kerana tidak pasti kenapa pasangan marah.
  • Menjadi marah apabila anda menafikan yang anda sedang merajuk!
  • Masalah tidak diselesaikan, malah menimbulkan rasa benci pula.

#3 Mendiamkan Diri

Kredit: Her World

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

‘Silent treatment’ adalah satu lagi bentuk penderaan emosi yang untuk menghukum dan memanipulasi. Ia mungkin corak konflik yang paling biasa dan mungkin yang paling sukar untuk dipecahkan. 

Bagaimanakah senyap mempengaruhi pasangan?

  • Menjadi kecewa dan terus menuntut tindak balas.
  • Kepuasan perkahwinan dan hubungan emosi berkurang.
  • Percubaan untuk berkomunikasi menjadi semakin berkurangan.

Perbalahan dan konflik dalam perkahwinan merupakan perkara normal malah kadangkala ia boleh menjadikan hubungan suami isteri lebih teguh.

Tetapi jika terbiasa dengan jeritan, merajuk atau berdiam diri, anda perlu sedar ia lebih membawa kerosakan  dan sebaiknya berusaha untuk membuat perubahan positif.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tips Berkomunikasi Semula Dengan Pasangan

Kredit: Shutterstock

Jika masih nak menjaga perkahwinan, perkara pertama yang harus dilakukan adalah membetulkan cara komunikasi di antara suami isteri.

Tujuan bercakap adalah untuk menutup jurang akibat pergaduhan dan berhubung semula tanpa sekadar berbaik tanpa berkomunikasi.

Dalam 1 poll yang dijalankan dalam aplikasi theAsianparent baru-baru ini, ramai ahli komuniti yang beri maklumbalas tentang cara memujuk pasangan.

Berdasarkan respon, ramai yang bertindak mendiamkan diri sehingga pasangan kembali tenang  dan berbincang, namun ada juga yang membiarkan isu berkubur sahaja tanpa menyelesaikan masalah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Cara ini mungkin berkesan bagi sesetengah orang, tetapi bagaimana pula sekiranya pasangan bertindak menyimpan perasaan? Ini boleh menjadi punca keretakan rumahtangga yang senyap dan sangat bahaya!

Anggap pasangan sebagai rakan sepasukan dan bukan lawan, dan cari jalan untuk capai kata sepakat yang boleh dipersetujui bersama. Harus diingat yang tanpa komunikasi, masalah anda sebenarnya tidak pernah selesai!

Ini 3 cara membetulkan keadaan akibat pergaduhan dalam rumahtangga:

#1  Tunjukkan Penerimaan Semasa Bercakap 

Matlamat perbualan adalah untuk membincangkan masalah, bukan untuk tunjukkan siapa yang betul atau menundukkan pasangan. Semasa bercakap, elak menyalahkan pasangan supaya agar perbualan dapat dilakukan dengan rasa tenang dan rasa hormat.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dengar dengan teliti, jangan menyampuk semasa pasangan memberikan pandangan.  Anda tidak boleh menyelesaikan konflik dengan segera tetapi anda boleh mencapai hasil yang saling memuaskan apabila saling merasa didengar dan difahami.

#2 Kekal Konstruktif Apabila Bercakap Mengenai Perasaan Negatif

Tiada siapa yang suka mempunyai perasaan negatif atau bercakap tentangnya. Tetapi ia merupakan salah satu cara bagi melepaskan perasaan itu dari terus bersarang dalam hati.

Ingat beberapa perkara ini apabila meluahkan kepada pasangan:

  • Jangan berlebihan; elak guna perkataan seperti “selalu” dan “tidak pernah”.
  • Jangan fikir anda tahu apa yang dipikirkan atau dirasakan oleh pasangan anda.
  • Terangkan secara khusus dengan memberikan contoh.
  • Gunakan “Saya”. Kenyataan “anda” menyebabkan pasangan rasa seolah diserang.
  • Elak guna perkataan kesat.
  • Jangan sekat apabila pasangan meluahkan perasaan negatifnya. Ini memberi gambaran yang anda hanya fikirkan diri sendiri sahaja.

#3 Jangan Tahan Diri Semasa Bercakap Perkara Positif

Jika ingin berhubung semula, belajar untuk menyatakan dan menerima perasaan positif. Ucapkan kasih sayang, penghargaan, kelulusan, atau kekaguman terhadap pasangan.

Jangan jadikan komunikasi toksik ini satu kebiasaan dalam rumahtangga, kelak ia akan memakan diri. Sekiranya inginkan rumahtangga yang berkekalan, berbincanglah untuk kebaikkan bersama ya.

Semoga bermanfaat.

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: fayeslater

Baca juga: Usahlah bergaduh, damaikan lebih baik? Ikut 10 langkah ini untuk berhenti gaduh dengan pasangan

Penulis

Beto Rahman