Pada 31 Julai lalu, kita telah menerima satu keputusan yang boleh dikatakan memberi keadilan kepada Pegawai Kadet Laut, Zulfarhan Osman yang telah mati dibunuh oleh sekumpulan pelajar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, UPNM. Punca kes buli itu dipercayai untuk meminta Zulfarhan mengaku mencuri komputer riba hingga dia akhirnya didera dengan hanger baju dan seterika.
Namun, kes buli di kalangan mahasiswa tidak terhenti setakat kes Zulfarhan sahaja, kerana ada satu lagi yang kami dengar adalah kes dera dan bunuh yang turut membabitkan pelajar dari universiti yang sama!
Perkara tersebut dijelaskan sendiri dari perkongsian seorang gadis yang mengaku merupakan kakak kepada mangsa. Beliau yang ingin dikenali sebagai Norzulaikha Othman mendededahkan kronologi kematian adiknya yang bernama Amirul Nashriq.
Punca kes buli Amirul Nashriq
Punca kematian Amirul Nahriq dikatakan kerana lemas selepas dibawa pergi berkelah bersama beberapa orang rakannya.
Disebabkan kematian Amirul, keluarganya menderita hampir setahun empat bulan dan inilah masanya untuk Norzulaikha berkongsi tentang apa yang terjadi.
Kronologi kejadian secara ringkas:
22 Mac 2018
Pada 22 Mac 2018 arwah Amirul ada menghantar gambar di bahagian badannya yang lebam akibat dipukul oleh tiga orang senior.
Namun, arwah sorokkan hal sebenar dan mengatakan yang dia telah menerima rawatan di klinik dan diberi ubat sapu oleh doktor kerana tidak mahu keluarga risaukan keselamatannya.
Seterusnya keluarga berpesan supaya arwah melaporkan hal tersebut pada pegawai sekiranya mengalami kecederaan teruk.
23 Mac 2018
Pada keesokannya bapa arwah telah masukkan wang ke akaunnya dan menyuruh pulang ke rumah supaya dapat membawanya ke hospital.
Namun, kali terakhir whatsaap arwah adalah dengan mengatakan terima kasih ayah kerana memberinya wang belanja tanpa menyebut untuk pulang ke rumah
24 Mac 2018
Ayah menerima panggilan yang arwah telah meninggal dunia kerana lemas di Air Terjun Chamang, Bentong Pahang pada pukul 5.30 petang.
Dalam perjalanan ke Hospital Bentong pegawai UPNM mendesak untuk meminta kebenaran bagi melakukan post mortem.
Setiba di hospital jahitan telah kering dipercayai post mortem telah dijalankan ke atasnya.
Dalam kesedihan, kad penganalan, kasut, cermin mata dan barang peribadi arwah tidak dipulangkan kepada waris hingga menjadi tanda tanya sehingga ke hari ini.
25 Mac 2018
Selepas dikebumikan, laporan polis telah dibuat kerana keluarga arwah tidak berpuas hati atas kematiannya
Tujuh orang rakan lain yang turut sama berkelah di air terjun itu tidak mengikut ke rumah kerana dilarang oleh pegawai UPNM dan diarahkan pulang.
Diharap kes arwah Amirul Nashriq juga mendapat keadilan yang telus seperti mana kes Zulfarhan yang telah kita ketahui keputusannya.
Semoga roh arwah dicucuri rahmat.
Punca kes buli
Lewat kebelakangan ini, kes buli semakin menjadi nanah dalam masyarakat kita hingga membuatkan ia menjadi kebimbangan pada semua ibu bapa yang ada menghantar anak-anak ke asrama. Berikut adalah punca mengapa buli boleh terjadi.
1. Kurangnya didikan agama kerana ibu bapa terlalu sibuk sehingga tiada masa untuk mendidik anak menjadi insan yang dihormati dan disegani.
2. Menyerahkan sepenuhnya urusan menjaga anak kepada pembantu rumah terutama bagi keluarga yang berpendapatan tinggi.
3. Tidak mempunyai masa terluang untuk berkomunikasi dan memahami anak-anak.
4. Kelemahan institusi kekeluargaan hingga membiarkan anak bebas bergaul tanpa pemantauan dari kedua ibu bapa.
5. Pelaku jenayah buli ini biasanya mempunyai latar belakang masalah emosi yang melampau. Biasanya tekanan dari keluarga atau kerja hingga membuatnya rasa tertekan.
6. Sesetengah pembuli merasakan puas dan gembira selepas membuli orang lain.
7. Kurang matang dan gagal berfikir antara yang baik dan buruk.
8. Pengaruh media massa menerusi internet, televisyen dan sebagainya hingga menyebabkan mereka terjebak dengan gejala buli ini.
Kesimpulannya, jenayah membuli ini harus dihentikan dan perlu memberi kesedaran kepada masyarakat tentang bahaya buli ini.
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: Sinar Viral
Baca juga:
https://my.theasianparent.comkes-zulfarhan