3 Kesilapan UTAMA Dalam Berumah Tangga, Jom Ubah Sebelum Terlambat!

Banyak yang menjadi punca masalah rumah tangga disebabkan itu pentingnya untuk pasangan yang berumah tangga ini bijak menyelesaikan masalah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Setiap pasangan rumah tangga akan dilanda badai, tak kiralah kecil atau besar. Banyak yang menjadi punca masalah rumah tangga disebabkan itu pentingnya untuk pasangan yang berumah tangga ini bijak menyelesaikan masalah.

Ego tolak tepi. Itu asas paling utama selain komunikasi. Yelah kalau macam mana nak berkomunikasi dengan baik kalau perasaan ego tengah menguasai diri. 

Sekecil-kecil masalah perlu diselesaikan segera, jangan ditunggu jangan ditunda. Kerana masalah kecil bila pendam lama-lama jadi dendam. 

Untuk suami terutama sekali, suka benar pendam perasaan, kalau ada bini buat salah sikit dipendam sampai kesudah. Jadi bila lama-lama dia meluat dengan isterinya tanpa si isteri tahu apa kesilapan yang dilakukannya.

Ya, benar situasi ini pernah terjadi. Berbeza dengan isteri di mana mereka lebih berterus terang, meluahkan apa yang dirasa, kalau merajuk pun tak lama lepastu terus bertubi-tubi diberi. 

3 Kesilapan dalam rumah tangga

Tanpa sedar, anda atau pasangan mesti pernah melakukan perkara ini. Kalau boleh elakkan, kerana inilah menjadi salah satu punca masalah rumah tangga berantakan. 

#1. Masalah duit

Duit sentiasa menjadi masalah baik anda hidup single, berpasangan atau berkeluarga. Ingatlah, isu duit ini sangat sensitif, jadi sekiranya anda atau pasangan mempunyai krisis duit, luahkan dan berkongsilah masalah bersama. Jangan pendam.

Lelaki terutamanya, mereka akan berasakan duit ini satu masalah besar dan malu untuk bercakap mengenainya sehingga merosakkan sendiri rumah tangga itu tanpa disedari. Untuk isteri sekiranya bekerja dan berupaya membantu, bantulah pasangan anda.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sekarang ini, di mana rata-rata orang hilang mata pencarian, jadi tidak mustahil masalah duit ini membelengu sesebuah rumah tangga. 

#2. Mengungkit

Ini toksik sebenarnya dalam hubungan. Elakkan selalu mengungkit kesilapan pasangan, ataupun sesuatu yang anda pernah lakukan untuk pasangan anda.

Walau betapa marah sekalipun elak mengungkit kisah lalu, kunci untuk menyelesaikan masalah adalah melihat masa depan, bukan kebelakang. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#3. Tidak menjaga penampilan

Bagi saya, penampilan ini sangat penting dalam mengekalkan pandangan mata kita dalam berumah tangga. Sejujurnya bukan waktu muda saja kita sukakan benda-benda cantik dan kacak. Dan tua-tua lagilah suka.

Jadi suami atau isteri jangan malas untuk bersiap dan jaga badan. Tolong jangan beri alasan, dah mengandung 3, 4, 5 kali memanglah badan begitu.

Tidak. Kalau dulu badan anda pernah kurus bermakna dah lepas bersalin pun anda boleh kurus. Mahu tak mahu saja.

Samalah seperti si suami, berperut boroi kerana tak bersenam. Alasannya, metabolisma sudah rendah, jadi perut payah nak kempis. Percayalah, semuanya ada cara kalau tidak ini juga boleh jadi punca masalah rumah tangga. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Masalah rumah tangga dan penyelesaiannya 

Sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri. Perkahwinan mana yang tiada konflik? Cukup mustahil. Konflik sememangnya ada, hanya terpulang kepada pasangan seberapa bijak untuk mereka mengatasinya. Ini antara apa yang anda patut lakukan.

#1. Toleransi dan kompromi

Mudah untuk dikatakan tapi memang ini kunci utama dalam mengatasi konflik dalam rumah tangga. Sentiasa bertolak ansur dengan pasangan kita. Apabila kita sudah tahu kekurangan suami kita, kita cari pula kelebihannya dan sentiasa kita fokus pada kebaikannya itu.

Sudah tahu suami jenis yang tidak pandai memasak atau membuat kerja rumah janganlah dipaksa, cuba pastikan dia membuat kerja-kerja yang dia pandai, mungkin basuh tandas? Mengemas tempat tidur? Menukar cadar, apa-apalah, dalam banyak-banyak mesti ada satu yang dia pandai bukan?

#2. Jangan buat keputusan ketika marah

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ketika berlakunya pertengkaran, cuba tarik nafas dalam-dalam dan berlalu dari situ. Bukanlah menyuruh anda berlari dari masalah, cuma anda perlu redakan dulu kemarahan, tenangkan diri, ambil air wudhu jika perlu.

Jangan sesekali putuskan sesuatu atau buat keputusan ketika anda marah, percayalah anda akan menyesal nanti. Apabila keadaan sudah reda, barulah hampiri pasangan dan mula bercakap dengan lembut. 

#3. Kurangkan ekspektasi

Jangan terlalu berharap pada pasangan anda. Ini bagi mengelakkan anda cepat berasa kecewa. Jika anda boleh buat sesuatu perkara dengan sendiri jangan tunggu pasangan untuk lakukan. Sekali lagi kompromi itu penting. Kalau anda harapkan pasangan akan buat kejutan di hari kekasih atau hari lahir atau ulang tahun, lupakan saja.

Jika anda mahu anda saja lakukan untuk dia, kerana jika anda sering melakukan benda itu lama kelamaan suami juga akan terikut. Layan dia sebagaimana anda ingin dilayani.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kalau dia tidak buat tidak mengapa jangan kecewa kerana apa yang anda lakukan niat kerana Allah dan inginkan perkahwinan yang bahagia bukan semata untuk pasangan. 

#4. Sentiasa berdoa

Doalah setiap hari untuk perkahwinan yang utuh, bahagia, dan dilindungi. Minta dikurangkan ujian dalam rumah tangga. InshaAllah Dia maha mendengar. Jika tak dikurangkan ujian pun dia akan kurniakan sebuah hati yang tabah menerima dugaan.

Ingat, perpisahan adalah paling dibenci Allah. Jadi jika anda usaha untuk perkahwinan bahagia nescaya lambat laun akan diberi olehNya. 

#5. Menghargai setiap kenangan indah yang dilakukan bersama 

Jika anda mengingati dan meraikan setiap kenangan indah yang dilakukan bersama, seperti kenangan bulan madu, maka mood anda cenderung untuk menjadi lebih bahagia.

Ia telah terbukti secara ilmiah bahawa pasangan yang meraikan setiap momen indah akan dapat meningkatkan tahap keintiman, komitmen, kepercayaan dan kepuasan dalam perkahwinan.

Seronok juga ya bila membaca hal-hal seperti menambah baik hubungan dalam rumah tangga bersama pasangan kita? Mari kita praktikkan bersama di rumah.

Hargai dan jangan ambil mudah tentang kesetiaan serta kasih sayang yang telah dicurahkan oleh pasangan kita. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Pasangan Berkahwin Kena Sentiasa Tengok Haiwan Comel Untuk Kekal Bahagia