Kesiannya! Bayi Baru Lahir Di London Menjadi Mangsa Coronavirus Termuda Di Dunia

Tiada siapa yang tahu punca penyakit berjangkit, Covid-19 berlaku. Ia telah mengorbankan ribuan nyawa seluruh dunia dan berisiko kepada bayi juga!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Coronavirus dianggap wabak yang cukup misteri kerana sehingga kini ia tidak mempunyai ubat untuk merawatnya. Bukan itu sahaja, punca penyakit berjangkit ini turut meragut ribuan nyawa di seluruh dunia dalam masa yang singkat.

Baru-baru ini, bayi baru lahir di England telah menjadi mangsa Coronavirus paling muda di dunia.

Punca penyakit berjangkit

credit to sources

Difahamkan, ibu kepada bayi malang berkenaan telah bergegas ke hospital berdekatan beberapa hari yang lalu dan dia ditahan kerana pihak perubatan mengesyaki masalah pneumonia iaitu jangkitan kuman dalam paru-paru.

Namun, keputusan positif hanya akan dapat dikenali selepas ibu berkenaan selamat melahirkan bayi yang dikandungnya.

Hal yang menyedihkan lagi, kedua-dua beranak ini menjalani rawatan susulan di hospital yang berasingan kerana keadaan ibu lebih teruk dari anaknya.

Bayi berkenaan sedang dirawat di Hospital Middlesex Utara di mana dia dilahirkan, manakala ibunya dipindahkan ke hospital pakar jangkitan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh The Sun, doktor mendapati hasil ujian menunjukkan positif pada diri ibu dan sebaik sahaja proses kelahiran berjaya, bayi segera melalui pemeriksaan jangkitan.

Kes pertama ini mencatatkan pesakit Covid-19 termuda di dunia. Pihak perubatan juga perlu menentukan bagaimana bayi baru lahir  dijangkiti virus ini, sama ada melalui rahim atau semasa kelahiran.

Berdasarkan kenyataan dari seorang sumber, kakitangan perubatan yang telah merawat kedua-dua pesakit ini telah dinasihatkan untuk mengasingkan diri sendiri.

”Para pegawai kesihatan sedang berusaha bagi mengetahui punca penyakit berjangkit ini yang turut menyerang bayi baru lahir,” ujarnya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sebelum ini, para pegawai kesihatan mengatakan wanita hamil dan bayi adalah mereka yang berisiko rendah daripada jangkitan penyakit misteri ini dan kemungkinan hanya mengalami gejala ringan sahaja.

Virus jahat yang mengganas

foto: Financial Times

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tidak seperti jangkitan lain, kadar kematian Coronavirus tidak berlaku pada kedua-dua kumpulan umur, tetapi hanya berisiko tinggi dalam kalangan orang tua.

Namun, perkhabaran berita berkenaan mengejutkan seluruh dunia apabila jumlah pesakit yang dijangkiti negara UK meningkat lebih 800 orang sehari dengan 11 jumlah kematian.

Ketua Pegawai Perubatan Scotland telah meluahkan rasa simpati buat seluruh ahli keluarga di negara berkenaan yang terpaksa melalui waktu sukar dan menerima takdir pemergian pesakit.

Sementara itu, Menteri Kesihatan Welsh mendedahkan sebanyak 20 000 orang di Wales berisiko meninggal dunia kerana kerana dia menggantung semua prosedur pembedahan yang tidak mendesak dan penerimaan pesakit luar.

Kebimbangan terhadap ancaman Coronavirus telah menyaksikan kejatuhan negara  United Kingdom ini. 

Suasana tempat letak kereta yang dahulunya penuh dengan orang ramai, kini digambarkan kosong dan stesen kereta api menjadi lengang kerana masyarakat telah menjauhkan diri dari tempat sesak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bukan itu sahaja, Perdana Menteri London turut mengumumkan orang ramai untuk menjauhkan diri dan berada di dalam rumah. 

Ia adalah sebagai langkah untuk mengurangkan jangkitan dan jumlah pesakit baharu. Mereka yang mengalami simptom batuk atau demam perlu mengasingkan diri selama seminggu di rumah.

Kesan wabak Coronavirus

foto: US News & World Report

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Boris Johnson turut melancarkan fasa kedua mengenai pelan tindakan berhadapan dengan Coronavirus.

Namun, kabinet menteri menolak cadangan penutupan sekolah, menunda sebarang peraturan yang mengharamkan perhimpunan atau perjalanan antarabangsa.

Para pegawai mengatakan bahawa mereka menyasarkan polisi yang melibatkan keselamatan diri rakyat seramai  40 juta orang bagi membasmi virus jahat ini.

Bukan itu sahaja, mereka turut berharap agar orang ramai menyiapkan diri dengan mengekalkan sistem ketahanan tubuh agar tidak dijangkiti pada masa akan datang.

Seterusnya, keputusan menghentikan langkah lebih dramatik seperti yang telah diumumkan di Ireland, Perancis dan Sepanyol telah mencetuskan pandangan dari barisan politik.

Bekas Setiausaha Kesihatan, Jeremy Hunt dan calon Datuk Bandar London Rory Stewart menyarankan agar kerajaan perlu bertindak secara lebih awal.

Indeks ekonomi Britain turut menunjukkan keadaan yang tidak stabil dengan adanya turun naik. Tamparan hebat akibat virus Covid-19 ini turut memusnahkan saham dan pasaran di seluruh dunia.

Berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), negara Eropah kini menjadi pusat virus global dan merekodkan lebih banyak kes setiap hari berbanding China dalam masa yang singkat.

Manakala, British Airways mengatakan pihaknya sedang berjuang untuk bertahan dalam bencana global  ini dan bakal membuang kakitangan dan pesawat darat dalam skala lebih besar.

Sumber: Dailymail

Kredit foto: Shutterstock

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Baca juga:

https://my.theasianparent.comcoronavirus-jangkitan