Punca rezeki tersekat itu boleh terjadi apabila suami selalu merungut atau mengeluh kerana penat bekerja bagi memberi nafkah kepada anda sekeluarga. Ini kerana anak dan isteri punca rezeki suami.
Isi Kandungan
Isteri Punca Rezeki Suami, Pandangan Mufti
Menurut Mufti Wilayah Persekutuan ucapan seperti rezeki lelaki atau suami datangnya dari redha isteri atau wanita adalah ucapan yang perlu diteliti. Tanpa penjelasan lanjut ianya boleh menimbulkan salah faham.
Dari satu sudut, tidak dapat dinafikan bahawa pertambahan rezeki seseorang itu juga bergantung kepada hubungannya sesama manusia khususnya ahli keluarga.Ini yang disebutkan sebagai sebab dan musabbab.
Apa sahaja perkara yang dilakukan yang boleh meregangkan hubungan kekeluargaan boleh menyebabkan rezeki seseorang itu sempit. Termasuklah sifat bakhil atau kedekut dengan ahli keluarga.
7 Punca Rezeki Tersekat
Sebaiknya jika merasa penat dengan urusan seharian adalah bagus jika anda beristighfar supaya hati tidak berbolak balik dengan keluhan dan keresahan. Jangan kedekut dengan isteri anda kerana isteri punca rezeki suami.
#1. Sering Bergaduh
Jangan sering bertikam lidah, terutamanya berkenaan dengan perkara kewangan. Berbincanglah dan carilah penyelesaian yang bersamaan. Jika tiada rasa redha di antara pasangan, rezeki pun mungkin terhalang.
#2. Sering Merungut Dan Rasa Terbeban
Sayangkanlah anak-anak kerana mereka adalah anugerah dari Allah SWT. Sebagai ibu bapa, berusaha untuk menyediakan rezeki untuk mereka tanpa merungut atau merasa terbeban.
#3. Sering Mengeluh Dengan Apa Yang Tidak Dimiliki
Tingkatkan rasa syukur terhadap apa yang sudah dimiliki, dan hindari mengeluh tentang apa yang tiada. Bersyukurlah, kerana bersyukur adalah kunci kepada segala rezeki, baik sedikit mahupun banyak.
#4.Kedekut Dan Berkira
Jangan kedekut dan terlalu memikirkan diri sendiri dalam perkara yang baik untuk keluarga. Belajarlah untuk berkongsi dan berunding dengan pasangan, kerana rezeki yang diberikan Allah SWT adalah untuk dibahagi bersama.
#5. Gagal Mengawal Emosi Dan Amarah
Jauhi amarah dan jangan pernah menaikkan suara, gunakanlah kata-kata yang baik dalam berkomunikasi dengan pasangan dan anak-anak. Jangan gunakan cara-cara yang menakutkan, tetapi tunjukkan kasih sayang dan layanan yang mesra.
#6. Kurang Sabar
Bersabarlah dalam menerima dan mengakui keadaan yang mungkin tidak disenangi. Berikan ruang untuk memberi dan menerima pendapat serta cari penyelesaian yang baik. Sabarlah dalam menghadapi kerenah pasangan dan anak-anak, kerana kesabaran membawa keberkatan rezeki.
#7. Kurang Berdoa
Amalkan doa dalam setiap kata-kata yang diucapkan, kerana setiap ucapan adalah doa. Berdoalah yang terbaik untuk pasangan dan anak-anak. Ingatkan mereka dalam doa setiap masa, kerana kekuatan doa adalah luar biasa dan tak terduga.
Mufti Wilayah
Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Antara Nafkah Isteri Dan Ibu Bapa, Mana Satu Yang Suami Patut Utamakan?
Baca juga: Peringatan: Beri Nafkah Kepada Isteri Itu WAJIB Walaupun Isteri Bekerja!
Baca juga: Nafkah & Duit Belanja Adalah Dua Perkara BERBEZA, Suami Perlu Ingat Ini Ya…