Kenali Perbezaan Selesema Biasa Dengan Simptom Covid-19, Elakkan Virus Ini Merebak!

Punca selsema akibat Coronavirus memiliki simptom yang serupa dengan punca selsema biasa. Antara gejala lain seperti demam, batuk kering serta keletihan.

Coronavirus atau COVID-19 merupakan sejenis penyakit berjangkit di mana simptom adalah serupa dengan punca selsema biasa. Antara gejalanya seperti demam, batuk kering, keletihan, kesukaran bernafas dan cirit-birit.

Gejala Covid-19 ini mungkin mudah mengelirukan anda jadi apa kata kami terangkan lebih terperinci dengan perbezaannya.

Coronavirus vs punca selsema, bagaimana melihat perbezaannya?

Terdahulu, coronavirus ditemui buat pertama kali dalam badan manusia pada Disember 2019 di China. Ia merupakan penyakit berjangit yang mudah dipindahkan dari satu individu kepada individu yang lain.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), seseorang yang demam, batuk dan sukar bernafas perlu mendapatkan bantuan perubatan dengan segera.

Walaubagaimanapun, untuk anda yang kurang memahami simptom-simptomnya mungkin akan keliru dengan gejala biasa untuk mereka yang menghidap selesema biasa.

Bagi menjelaskan secara terperinci tentang gejala coronavirus dan punca selsema ini, Dr P. Raghu Ram dan Dr Sharad Joshi ada jawapannya.

Berikut adalah beberapa gejala penting yang diperjelaskan oleh kedua-dua mereka.

#1. Memahami gejala coronavirus terlebih dahulu

Antara simptom ketara yang boleh berlaku kepada pesakit yang dijangkiti Covid-19 ini adalah batuk kering, demam dan sesak nafas.

Batuk kering berlaku disebabkan kerengsaan di dalam tekak. Sementara sesak nafas pula adalah kerana tisu paru-paru dan saluran pernafasan sudah diganggu.

Hasil dari jangkitan virus ini, seseorang boleh mendapat demam. Oleh sebab itu, individu yang mengalami selesema perlu disiasat pada skala yang lebih luas.

#2. Gejala selesema

Bercakap tentang selesema pula, ia bermula dengan hidung berair diikuti batuk dan demam. Namun, adalah sedikit jumlah orang yang dijangkiti corona virus yang dilaporkan mempunyai simptom hidung berair atau batuk.

#3. Sakit tekak

Jika seseorang itu hanya mengalami sakit tekak sahaja mungkin tidak boleh dikaitkan dengan gejala coronavirus ini. Tapi mungkin dia memiliki gejala itu disebabkan minum air yang sudah tercemar.

Apapun jangan risau kalau sakit tekak biasa dan jangan terlalu paranoid dengan gejala yang satu ini.

Namun begitu, ramai juga individu yang dijangkiti tidak tahu atau tidak sedar bahawa diri mereka sudah dijangkiti corona virus.

Ini kerana mereka boleh menyebarkan virus dengan lebih besar dan menjejaskan bilangan orang yang dijangkiti.

Jadi sebaiknya lakukan social distancing dan berehat saja di dalam rumah supaya wabak ini tidak terus menular kepada orang lain.

Punca selsema- orang ramai diminta untuk kekal bertenang

Orang ramai tidak perlu panik kerana mungkin seseorang yang anda kenali dengan simptom yang disebut di atas mungkin hanyalah disebabkan perubahan cuaca di masa sekarang.

Pendek kata, gejala selesema biasa tidak perlu membuatkan anda panik kecuali terdapat masalah pernafasan mereka perlu diuji dengan coronavirus ini.

Biasanya selesema biasa doktor hanya memberikan ubat selesema supaya gejala yang muncul boleh dirawat.

“Walaubagaimanapun, kita harus mengambil langkah berjaga-jaga supaya tidak dijangkiti coronavirus yang boleh memberi kesan buruk kepada orang lain. Anda yang dijangkiti juga tidak boleh mengambil sebarang bentuk ubat tanpa perundingan daripada doktor,” katanya.

Bila patut anda membersihkan tangan?

Orang ramai dinasihatkan untuk mencuci tangan dengan lebih kerap daripada biasanya. Berikut adalah panduan daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk mencuci tangan dengan betul:

– Anda perlu mencuci tangan selepas batuk atau bersin. Jika boleh gunakan tisu
– Selepas merawat orang sakit, anda perlu mencuci tangan dengan sempurna
– Anda disarankan untuk mencuci tangan sebelum, semasa dan selepas anda menyediakan makanan kepada keluarga
– Sebelum makan anda disarankan untuk mencuci tangan dengan bersih
– Jika mendapati tangan kelihatan kotor anda perlu mencuci tangan dengan sebaiknya
– Selepas mengendalikan haiwan anda perlu mencuci tangan dengan sabun sampai bersih dan yakin kotoran telah pun hilang

Justeru memandangkan kini seluruh negara sedang membanteras pandemik Covid-19, anda perlulah sama-sama mainkan peranan dengan mengikuti segala SOP yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan agar tidak menjadi mangsa seterusnya.

Sumber: NDTV

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Waspada Tanda-Tanda Covid-19 Pada Kanak-Kanak, Anak Kecil Perlu Rawatan Rapi Jika Dijangkiti